Kereta bila dah lama guna bukan saja cat makin pudar, bahagian dalam pun sama. Ini termasuklah bahagian panel pintu kereta dan juga dashboard. Nampak kusam dan juga kotor.
Memang ada banyak saja produk pembersih yang boleh digunakan untuk membersihkan bahagian ini tapi kalau nak jimat kita pun boleh DIY bahan pencuci sendiri.
Dikongsi oleh Radi Apiz dengan hanya mengggunakan campuran bahan yang sedia ada di rumah iaitu cuka dan baking soda dia membersihkan panel pintu kereta yang hasilnya berkesan.
Bersihkan panel pintu kereta yang kusam guna 2 bahan dapur saja
Saya nak share tentang penjagaan panel pintu kereta. Mesti ramai yang tak kisah dengan panel pintu sebab tak nampak kotor kan. Ok tengok pada pic di bawah ni.
Ni panel pintu kereta myvi. Panel pvc nya berwarna terang. Kita x perasan kalau warna tu semakin gelap sebab melekat kotoran. Tapi bila dicuci dgn sabun khas utk pvc, berus sikit, kemudian lap dengan kain microfibre dah nampak bersih.
Buat separuh macam ni barulah nampak perbezaannya. Caranya;
1.Ambil cuka, baking soda, campurkan dan bubuh air suam.
2. Masukkan dalam botol spray kemudian spray pada panel PVC. Berus manja-manja kemudan lap dengan kain microfibre.
Selain panel pintu boleh juga buat cuci dashboard dan apa-apa PVC dalam kereta.
Ada masa kita nak makan lauk yang ringkas-ringkas saja, dah tak mahu gulai atau sambal yang berminyak atau berlemak.
Kalau datang selera macam ni boleh buat ikan singgang kuning ini. Dalamnya dah ada sayur jadi tak perlu buat sayur goreng. Paling best bila buat ikan singgang kuning ini adalah bab hirup kuahnya. Memang sedap.
Bagi yang tak pernah buat boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Mizah Ngatiman ini. Katanya nak guna ikan apapun boleh untuk buat singgang kuning ini, sama ada selar, kembung, parang atau siakap.
Boleh juga jadikan menu ibu dalam pantang, sebaiknya lebihkan kunyit, halia dan letak lada hitam.
Lauk ikan singgang kuning
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
1 batang serai-diketuk
Asam jawa
2 tangkai lada besar
1 batang bunga kantan (potong dua)
Bahan ditumbuk
1sb ketumbar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
Cara membuat:
1. Tumis bahan tumbuk dan serai dengan sedikit sahaja minyak. Biarkan layu
2. Letak air secukupnya ikut banyak mana kuah kita suka. Biarkan mendidih.
3. Masuk ikan, Letak cili, bunga kantan, asam keping dan garam secukupnya
4. Akhir sekali masukkan bendi, bila sayur masak tutup api. Siap.
“Kecewanya hati, 7 pagi siap masak.9 pagi hantar, 11 pagi dah basi. Rugi modal, masa dan tenaga,” demikian luahan seorang peniaga,Cik Ijan selepas menyiapkan tempahan nasi goreng.
Hanya selepas beberapa jam dimasak, nasi goreng sudah basi. Peniaga ini bagaimanapun akur dengan kesilapan beliau semasa menyediakan hidangan ini.
Untuk dijadikan pengajaran bersama beliau berkongsi beberapa tip jika menggoreng nasi goreng agar tak cepat basi.
Pesannya bagi memastikan nasi goreng tahan lama pastikan ia digoreng dengan cara berikut;
1. Bahan rencah perlu digoreng garing.
2. Goreng nasi menggunakan api yang besar.
3. Nasi perlu digoreng sehingga nampak berasap.
4. Goreng nasi hingga garing.
“Silap saya tak goreng dengan api besar sampai naik asap dan tak goreng nasi hingga garing. Bahan rencah semua saya goreng garing dengan api besar.
“Tapi masa nak masukkan nasi, saya kecilkan api dan gaul rata sahaja tak buka api besar. Rugi modal, masa dan tenaga. Pengalaman untuk saya, 5kg beras bazir,”katanya yang mengambil pengajaran daripada situasi tersebut.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...