Buku dan beg sekolah anak kalau tiada tempat khas untuk diletakkan memang akan buat bilik atau ruang nampak serabut. Tambah lagi sekarang anak belajar di rumah saja.
Supaya kita tak pening dan stres melihatnya, idea bookstation Shakina Farhan ini boleh dijadikan panduan supaya buku dan peralatan sekolah anak-anak kemas.
Satu anak satu frame
Saya nak share bookstation anak yang sangat membantu kami sekeluarga lebih lagi masa PDPR sebelum ini. Anak darjah 3, darjah 1 & tadika 5 tahun. Dah hampir 5 bulan guna cara ini.
Saya guna rak Besta dari Ikea. Kelebihan ikea ni boleh custom ikut keperluan kita. Contoh pintu bawah sekali untuk sorok beg. Kalau kita nak tambah lagi shelf ke atau pintu ke masa depan pun boleh.
Ads
Saya cat dalam rak warna hitam sebab nak matching dengan decor rumah sebab bookstation ini antara dining & living room. Anak-anak belajar dekat dining & bilik bawah.
1 Frame 1 anak tapi ada juga bercampur. Dalam file fluns ada file subjek jadi kalau anak ada Google Meet terus ambil file saja. Beg dekat bawah sekali tersorok kalau tak bersepah berlonggok atas lantai.
Ads
Peralatan bookstation
Almari, shelf, door- Besta frame x 3
Box grey – Ikea
Bakul putih – Mr Diy
File fluns – Ikea
Label – buat sendiri
Ramai yang minat bercucuk tanam tapi masalah ruang jadi kekangan. Mungkin duduk di apartmen, flat atau kediaman yang tiada laman.
Bagi yang teringin juga nak bercucuk tanam boleh gunakan idea daripada Zlfrhn Norizat ini. Beliau menggunakan kaedah penanaman menegak atau vertical pots yang sangat menjimatkan ruang.
Diharap dapat memberi inspirasi kepada insan-insan yang teringin nak bercucuk tanam tetapi tiada ruang untuk bercucuk tanam.
Vertical pots ini boleh dibeli di Shopee. Klik SINI untuk beli.
Kalau belum ada bajet untuk beli vertical pot rasanya boleh DIY juga kan ikut idea ni.
Bagi yang berhasrat membina atau mengubah suai kediaman mungkin boleh menggunakan info yang dikongsi oleh Najmuddin Sulaiman agar rumah yang dibina sejuk dan selesa untuk penghuni tanpa menggunakan aircond atau pendingin hawa.
Mengambil kira sistem pengudaraan rumah yang digunakan boleh orang Melayu dulu kala ujar Najmuddin kediaman yang dibina menurutnya sejuk sekali gus bakal menjimatkan penggunaan elektrik.
Kata Najmudin dalam membina kediaman ini ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan untuk menjayakan misi rumah yang sejuk ‘tanpa pasang aircond’ yang terletak di Kota Bharu Kelantan ini.
“Tak perlu pasang aircond” inilah kata-kata beberapa orang yang telah datang melawat bangunan ini.
“Ya seawal saya bangunkan bangunan ini, saya telah kaji sistem ventilation yang telah digunakan pakai oleh orang melayu dulu dulu yang menyebabkan rumah mereka sejuk tanpa perlu pasang aircond,,”jelas Najmudin dalam hantaran di Facebook tentang kediaman yang dibina sebagai ‘pondok’ mengaji warga emas.
Terangnya antara poin penting untuk jayakan “tak perlu pasang aircond” ini adalah;
“Alhamdulillah, bila kediaman sejuk tak perlu pasang aircond maka teramat jimatlah bil elektrik,”ujar Najmudin dalam hantaran beliau yang mendapat hampir lima ribu tanda suka.
Kebiasaannya kita guna petroleum jelly atau jenama yang popular Vaseline untuk rawatan kulit yang kering.
Disebabkan hanya tahu itu saja fungsinya maka produk ini punyalah lama tersimpan, sampai expired.
Yang sebenarnya petroleum jelly ini ada banyak sangat kegunaan lain dalam kehidupan seharian kita. Bukan untuk kecantikan saja tapi untuk kegunaan rumah juga.
Ini adalah sebahagian dari 25 kegunaannya yang ramai tak tahu.
1. Tambah kilat pada gincu jenis matte. Campurkan gincu dan Vaseline pada belakang tangan dan oles pada bibir.
2. Elak gincu melekat pada gigi. Hanya sapu nipis Vaseline pada gigi depan sebelum mengenakan gincu.
3. Buang kulit mati pada bibir. Sapu tebal pada bibir, biarkan beberapa minit. Kemudian skrub bibir dengan berus gigi yang lembut dan bersih. Bilas.
4. Kemaskan kening yang berterabur. Sapukan sikit Vaseline pada bulu kening dan ia akan kemas dan berkilat.
5. Panjangkan dan lentikkan bulu mata. menggunakan berus maskara yang dibersihkan, sapu pada bulu mata sebelum tidur.
6. Serlahkan pipi. Sapukan sedikit jelly ini pada pipi sebelum menyapu pemerah pipi. Boleh juga sapu pada kelopak mata sebelum menyapu eye shadow untuk kesan lebih berkilat.
7. Keluarkan cincin yang tersekat. Sapukan vaseline menggunakan cotton bud, kemudian tolak ke depan dan kebelakang sehingga cincin dapat dikeluarkan dari jari.
8. Rawat jaket kulit. Jika ada bahagian pada jaket yang kelihatan kering sapu Vaseline pada bahagian tersebut. Kemudian lap kembali.
9. Hapus kaki berbau. Jika terasa kaki ada bau yang kurang menyenangkan, sapu Vaseline dan biarkan selama 15 minit. Kemudian lap dengan tisu atau kain kering.
10. Elak ruam lampin. Sapu pada bahagian punggung atau celah peha bayi sebelum mengenakan lampin.
11. Hindari rasa panas selepas bercukur. Terlebih dahulu, masukkan Vaseline dalam peti sejuk. Selepas bercukur sapu Vaseline yang sejuk ini pada bahagian terbabir.
12. Rambut bersinar. Sapukan Vaseline pada rambut paling atas untuk nampak lebih bersinar dan mengelakkan rambut bercabang.
13. Hindari syampu masuk mata bayi waktu mandi. Letakkan Vaseline pada bahagian kening dan syampu akan terhindar memasuki bahagian mata.
14. Buang gula-gula getah pada rambut. Sapukan pada rambut yang terkena gula-gula getah dan usap sehingga ia tertanggal.
15. Kulit kepala gatal. Urut Vaseline pada kulit kepala untuk mengurangkan kegatalan akibat kelemumur.
16. Elak kesan pewarna rambut pada kening. Ketika warnakan rambut di rumah, sapukan Vaseline pada sekeliling kepala untuk mengelakkan pewarna rambut melekat pada kening.
17. Kurangkan kesan calar pada perabot kayu. Sapukan Vaseline pada perabot yang ada kesan calar akibat terkena cincin atau gelang. Biarkan selama 24 jam, kemudian sapu dan kilatkan.
18. Buang gula-gula getah pada kayu. Sapu Vaseline pada gula-gula getah yang melekat ini sehingga ia terpisah dari kayu.
19. Buang kesan lilin. Sapu Vaseline pada sekeliling kesan lilin dan biar seketika. Selepas itu lap menggunakan tisu atau kain.
20. Elak pintu berbunyi. Letak sedikit vaseline pada ensel untuk mengelakkan ia berbunyi.
21. Buka mangga pintu yang ketat. Sapu pada anak kunci dan cuba buka, insya-Allah ia akan dibuka dengan mudah.
22. Hilangkan siku atau lutut yang hitam. Sapu Vaseline pada bahagian yang hitam ini setiap hari.
23. Minyak wangi tahan lama. Sebelum pakai minyak wangi, sapukan Vaseline pada tangan dan leher kemudian barulah sembur.
24. Kecutkan jerawat. Kalau tiada ubat jerawat sapu sedikit Vaseline pada untuk meredakan kemerahannya.
25. Rawat luka ringan. Sapu pada luka kecil untuk cepat sembuh. Ia melembapkan bahagian luka selain mengelakkannya terkena kotoran supaya tidak terkena jangkitan.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.