Masalah jerawat satu hal, dah hilang pun satu hal lagi. Parut yang ditinggalkan biasa ambil masa lama untuk hilang.
Selalunya ia meninggalkan parut merah pada wajah yang menyakitkan mata bila melihatnya di cermin. Sebab itulah ramai yang sanggup membeli produk yang mahal untuk menghilang parut jerawat ini.
Tapi sebelum keluarkan duit, baiklah kita cuba dulu petua yang dikongsi oleh Muyassarah Samad. Gadis ini berkongsi petua menghilangkan parut jerawat dengan cara paling mudah, murah dan semula jadi tapi kesannya mampu buat wajah kembali flawless.
Menurut Muyassarah, petua ini sudah diamalkan sejak lima tahun lalu. Sebaiknya dilakukan setiap malam jika mahu hasil lebih berkesan lakukan setiap malam. Insya-Allah katanya dalam tempoh seminggu parut jerawat akan hilang.
Ini berdasarkan pengalamannya sendiri beberapa tahun lalu ketika wajah mengalami masalah parut merah yang banyak sehingga membuatkan dia malu untuk keluar rumah.
Namun petua inilah yang diamalkan untuk memulihkan wajah. Caranya memang mudah hanya menggunakan asam jawa & bedak sejuk tapi kesannya memang terbaik.
Bahan-bahan:
IKLAN
Asam jawa
Bedak sejuk
Air kosong
Cara membuat:
IKLAN
1. Ambil sedikit asam jawa lalu tambah air kosong secukupnya. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
2. Ambil bedak sejuk campurkan sekali dengan pes asam jawa tadi. Kalau terlalu pekat tambah sedikit air. Gaulkan.
3. Kemudian ambil pes dan tampal pada bahagian wajah berparut. Boleh juga disapu pada satu muka.
Kentang mempunyai banyak manfaat rupa-rupanya dalam hidup kita. Boleh mudahkan banyak perkara sekali gus jimatkan duit juga. VK berikan beberapa manfaat kentang selain daripada boleh dimakan.
Redakan Melecur
Kentang boleh digunakan untuk memudahkan anda redakan melecur ringan. Caranya mudah saja. Ambil sebiji kentang dan hiris nipis. Kemudian letakkan pada bahagian yang sunburn. kalau anda tak gemar kentang yang dihiris nipis, boleh juga kisau untuk jadikan pes. Sapukan pes itu di bahagian yang melecur. Biarkan selama lebih kurang 10 hingga 15 minit, bersihkan kentang itu dan bilas dengan air bersih. Ingat ya. Ini untuk melecur ringan sahaja misalnya terkena air panas. Jika melecur yang teruk, sila dapatkan nasihat doktor.
Cerahkan Bawah Lengan
Bawah lengan adalah kawasan tertutup yang tetap diberikan perhatian terutama wanita. Gunakan kentang untuk menutup cela ini dengan cara mudah. Memang takkan cerah sekelip mata. Caranya adalah hiris kentang nipis-nipis atau sagat. Kemudian gosokkan pada bahagian bawah lengan. Tempoh 3 minit. Kemudian biarkan selama 30 minit. Biar jus yang ada pada kentang itu bertindak balas dengan rona gelap di kawasan tersebut. Kemudian bilas dan keringkan dengan tuala bersih. Boleh juga kisar kentang sehingga halus menjadi pes. Sapu pada bahagian bawah lengan dan biarkan 15 minit. Bilas dan lap dengan tuala bersih. Ulangi kaedah ini dua kali sehari selama sebulan. Lihat hasilnya.
Redakan Sakit Kepala
Sakit kepala memang sangat mengganggu. Jangan kerap amalkan pil tahan sakit kerana boleh mengganggu kesihatan. Cubalah teknik semula jadi ini. Kupas dan hiris kentang nipis-nipis. Letakkan hirisan kentang ini di bahagian dahi. Ketika ini, anda dalam posisi berbaring. Tutup mata dan relax.
Pernah minum jus kentang? Ya rasanya memanglah tak sesedap air coklat panas. Namun khasiatnya boleh bantu turunkan kolesterol. Kentang mengandungi kalsium dan vitamin C. Boleh meningkatkan sistem imunisasi. Cara membuat adalah kupas kentang dan kisar bersama sedikit air masak. Tapiskan jus ini. Untuk mengelakkan rasa yang kurang enak, silalah tambah dengan jus daripada buah atau sayur yang lain. Misalnya oren, pisang, tembikai atau mangga. Yummy!
Sejak semalam, beg tangan Birkin dari jenama terkemuka dan mewah Hermes jadi bualan di laman sosial negara ini. Puncanya kerana ia antara barang yang dirampas dalam satu serbuan di kediaman bekas pemimpin negara.
Sebanyak 284 kotak berisi beg ini telah dirampas. Ia mengejutkan netizen kerana harga sebuah beg ini mencecah ratusan ribu ringgit.
Pasal apa beg ini mahal sangat? Ini 11 perkara tentang beg Birkin yang perlu kita tahu.
1. Birkin ialah model, Hermès ialah jenama
Jangan keliru, Birkin adalah model dan Hermes adalah jenama. Beg tangan Birkin oleh Hermès bukanlah sembarangan jenama atau koleksi yang ada boleh beli di pusat beli-belah mahupun butik.
2. Simbol kekayaan dan kemewahan
Ia kerana harganya yang mahal dan sukar dimiliki. Ia dinamakan sempena nama penyanyi dan pelakon Jane Birkin.
3. Harga berbeza mengikut saiz, warna dan material
Secara kasar, harganya bermula dari AS$9,000 (RM20,902) sehingga AS$150,000 (RM 348,369). Tapi setiap satu beg mempunyai harga berbeza mengikut material diguna, jahitan, aksesori tambahan dan masa buatan.
4. Jual ikut tempahan
Anda tak boleh membelinya sesuka hati di mana-mana kerana ia hanya dijual mengikut tempahan. Jualannya mengikut jadual yang sukar diramal dengan kuantiti terhad. Kepada mereka yang membeli dari pihak tengah, kena tunggu lama untuk mendapatkan satu unit beg, sekitar 6 bulan hingga 3 tahun!
5. Koleksi Birkin berasal daripada keluhan Birkin
Ia berasal daripada pelakon dan penyanyi Jane Birkin yang mengeluh betapa sukarnya mendapat beg kulit mengikut citarasanya pada 1981. Kebetulan keluhan itu disampaikan kepada ketua eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas yang duduk bersebelahan dengan Jane Birkin dalam penerbangan ke London dari Paris.
Menurut berita, ilham dan reka bentuk asli Hermès Birkin dilakar di atas beg muntah dalam kapal terbang yang dinaiki mereka.
Pada tahun 1984, Dumas membuat sebuah beg kulit lembut untuk Birkin, berdasarkan satu rekaan 1892. Birkin menggunakan beg itu untuk dirinya sendiri namun kemudian mengubah fikirannya dan sejak itu ia menjadi ikon fesyen mewah.
6. Royalti untuk Jane Birkin
Jane Birkin memperoleh beg Birkin secara percuma selain royalti secara tahunan yang dilapor sekitar £30,000 (RM166,890) pada tahun 2012.
7. Satu beg ambil masa minimum 48 jam
Setiap unit beg tangan Birkin mengambil masa minimum 48 jam, disiapkan oleh seorang pakar terlatih dalam pembuatan beg yang bukan sahaja cantik tetapi berkualiti.
8. Birkin termahal pernah dilelong bernilai RM988,375
Ia diperbuat daripada kulit buaya rona merah jambu fuschia dilengkapi kancing berlian serta logam emas putih 18 karat.
9. Pelaburan yang bagus
Kajian menunjukkan beg Birkin yang unik (rare) mempunyai purata 14.2% pulangan tahunan sejak beberapa dekad lalu. Purata pulangan yang lebih tinggi daripada emas.
10. Berat sebuah beg Birkin tanpa isi 1 kg
Nampak macam kecil tapi bila isi telefon, dompet dan barang mekap ia mengembang.
11. Victoria Beckham pun hanya ada 100!
Victoria Beckham antara penggemar beg Birkin, dan beliau dikatakan mempunyai 100 beg Birkin (saja!)
Imej berhijab Nura Medina atau Fazura dalam drama popular ketika ini Hero Seorang Cinderella tak dinafikan memang cantik.
Tak puas mata memandang walaupun gaya yang dikenakan cukup ringkas. Tapi kalau nak tahu pelakon ini berhijab bukan setakat dalam drama itu saja.
Seperti tahun-tahun sebelumnya memasuki bulan Ramadan Fazura akan tampil bertudung. Ini dapat dilihat dalam foto yang dimuat naik Fazura dalam akaun instagram miliknya.
Pilihan tudungnya pula memang sempoi iaitu bawal atau skarf tapi yang pasti sangat serasi dengan wajahnya. Ada juga nampak macam stail tudung wanita Brunei. Hmmm…
Cuba tengok gaya-gaya ini. Ringkas tapi manis sangat.
Meski berhijab hanya di bulan Ramadan tapi kita doakan aktres ini terbuka hati menutup aurat sepenuhnya menjadi Muslimah sejati.
Meski berhijab hanya di bulan Ramadan tapi kita doakan aktres ini terbuka hati menutup aurat sepenuhnya menjadi Muslimah sejati.
Bagi yang sedang merancang membeli kediaman info yang dikongsi oleh Fahimah Mahayudin berkenaan saiz rumah elok dijadikan panduan. Ia bagi memastikan kita tidak tersilap memilih kediaman. Boleh jadi bila melihat saiz beratus-ratus kaki persegi dalam risalah atau mendengar penerangan pemaju kita sangka ia luas rupanya sangatlah kecil.