Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan bertapa bertuahnya wanita asal Perak, Noorhasnieda Tajuddin.
Beliau, yang pada awalnya menyertai Peraduan #Belinuuna menang rumah secara suka-suka tidak pernah menyangka bahawa nasib akan berpihak padanya, apabila menjadi peserta yang paling bertuah memenangi sebuah rumah.
Bersyukur! Tak Sangka Rezeki ‘Jatuh Dari Langit’
Menurut Hasnieda, dia memasuki Peraduan #Belinuuna menang rumah secara kebetulan. Ini kerana, perlu menyediakan juadah bagi majlis jamuan sekolah (Potluck) anak-anaknya. Malah, dia hanya memikirkan mahu menyediakan juadah yang mudah dan sedap.
“Saya memasuki peraduan ini secara tidak langsung sahaja. Kebetulan sekolah anak memang ada buat jamuan (potluck), jadi kalau boleh saya nak mencari menu yang mudah sahaja.
Ads
“Saya memang tidak meletakkan harapan yang tinggi, apabila perlu bersaing dengan seramai sepuluh orang lagi peserta. Kalau ada rezeki saya, adalah.
“Tak sangka pula, saya menjadi peserta yang pertama dapat membuka pintu rumah berkenaan. Saya rasa sangat terkejut sehingga tak terkata (Speechless) apabila nasib menyebelahi saya.
Dengan 30 Resit Penyertaan, Hasnieda Miliki Rumah Bernilai RM 300,000!
Ads
Bagaimanapun, Hasnieda menjelaskan setakat ini, dia belum mempunyai sebarang perancangan terhadap rumah yang dimenangi yang terletak di Residensi Alia, Puncak Alam, Selangor. Sebuah kediaman yang diinspirasikan oleh senibina Australia itu.
“Saya dapat tau berkenaan Peraduan #Belinuuna menang rumah ni daripada laman sosial Facebook. Lepas tu saya tertarik kerana tidak pernah mendengar berkenaan jenama Nuuna ni. Jadi saya terdetik nak mencubanya.
“Dan sambil-sambil itu, saya memang menghantar banyak penyertaan asbab perlu menyediakan juadah bagi jamuan sekolah anak. Anggaran sebanyak 30 resit saya telah sertakan bagi tujuan menyertai peraduan berkenaan.
Ads
Setiap bulan saya menghantar penyertaan selama enam bulan, sekadar mencuba nasib memenangi rumah.
“Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Majalah Rasa dan jenama Nuuna yang telah menganjurkan peraduan ini, walapun mengambil tempoh selama enam bulan yang agak panjang. Tapi ia amat berbaloi kerana hadiah yang ditawarkan amat lumayan,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sekadar info, Hasnieda berkata demikian ketika ditemubual oleh team Rapi pada majlis pengumumn pemenang ‘Grand Finale Cabutan Bertuah, Fuyoo! #Belinuuna Menang Rumah yang berlangsung di Central Concourse, Central i-City Shah Alam pada Ahad.
Malah, peraduan yang telah berlangsung pada 1 Januari sehingga 30 Jun 2024 itu telah berjaya menarik hampir 15,000 penyertaan daripada seluruh negara.
Dalam situasi ekonomi tak menentu dan keadaan pekerjaan kita yang tidak tahu bertahan lama atau tidak, sebolehnya kita mahu melunaskan hutang yang ada secepat mungkin.
Bimbang dengan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Manalah tahu jika diberhentikan kerja hutang masih banyak berbaki. Memang susah hati dibuatnya.
Bagi yang mahu melakukan misi melunaskan hutang secepat mungkin baik hutang kad kredit, hutang belajar, hutang kereta dan sebagainya boleh ikut apa dipraktikan oleh Eyfa Emir ini.
Dia nekad melangsaikan hutang RM20,000 yang mengganggu hidupnya dalam masa dua bulan saja. Untuk misi tersebut, ini yang beliau lakukan.
All out 2 bulan
Disclaimer: Ini adalah pengalaman saya sendiri. Mungkin result nya berbeza dengan anda.
Sebenarnya saya dah mula plan untuk setelkan hutang sejak 7 tahun lepas. Tapi proses tu lambat sebab tak tahu Debt Buster Method.
Rupanya bila dah belajar restructure semula kewangan peribadi, baru nampak nak buat macam mana. So memang all out la 2 bulan ni.
Jangan risau kalau gaji kecil.
Jangan risau takde bisnes besar.
Jangan risau kalau takde support anda.
Sebab ada jalannya. Cuma step dia agak panjang. Tapi saya kongsikan 3 tips mudah ni kat anda semua:
1. Tuliskan semua hutang
Wajib tulis semua hutang dan jumlah baki
Pilih hutang mana nak setel dulu
Saya sendiri bincang dengan coach kewangan hutang mana yang patut setel dulu
Fokus untuk setelkan satu hutang dulu
2. Kurangkan belanja
Stop beli tudung baru
Stop beli baju baru
Stop beli kasut baru
Stop/kurangkan makan luar
Stop merokok kalau anda perokok
Stop scroll shoppee, lazada dan lain-lain
Kawal belanja sedia ada
3. Tambah pendapatan
Ramai stuck dekat sini sebenarnya
Nak tambah pendapatan ada kaedah dan seninya
Ada 5 kaedah untuk tambah pendapatan
Setiap kaedah ada prosesnya
Kalau betul cara insyaallah boleh dapat lebih 10k
Alhamdulillah saya dah buat dan berjaya setelkan hutang RM20K yang mengganggu hidup saya. Lebih sakit hati kalau hutang disebabkan orang lain.
Bila hutang selesai, memang tidur lena la. Dan duit lebihan yang patut bayar hutang saya boleh guna untuk benda yang lebih bermanfaat. Best kannn.
Sejak hampir seminggu lalu, pelakon Abby Abadi dan menemani anaknya Mohd Danish Hakim di Turki yang ditawarkan menyambung pengajian di sana.
Dan semalam tibalah masa untuk Abby melepaskan anaknya pergi. Danish, 15, adalah antara 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursi, Isparta.
Berkongsi perasaannya di intagram, ujar Abby dia tak pernah putus doa untuk anak-anaknya.
Dia turut berkongsi video saat-saat perpisahan dengan Danish, anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya Norman Hakim. Memang sebak kalau tengok.
Turut menyertakan kisah Imam Syafie, Abby meluahkan perasaan untuk anaknya Danish yang tidak dapat terucap dari mulutnya.
Kalau Abang baca insta Mama ni nanti, Mama nak Abang tahu, Mama tak pernah putus doa utk Abang, utk anak2 Mama. Doakan Mama panjang umur utk terus jaga anak3 bertuah Mama ni supaya selamat di akhirat nanti ye Abang.
Bagi yg masih ada ibu! Alhamdulilah; kasihlah dan jaga mereka seperti mereka menjaga dan kasih kepada kita semasa kita kecil dahulu. AlFatihah utk yg telah pergi?
PS: Jumpa lagi Abang. Jangan putus doa utk Mama Abah, Papa Mummy, Adik2, Opah Atuk, Mak long dan semua keluarga Abang ye Abang. Panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi ??
Niat di hati membawa anak kecil ke masjid terutama di bulan Ramadan untuk bertarawih agar mereka mencintai rumah Allah dan sentiasa mahu datang ke sini.
Namun hakikatnya bukan sebegitu mudah. Kalau dah namanya anak kecil memang sukar duduk diam hingga seringkali kita dengar keluhan anak-anak ini berbuat bising mengganggu jemaah lain menunaikan solat.
Tapi dalam masa yang sama, ada juga anak yang ‘behave’ dan boleh duduk diam di sisi ibu bapa mereka sampailah selesai solat tarawih.
Macam mana ya nak didik anak begini? Salah satu caranya anda boleh ikut apa yang dikongsi oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar.
Membawa dua anak kembarnya ke masjid untuk solat tarawih, mereka ‘behave’ di sisi semasa bapa mereka solat. Menurut Dr. Sheikh Muszaphar untuk memastikan anak-anaknya yang berusia dua tahun itu selesa dan tenang sepanjang dia menunaikan solat ada 5 tip yang dipraktikkan.
5 tip bawa anak kecil ke masjid untuk solat tarawih
Solat tarawih bersama anak lelaki. Mengejutkan hari ini, anak lelaki saya cukup baik. Adam dan Noah duduk elok di tepi saya semasa saya solat. Alhamdulillah.
5 tip jika nak bawa anak solat tarawih ke masjid:
1. Bersedia Bawa susu, lampin pakai buang, mainan kesukaan mereka. Kita tak tahu bila mereka memerlukannya jadi sentiasalah bersedia.
2. Cari sudut hujung Supaya anak tidak mengganggu jemaah lain solat tarawih.
3. Sentiasa awasi anak Jangan biarkan anak-anak berjalan-jalan atau merayau sendiri di dalam masjid.
4. Jika anak menangis Jika anak menangis, bawa mereka keluar dan tanya puncanya. Mereka mungkin lapar atau tidak selesa kerana lampin penuh. Jangan biarkan anak terus menangis hingga mengganggu jemaah lain. Sambung solat tarawih selepas anak-anak tenang.
5. Makan sebelum ke masjid Pastikan anak-anak kenyang sebelum bawa mereka ke masjid, sekiranya mereka tidur biarkan saja mereka lena.
Bawa anak ke masjid bersama-sama untuk menunaikan solat tarawih adalah latihan terbaik untuk anak. Ini adalah proses pembelajaran awal bagi mereka untuk mendirikan solat.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...