Ramai tak tahu rupanya pintu peti sejuk rupanya boleh ubah arah bukaannya. Boleh ubah bukaan dari kiri ke kanan atau sebaliknya.
Kalau bahagian sebelah bukaan sedia ada agak sempit atau terhalang bolehlah tukar ya. Caranya pun tak susah sebenarnya dan dikongsi oleh Zuhri Mohamad melalui akaun TikTok miliknya.
Ujarnya untuk menukar arah bukaan pintu peti sejuk semua bracket dan pin yang ada perlu dialih di sebelah bertentangan.
1. Buka bahagian bracket bahagian atas, tengah dan bawah.
Ads
2. Buka dan pasang tapak kaki.
3. Pasang bracket sebelah kiri sebab nak buka sebelah kanan.
Panaskan makanan kemudian terlupa tutup api, sudahnya makanan rentung dengan periuk-periuk sekali. Dah banyak kejadian macam ni berlaku.
Makanan dalam periuk dah jadi kerak hitam memang susah nak hilang, biasanya periuk ni ke tong sampahlah tempatnya. Lagi frust kalau periuk ini jenis kaca yang mahal harganya.
Tak mengapalah hilang periuk janji nyawa selamat, rumah tak terbakar.
Tapi kan ada berita baik. Periuk yang rentung, berkerak hitam tu sebenarnya masih boleh diselamatkan. Jangan dibuang! Boleh ikut petua yang dikongsi oleh Lia Johari.
Alkisah periuk Visions kesayangan yang hampir arwah! Just nak sharing kot jadi panduan pada yg lain. Kejadian berlaku beberapa bulan yg lepas. Kalau pagi kalut-kalut nak siap pegi kerja tak payahla sibuk nak panaskan lauk kat dapur.
Sebab kalau terlupa padamkan api buruk padahnya. Syukur Ya Allah,dapur/ rumah tak rentung di jilat api pada hari tersebut. Kuasa Allah yg melindungi kami anak beranak. Tapi inilah kecuaian yg menjadi penyesalan seumur hidup! Taubat tak mahu buat dah.
Periuk visions yg dah bertahun guna jadi hitam rentung. Ingatkan dah nak kena buang ke laut. Tapi dapat petua dr perkongsian ahli KKD akhirnya periuk comel kesayangan dapat diselamatkan.
Lama juga saya rendam,sebab kali pertama buat kesan hangus hitam masih melekat. Try buat lagi sekali, rendam dekat sebulan (almost rasa tak berjaya) tapi setelah 1/2 jam menyental (guna span yang kasar) akhirnya berjaya periuk kembali ke asal. Alhamdulillah.
Selalunya bila ada ahli keluarga yang selesema, batuk atau demam dalam rumah mesti ada yang berjangkit terutama sekali anak-anak kecil.
Bila yang sakit duduk dalam ruang yang sama dah tentu virus atau bakteria turut bertebaran di ruang udara.
Supaya ‘pesakit’ dalam rumah bertambah, boleh amalkan petua yang dikongsi oleh No Or ini. Senang sangat caranya cuma potong bawang dan letak di ruang dalam rumah.
Musim demam, sakit tekak silih berganti. Cik No nak share satu petua ni. Petua bersihkan udara tak sihat dalam rumah. Cara yang paling jimat namun sangat efektif. Sakit tak berjangkit. Yang sakit tu pun jadi cepat baik.
Petua ni guna bawang merah je. Sangat jimat tau kalau nak compare dengan bil klinik tu haa. Kita guna bawang merah je tapi since kat rumah Cik No cuma ada bawang besar je. Guna yang ni aje la.
1- Potong 2-3 biji bawang besar. 2- Letak dalam 2 atau 3 bekas kecil. 3- Bekas yang berisi bawang ini diletak di setiap ruang ataupun bilik. Wajib letak kat bilik orang yang sakit jugak.
Okay, selamat mencuba.
Bawang mentah dikatakan boleh menyerap bakteria yang ada dalam udara melalui unsur sulfur yang dimilikinya. Bila bakteria jahat kurang, tubuh akan lebih selamat dan kurangkan risiko terkena jangkitan.Unsur sulfur ini jugalah yang memberikan aroma pada bawang.
Sebenarnya petua ini telah lama digunakan dan tak salah pun untuk mencuba kerana tak berbahaya pun.
Susun atur dapur yang baik akan menghasilkan suasana dapur yang luas dan kemas. Namun dalam memastikan aspek ini, jangan pula kita abaikan aspek kesesuaian kedudukan alat elektrik.
Ada alat elektrik yang tidak sesuai diletakkan berdekatan kerana faktor pengudaraan dan penghasilan tenaga panas. Sebagai contoh, microwave, ketuhar, dryer dan peti sejuk.
Perkara ini dijelaskan oleh Azizul Azli Ahmad, pensyarah, penulis dan penceramah yang selalu berkongsi tip tentang hartanah.
Dapur ini kelihatan kemas dan cantik, tetapi dapur bukan perlu cantik tetapi berfungsi dengan baik dan selamat buat penghuninya.
Dapur yang baik akan buat penghuninya selesa bekerja, jimat tenaga, selamat dan berada pada tahap kebersihan yang tinggi.
Saya jumpa foto di bawah tentang kedudukan peralatan dapur. Terdapat beberapa perkara yang dianggap ‘kurang baik’ dilakukan oleh jurureka dalaman atau tukang dapur ini.
Boleh jadi juga, ini kehendak tuan rumah.
Kedudukan dryer, peti sejuk dan mikrowave tidak boleh selari begini.
Dua peralatan yang menghasilkan haba panas (Mikrowave dan dryer), mengapit peralatan yang menghasilkan haba sejuk (Peti sejuk).
Peti sejuk juga sebaiknya memiliki pengudaraan (ventilation) bagi setiap sisi agar udara kipas dari peti sejuk tidak terperangkap dan memerlukan banyak tenaga.
Bila semua ini berlaku, peti sejuk akan menekan banyak tenaga sebab ‘jirannya menghasilkan haba panas’. Ia akan menjadi tidak jimat tenaga dan akan cepat rosak.
1. Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau ‘campak campak’ boleh jadi sedap bukan kepalang.
2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk kedapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.
3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.
4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.
5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.
6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya di dapur.
7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita.
8. Fahami prinsip golden triangle didapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk (Rujuk gambar) semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja.
9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.
10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, jangan mengada nak ada dua. Dry kitchen bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan lepas digunakan. Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, di sana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...