Selepas hampir 14 hari berada di Tanah Suci Makkah menunaikan ibadah umrah, 26 Mei lalu Siti Sarah dan suami, Shuib pulang ke tanah air.
Menunaikan ibadah umrah kali pertama sebagai suami isteri, pengalaman berada di sana sudah tentu meninggalkan kesan cukup mendalam buat mereka berdua, sebagai mana jemaah lain yang pernah menjejak kaki ke Makkah.
Ini dapat dilihat dari penampilan Siti Sarah sendiri. Sejak pulang daripada menunaikan ibadah umrah dia masih lagi kekal berhijab.
Semua posting di instagram yang dimuat naik mengenakan hijab. Tapi tak dapat dipastikan sama ada ia penampilan kekal Siti Sarah atau hanya berhijab di bulan Ramadan seperti yang dilakukan Fazura.
Apa pun imej baru Siti Sarah itu mengundang reaksi dari peminatnya. ‘Cantik dan manis’, itu reaksi kebanyakan mereka selepas melihat penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan ini berhijab.
Dalam pada itu mereka juga mendoakan agar Siti Sarah terus kekal berhijab mengikut jejak langkah beberapa artis wanita yang lain yang tampil lebih sopan menutup aurat.
Seperti bulan Ramadan tahun-tahun sebelum, sekali lagi Fazura mengenakan hijab pada bulan puasa kali ini.
Bukan gimik melariskan koleksinya Fazbulous yang menampilkan pakaian untuk wanita berhijab sebaliknya sudah jadi rutin artis ini setiap kali datangnya bulan Ramadan.
Tak dinafikan isteri Fattah Amin ini cukup cantik dengan imej berhijab, sampai tak puas mata memandang.
Menariknya jika diperhatikan fesyen tudung pilihan Fazura memang sempoi, lebih kepada skaf atau pun bawal tanpa corak yang diikat kemas pada leher. Pilihan yang sama seperti tahun sebelumnya.
Dalam laman instagram miliknya Fazura juga sudah berkongsi beberapa keping gambar penampilan berhijab dan ia bukan sekadar untuk berfoto tapi turut dikenakan Fazura ketika menghadiri majlis.
Rata-rata peminat memuji kecantikan pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini dalam usaha menutup aurat. Malah ramai juga yang mendoakan agar Fazura terus bertudung litup hingga bila-bila.
Jomlah tengok gaya hijab Fazura tahun ini, memang manis sangat!
Plak berwarna kuning yang terbentuk pada celah-celah gigi memang akan menyebabkan gigi nampak kotor dan tidak terjaga.
Walaupun sudah mengikut rutin memberus gigi dua atau tiga kali sehari ia tetap sukar dihilangkan.
Biasanya untuk mengatasi masalah ini kita akan membuat rawatan ke klinik gigi kerana jika dibiarkan plak ini boleh menyebabkan kerosakan gigi malah nafas juga berbau.
Namun begitu selain rawatan gigi sebenarnya ada beberapa cara semula jadi yang boleh kita praktikkan juga untuk menghapuskan plak gigi. Menariknya, bahan-bahan tersebut ada di dapur kita saja.
Jadi sebelum jumpa doktor gigi boleh cuba dulu cara ini ya!
Buah jenis sitrus berguna untuk menghapuskan plak kerana kandungan asid yang dimiliki.
Cuma ambil kulit oren yang dikupas dan gosok terus kepada gigi selama 2 atau 3 minit. Kemudian berkumur dengan air suam selepas itu. Lakukan beberapa kali seminggu.
Selain kulit oren, jus lemon juga boleh digunakan. Asid dalam lemon bukan saja menghapuskan plak tapi juga membantu memutihkan gigi.
Caranya celup berus gigi dalam jus lemon dan gosok gigi dengan rata. Biarkan seketika sebelum membilasnya. Cuma perlu diingat jus lemon cukup kuat dan boleh menyebabkan hakisan gigi.
Barang dapur lain yang boleh digunakan untuk menghapuskan plak gigi adalah minyak kelapa. Minyak ini menyerap kotoran dalam mulut dan mempunyai kesan antibakteria untuk menentang mikro organisma yang membuat di bahagian ini.
Ratakan 1-2 sudu besar minyak kelapa ini dalam mulut dan biar selama 10-15. Kemudian keluarkan dan berkumurlah dengan air suam.
Buah tomato dan strawberi kaya dengan vitamin C. Jika tak suka dengan buah sitrus anda boleh menggunakan dua jenis buah ini sebagai alternatif.
Potong kecil dan gosok kepada gigi. Biarkan selama 5 minit sebelum berkumur untuk membersihkannya.
Rempah ini sudah sekian lama digunakan untuk meredakan sakit gigi. Ia juga membantu membasmi kuman di dalam mulut. Caranya kisar bunga cengkih dan campurkan dengan sedikit minyak zaitun. Letakkan campuran ini pada bahagian gigi yang mempunyai plak.
Semua cara ini beresan sekiranya masalah plak pada gigi bukan di peringkat teruk.
Sekiranya anda mempunyai masalah gigi sensitif sebaiknya dapatkan rawatan doktor.
Mungkin ada yang rasa cantik bila mengenakan solekan tebal malah sampai satu tahap tak akan keluar rumah tanpa mekap mampan.
Awas ya bagi anda yang ada perasaan begini sebab dari aspek psikologi ia merupakan petanda masalah.
Kajian mengatakan sering memakai solekan tebal bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan kulit tetapi sebenarnya ia menganggu kesihatan mental.
Sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Psikologi Sosial mendedahkan, kebiasaan mengenakan mekap tebal akan menyebabkan wanita kurang keyakinan diri. Sekaligus, membuatkan mereka tidak suka dengan diri sendiri.
Satu kajian telah dijalankan ke atas pelajar universiti Scotland yang sering mengenakan solekan dan tidak mengenakan solekan.
Hasil kajian mendapati responden yang memakai alat solek hanya untuk memuaskan diri mereka sendiri.
Tapi, tabiat memakai solekan tebal setiap hari sebenarnya boleh menyebabkan mental terganggu. Menyebabkan rasa rendah diri dan rasa wajah sendiri buruk tanpa solekan
Jadi buat anda yang suka bersolek tebal mungkin boleh belajar kurangkan tabiat ini sedikit demi sedikit agar tidak dipandang semacam selepas ini.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...