Kalau baru nak belajar tanam sayur, elok mulakan dengan tanam kangkung. Memang mudah.

Beli saja sayur kangkung di pasar dan rendam batangnya beberapa hari, dah boleh tanam. Selain itu rupanya tanam kangkung ini ada dua cara, boleh cucuk pada tanah dan tanam dalam air. Kedua kaedah tanam kangkung mudah ini dikongsi oleh Fatimah Naamat.

2 cara tanam kangkung dalam tanah dan air bertakung

Rendam Batang Kangkung Sampai Berakar Cucuk Ke Tanah. Tanam Kangkung Dalam Air Pun Boleh!

Sayur ni kami panggil Kangkung Paya atau kangkung kampung. Kangkung ni tumbuh liar dekat paya atau mana-mana dalam hutan. Selalunya orang kat pasar tani dijual seikat RM2.

Walaupun murah, tapi dek kerana asyik beli je tiap minggu (sebab sayur favourite atuk) saya cubalah tanam. Hasilnya dapatlah jimat beberapa ringgit seminggu. Tapi kalau setahun banyak jugalah jadinya kan?

Lagipun tak payah tunggu pasar tani dah. Anytime nak makan pun boleh petik. Setakat nak goreng mihun ambil sikit dah okay sangat.

Jadi di sini saya nak kongsikan cara tanam kangkung yang mudah. Ada 2 jenis macam dalam gambar. Kedua-dua cara tanam kangkung ni pun senang.

2 cara mudah tanam kangkung

1. Ambil pucuk dan batang kangkung

Masa beli kangkung dekat pasar tu, sila ambil daun buat goreng sayur. Tinggalkan pucuk atas sekali dan batang dia.

Kalau ada pucuk, pokok kangkung akan cepat tumbuh. Tapi kalau terpotong pucuknya pun tak apa sebab masih boleh ditanam dan ia akan hidup juga.

IKLAN

Rendam Batang Kangkung Sampai Berakar Cucuk Ke Tanah. Tanam Kangkung Dalam Air Pun Boleh!

2. Rendam

Rendamkan kejap dalam 2/3 hari untuk bagi akarnya keluar. Kadang-kadang saya rendam sampai seminggu sebab tak sempat nak menanam.

Rendam Batang Kangkung Sampai Berakar Cucuk Ke Tanah. Tanam Kangkung Dalam Air Pun Boleh!

3. Dua cara tanam kangkung

i) Tanam dalam tanah
Boleh tanam dalam campuran tanah. Tim suka campuran tanah 1:1:1. Pasir : Tanah Merah : Kompos. Atau kalau tak ada pasir pun tak apa sebab kangkung nak air banyak.

Rendam Batang Kangkung Sampai Berakar Cucuk Ke Tanah. Tanam Kangkung Dalam Air Pun Boleh!

IKLAN

ii) Tanam dalam air bertakung
Boleh juga tanam dalam air bertakung. Saya bubuh tanah ikut nisbah macam cara di atas cuma tak tebuk lubang.

Jadi bila tak ada lubang, airnya akan bertakung dan kelebihannya ialah kita tak perlu siram selalu. Cara ini sesuai untuk yang selalu sibuk.

Rendam Batang Kangkung Sampai Berakar Cucuk Ke Tanah. Tanam Kangkung Dalam Air Pun Boleh!

Tapi kena pastikan tak ada nyamuk yang bersarang dalam takungan air tu ya. Kiranya saya ada sepasu kangkung yang ada lubang dan ada sepasu lagi yang tak ada lubang.

Cuma saya rasa pasu yang ada lubang pokok dia lebih cepat gemuk berbanding pasu yang bertakung air.

Rendam Batang Kangkung Sampai Berakar Cucuk Ke Tanah. Tanam Kangkung Dalam Air Pun Boleh!

IKLAN

4. Letak kangkung di tempat redup untuk 2 minggu.

Selepas 2 minggu pindahkan ke tempat panas. Tengok daun dia lecur ke tak bila kena panas. Kalau macam layu atau lecur, pindah balik tempat redup.

5. Lepas 4 minggu boleh tuai

Rendam Batang Kangkung Sampai Berakar Cucuk Ke Tanah. Tanam Kangkung Dalam Air Pun Boleh!

Kangkung ini dah boleh tuai lepas 4 minggu. Kemudian selepas 2 minggu tuai lagi. Atau tuai bila-bila nak masak. Batang pucuk yang dipotong tu boleh ditanam semula.

Kalau nak sentiasa banyak stok, tanamlah banyak-banyak. Saya pun nak tanam lagi beberapa pasu supaya stok sentiasa banyak.

Mudah kan?

Selamat mencuba.

Sumber: Fatimah Naamat