
Simpan emas menarik minat ramai sejak dulu memandangkan logam ini sentiasa naik. Tambah pula sekarang ada cara mudah dan selamat untuk menyimpan emas tanpa perlu risau kehilangannya.
Tapi bagi yang baru berjinak-jinak mahu menyimpan emas terutama dalam bentuk gold bar berikut adalah pantang larang yang harus dielakkan. Perkara ini dikongsi oleh perunding hartanah dan juga penulis buku kewangan, Azizul Azli Ahmad.
Simpan emas, jangan buat 7 pantang larang ini
Ramai yang teruja mula simpan emas, tapi tanpa sedar langgar pantang larang penting. Ini 7 pantang larang utama yang wajib dielakkan oleh pemula:
1. Jangan beli emas guna duit pinjaman/personal loan
Simpan emas sepatutnya untuk selamatkan kewangan, bukan tambah beban hutang. Beli ikut kemampuan, bukan nafsu.
2. Jangan beli emas untuk cepat kaya
Emas bukan skim pelaburan cepat kaya. Ia pelindung nilai jangka panjang. Kalau nak kaya cepat, boleh kecewa dan salah faham fungsi emas.
3. Jangan terlalu ikut trend atau orang lain
Jangan beli semata-mata sebab kawan besties kita beli atau tengok orang post emas di media sosial. Fahami dulu sebab dan tujuan sendiri.
4. Jangan beli emas dalam bentuk barang kemas jika niat simpanan/pelaburan
Barang kemas ada upah tukang tinggi dan mudah susut nilai. Untuk simpanan, lebih baik pilih jongkong (gold bar) 24k atau dinar.
5. Jangan simpan semua duit dalam bentuk emas
Pastikan ada simpanan tunai kecemasan dulu (3-6 bulan gaji). Emas tak cair serta-merta macam duit. Jangan kagum sangat nasihat ejen emas!
6. Jangan mudah percaya skim emas yang pelik-pelik
Kalau ada janji pulangan tetap, bonus bulanan, atau sistem referal pelik , tukar gaji jadi emas — AWAS! Kemungkinan besar itu scam.
7. Jangan tunggu masa ‘terbaik’ untuk mula
Ramai tunggu harga jatuh, tapi tak pernah beli. Sebenarnya, lebih baik mula konsisten beli sikit-sikit (kaedah GAP atau cost averaging).
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Baca Lagi: Jenis Emas Kena Tahu Sebelum Beli, Kandungan Emas Tulen Berbeza. Ada Yang Tak Sesuai Untuk Simpan