Pagi tadi VK kongsi kisah 10 adik beradik yang semuanya sepakat melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Ramai yang tumpang gembira melihat kejayaan adik beradik ini dan tak kurang juga yang tertanya tanya apa rahsia didikan ibu pada mereka.
Mengetahui kisah tentang keluarga mereka tular maka anak ke sembilan Abdul Rahman Fauzi kemudian berkongsi tentang cara didikan yang diterapkan oleh ibu bapa mereka. Harapan keluarga ini moga perkongsian ini menjadi sebahagian daripada dakwah mereka.
Siapa mak ayah di mata kami?
Saya tak sangka gambar kami adik beradik 10 orang memakai robe UIAM yang saya upload semalam menjadi tular dan mendapat perhatian pihak UIAM. Ramai yang mengucapkan tahniah, tak kurang juga yang minta kongsi tips bagaimana cara mak ayah kami mendidik kami.
Jadi in sha Allah saya akan cuba kongsi sedikit sebanyak tentang siapa mak ayah di mata kami.
Memandangkan saya merupakan anak kesembilan, mungkin banyak saya akan cerita berdasarkan apa yang saya tahu dan dengar daripada abang-abang dan kakak saya sahaja. Ayah kami, Ir Haji Fauzi bin Abdullah merupakan seorang jurutera sivil graduan University of Manchester manakala mak, Wan Jamaliah binti Megat Hashim pula seorang suri rumah.
Ads
Ayah jenis old school
Didikan ayah memang jenis style ‘old school’ sikit. Ayah merupakan seorang yang sangat tegas, berdisiplin dan tidak boleh berkompromi terutamanya perkara-perkara berkaitan prinsip agama. Ayah awal-awal dulu tersangatlah tegas dan garang. Saya yang last-last ni tak merasa sangat zaman awal didikan ayah.
Ambil berat bab makanan pakaian dan pergaulan
Menurut kakak, ayah sangat mengambil berat tentang didikan agama, pergaulan, pemakaian dan pemakanan kami. Bahkan ketika zaman sistem perbankan islam belum ada, ayah tidak pernah berhutang untuk membeli kereta atau rumah kerana ayah tidak mahu anak-anak disuap daripada hasil riba. Begitulah betapa telitinya ayah dalam membesarkan kami.
Dia ajar mengaji, kemudian kakak ajar kami
Pendidikan agama sangat ditekankan sejak dari kecil lagi. Ayah sendiri yang mengajar abang dan kakak kami untuk mengaji al quran di rumah dan kemudiannya diteruskan oleh kakak kami Maryam Fauzi yang akan mengetuai adik beradik lain mengaji alquran setiap kali selepas maghrib. Beliau siap buat jadual silibus khas untuk adik-adik yang lain capai. Ada target.
Malam Jumaat baca surah al Kahfi beramai-ramai
Setiap malam Jumaat pula kami akan duduk bersama-sama membaca surah alkahfi beramai-ramai. Dan tidak salah saya rasa kalau saya katakan adik beradik kami hafal surah alkahfi sejak sekolah lagi kerana amalan ini! Manakala setiap pagi hujung minggu, kami diwajibkan untuk membaca al-ma’surat beramai-ramai sampai habis.
Kami semua dihantar ke sekolah agama sejak sekolah rendah lagi kecuali abang dan kakak-kakak yang atas kerana masa tu sekolah rendah agama mungkin belum ada. Yang lain dihantar bersekolah di Sekolah Rendah Islam Aman (bawah kelolaan MUSLEH) manakala sekolah menengah pula kami semua dihantar belajar di sekolah Maahad Muhammadi Kota Bharu, sekolah kelolaan kerajaan negeri Kelantan. 3 orang daripada kami dihantar belajar tahfiz di Darul Quran dan saya merupakan salah seorang daripadanya.
Ads
Lepas subuh tak boleh tidur
Ayah dan mak banyak mengajar kami berdikari sejak kecil. Kerja rumah, belajar dan kebersihan ayah akan selalu pantau. Kalau kat rumah ayah memang tak bagi kami membazir masa. Tidur selepas subuh pun tak boleh. Buat la apa sahaja. Baca buku, tolong buat kerja rumah, memasak dan sebagainya. Janji jangan membazir masa. Pelajaran pula ayah dan mak akan pastikan kami boleh fokus sendiri tanpa disuruh-suruh.
Ayah tak pernah tinggal solat berjemaah
Ayah dengan mak memang sangat rajin beramal. Tahajud dan qiyamullail sudah menjadi rutin biasa. Pergi mana-mana, solat berjemaah subuh dan baca ma’surat memang tak pernah sekali pun tertinggal sepanjang saya kenal ayah!. Ayah akan pastikan juga untuk solat berjemaah walaupun hanya di rumah bersama keluarga.
Selalu pesan, jaga imej Islam
Ayah dan mak selalu berpesan, pergi mana-mana pun, jaga imej Islam dan keluarga. Solat dan alquran jangan pernah lupa. Hidup ini tak kekal lama. Sentiasa jadi yang terbaik dalam bidang kita dan bermanfaat pada orang, walau ke mana pun kami dicampak. Apabila tahu cerita kami tular, ayah hanya berpesan supaya gunakan platform yang Allah bagi ini untuk berdakwah kepada orang lain.
Begitulah serba sedikit tentang mak dan ayah kami. Nampak saja tegas, tapi sangat penyayang. Kami sangat-sangat bertuah kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana yang mementingkan Islam sebagai cara hidup tanpa meminggirkan urusan dunia.
Kenapa ayah pilih UIAM
Ayah dan mak meninggalkan satu amanah yang besar untuk kami pikul. Agar anak cucu mak ayah, terus menerus mendidik generasi akan datang, menjadi manusia yang berguna khususnya untuk agama.
Lastly kenapa memilih UIAM bukan institusi pengajian lain? Itu kena tanya ayah. Sebab ayah rasakan UIAM yang paling terbaik untuk kami sekeluarga dan memang rezeki kami untuk belajar dan grad di sini.
Ads
-Dr Abdul Rahman bin Fauzi Al-Hafiz BDS IIUM
Anak Haji Fauzi dan Wan Jamaliah yang ke 9
Tahniah pada mak dan ayah mereka didik semua anak hingga berjaya. Moga perkongsian ini dapat jadi panduan untuk ibu bapa zaman sekarang pula.
Dalam situasi ekonomi tak menentu dan keadaan pekerjaan kita yang tidak tahu bertahan lama atau tidak, sebolehnya kita mahu melunaskan hutang yang ada secepat mungkin.
Bimbang dengan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Manalah tahu jika diberhentikan kerja hutang masih banyak berbaki. Memang susah hati dibuatnya.
Bagi yang mahu melakukan misi melunaskan hutang secepat mungkin baik hutang kad kredit, hutang belajar, hutang kereta dan sebagainya boleh ikut apa dipraktikan oleh Eyfa Emir ini.
Dia nekad melangsaikan hutang RM20,000 yang mengganggu hidupnya dalam masa dua bulan saja. Untuk misi tersebut, ini yang beliau lakukan.
All out 2 bulan
Disclaimer: Ini adalah pengalaman saya sendiri. Mungkin result nya berbeza dengan anda.
Sebenarnya saya dah mula plan untuk setelkan hutang sejak 7 tahun lepas. Tapi proses tu lambat sebab tak tahu Debt Buster Method.
Rupanya bila dah belajar restructure semula kewangan peribadi, baru nampak nak buat macam mana. So memang all out la 2 bulan ni.
Jangan risau kalau gaji kecil.
Jangan risau takde bisnes besar.
Jangan risau kalau takde support anda.
Sebab ada jalannya. Cuma step dia agak panjang. Tapi saya kongsikan 3 tips mudah ni kat anda semua:
1. Tuliskan semua hutang
Wajib tulis semua hutang dan jumlah baki
Pilih hutang mana nak setel dulu
Saya sendiri bincang dengan coach kewangan hutang mana yang patut setel dulu
Fokus untuk setelkan satu hutang dulu
2. Kurangkan belanja
Stop beli tudung baru
Stop beli baju baru
Stop beli kasut baru
Stop/kurangkan makan luar
Stop merokok kalau anda perokok
Stop scroll shoppee, lazada dan lain-lain
Kawal belanja sedia ada
3. Tambah pendapatan
Ramai stuck dekat sini sebenarnya
Nak tambah pendapatan ada kaedah dan seninya
Ada 5 kaedah untuk tambah pendapatan
Setiap kaedah ada prosesnya
Kalau betul cara insyaallah boleh dapat lebih 10k
Alhamdulillah saya dah buat dan berjaya setelkan hutang RM20K yang mengganggu hidup saya. Lebih sakit hati kalau hutang disebabkan orang lain.
Bila hutang selesai, memang tidur lena la. Dan duit lebihan yang patut bayar hutang saya boleh guna untuk benda yang lebih bermanfaat. Best kannn.
Menu diet yang dikongsi oleh Syamimi N Khalil ini adalah apa yang dipraktikkan oleh ibu anak empat ini.
Bulan pertama mencubanya dia sudah berjaya menurunkan 10 kg. Sekarang Syamimi sudah pun memperoleh berat badan yang diidamkan 52 KG berbanding 70KG sebelum ini.
Bagi yang nak mencuba, boleh ikut cara Syamimi ini.
Menu Diet Ramadan Hilang 5kg – 10kg
Rutin selepas bangun tidur
– buang air
– timbang, ukur lilit badan dan catat setiap hari
*tips timbang paling tepat, timbang tanpa baju.
2. Sepanjang tempoh ini makanan lebih kepada ‘eat clean’
– kurangkan minyak
– kurangkan garam
– kurangkan kicap sos dll
– tiada gula *ambil gula dari buah sahaja
– tiada air manis
– pejam mata untuk (makanan segera, kek, coklat, aiskrim, mee goreng, kuew tiow goreng dll)
3. Bagi yag nak ambil nasi, sukat nasi dalam 1 cup dadih saiz kecil. Terbaik pilihan beras basmathi 0% gula, tp kalau guna beras biasa pun okay.
Saya letak *=M O R E H tu merujuk kepada WAKTU makan selepas tarawikh.
Perkongsian saya untuk 10 hari Ramadan, hari lain boleh ulang menu yg sama.
TIP
Bagi memudahkan kerja mommies yg nak sediakan juadah berbuka untuk keluarga juga, rasa renyah nak kene sediakan 2 menu, jadi boleh lah ambil lauk tanpa kuah okay.
Contohnya kari ayam ke, ayam masak kurma ke, ayam masak lemak cili api dll.
Atau yg bekerja tak sempat nak masak dan beli lauk di bazar, masa berbuka ambik lauk je, asingkan kuah okay.
Menu diet Ramadhan ni sy kongsikan kepada mereka yg nak usaha Kurus Raya Ideal-Fit ri.
Kuih muih boleh la ambil sepotong/sebiji dalam seminggu sekali. (sy pun terliur juga sbb ada sesetengah kuih ni ms di bulan Ramadhan je jumpa kan) ?
Menu udang dan daging cukup 2-3 kali sepanjang Ramadhan ini yea.. Ambik ikan, telur dan ayam.
Ambil green tea selepas berbuka
Cara bersenam (Tarawikh, Tahajjud, Qiam)
Banyakkan minum air kosong.
Semoga perkongsian saya ini bermanfaat utk semua. Jangan lupa ambil gambar sekarang dan Raya nanti yea. Saya doakan semua yg di dalam usaha akan berjaya.
Selain Siti Nordiana dan keluarga yang berada di tanah suci, rupanya ada seorang lagi selebriti yang sedang mengerjakan umrah ketika ini iaitu Yatt Hamzah.
Tapi menariknya pelakon dan pengacara ini ke sana dalam keadaan sarat hamil malah turut membawa bersama dua anak yang salah seorangnya baru berusia 11 bulan.
Akui Yatt, pemergian kali ini memang agak mencabar walaupun sebenarnya ini ibadah umrah kali keempat buat dirinya. Tapi ibarat katanya doa wanita hamil itu cukup ‘power’ di tanah suci Makkah hingga ada banyak perkara yang dipermudahkan.
Ikuti kisah Yatt dan buat ibu hamil yang mahu mengerjakan umrah atau pergi bersama anak kecil dia turut berkongsi tip yang cukup berguna!
1. Pastikan anak kenyang!
Doakan kami ya.Doakan Allah mudahkan urusan umrah saya, suami dan anak2. Bukan mudah sebenarnya travel jauh dengan flight panjang bersama anak2 kecil, baby 11 bulan dengan mengandung nak masuk 7 bulan pula tu! Kalau tak kuat memang boleh stress dan kacau ibadah.. .
Tapi setakat ni apa yg kami risaukan tak berlaku. Alhamdulillah.. Anak2 sangat coorperative dan memahami. Si kenit baik sgt behave sgt tak byk ragam. Adalah sekali sekala merengek pendek sebab nak susu dan mengantok.
Bagi dia kenyang BF kat mana2 je then settle! Si kakak Nia pula sangatlah rajin membantu, cuma kadang2 je buat Bonda & abah pening dgn pertanyaan bertalu2 walau di mana shj! Tengah termengah2 berlari masuk Raudhah pun dia sempat potpet2 lg!
2. Bawa mainan
Tips buat ibu bapa yg bawa anak2 kecil spt bayi 11 bulan ni ke Umrah ; Get them BZ with toys or ur makeup (for babygirls) or plastic cup air zam2 pun boleh!
3. Untuk ibu hamil percayalah Allah bantu bila berada di sini
Serius tak mudah bg ibu2 hamil especially yg dah masuk 3rd trimester utk travel jauh apatah lg buat ibadah Umrah dengan masih susukan bayi 11 bulan yg lasak teramat! Dulu sy tak boleh bayangkan, sekarang sy sdg alaminya..Amat mencabar!
Dengan kena angkut beg tangan sendiri, beg makanan baby dan beg sejadah! 3 beg skali angkut! Dengan dukung baby Iqlima jika dia meragam. Dengan melayan karenah Kak Nia yg kdg2 moody..Dengan melayan jemaah2 Malaysia, Brunei Singapore nak selfie lg! Hehehe..
Macam penat macam susah kan..Percayalah bila saya kata, semua jadi mudah di sini! Wallahi Allah bantu sgt2 bila berada di sini! Akan ada saja bantuan yg dtg..Ramai yg offer nak bawa beglah, nak dukung anaklah..Ruang solat akan mudah terbuka walaupun dah bersesak dlm Masjid dg jemaah dr 1 dunia. Tapi Allah Maha Besar..Allah Maha Baik..Bersangka baik dan bergantunglah hanya pada Dia. Banyak2 doa, MAKBUL in shaa Allah!
So ibu2 dan bakal2 ibu, DON’T WORRY, BE HAPPY je di Tanah Suci Mekah & Madinah sbb doa dan usaha wanita hamil power di sini..Malaikat mendoakan setiap saat, Allah makbulkan setiap permintaan.Percayalah
4. Tip pergi umrah bulan 12
Madinah sejuk sangat 7-15 darjah selsius sampai terpakse pinjam bulu beruang utk lil Mujahidah kenit. Tip umrah bulan 12 : MESTI BAWA UTK BABY ; baju sejuk, minyak panas (yuyi, balm hangat, etc), vaselin petrol jelly, minyak bayi, losyen, sunblock. Utk mak bapak baby pandai2 lah.
Semoga perkongsian dari Yatt Hamzah ini bermanfaat buat bakal ibu atau yang bercadang ke tanah suci bersama anak kecil.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...