Umum mengetahui pelakon, Datin Seri Zizie Izette mempunyai anak kembar lelaki yang dinamakan Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette. Kembar yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 30 Disember akan datang kini semakin membesar. Justeru banyak pakaiannya tidak lagi muat dipakai.
Ads
Melalui instagram, Zizie yang kini sedang hamil memuat naik gambar pakaian kembar itu. Melalui kapsyen, Zizie berbesar hati jika ada yang sudi menerima pakaian tersebut. Antara kriteria yang Zizie utamakan ialah kepada ibu yang bakal melahirkan anak kembar ataupun ibu yang ada anak kembar masih kecil berusia antara 1 hingga 6 bulan. Lebih afdal jika penerima ialah golongan yang kurang berkemampuan.
Ads
Tag gambar anak kembar anda pada Zizie
Di antara baju2 anak kembar saya yg dah tak muat & terlalu banyak lagi. Saya berbesar hati kalau sudi terima sekiranya ada diantara anda yg bakal melahirkan anak kembar ataupun sudah punyai anak kembar yg masih kecil (1 bulan ke 6 bulan) lebih afdal lg yg kurang berkemampuan, sila tag saya gambar anak kembar anda. Ps: Baju2 masih dlm keadaan yg sgt baik. Kami akan contact dlm masa terdekat ni. Terima kasih.
Apabila berasa kecewa, kerap kali kita fikir hendak undurkan masa dan perbetulkan pilihan yang kita buat. Betul tak? Orang paling kita perlukan ketika kita kecewa ialah ibu. Meluahkan rasa hati ibu adalah antara jalan yang mampu melapangkan emosi. Begitulah pelakon dari Singapura, Dato Adi Putra ini. Kekecewaan dengan kehidupan sebagai selebriti yang juga disebut public figure telah membuatkan dia meluahkan rasa hatinya pada ibu.
Melalui instagram, Adi Putra memuat naik perbualannya dengan ibu.
Bersama ibu.
Me: ibu, kalau boleh dapat undurkan masa, adi tak nak jadi “Public Figure”, adi nak jadi org awam dan keje macam org awam.
Ibu: jgn cakap macam tu, kita hidup kedepan bukan kebelakang, tak baik cakap macam tu, kita kena trima hakikat apa yg dah tertulis utk kita.
Me: susah nak cakap ibu, buat salah tetap salah, ni buat baik pun tetap salah. Ni salah, tu salah, semua salah.
Ibu: knapa nak fikir apa org cakap, biar mereka nak kata apa, janji Allah tahu apa kebaikan yg kita buat, ada sebab dan hikmah knapa Adi jadi “public figure”, tentu ada asbabnya.
Me: entahlah ibu, harap, semua baik baik belaka.
Adi Putra dan isteri.
Ibu: dengar sini, selagi ibu bernafas, Doa ibu tak pernah putus doa buat anak ibu dan istri. Kalau itu ketentuan Allah, teruskanlah perjuangan sebagai org dikenali dan manfaatkan sebaik mungkin. Dunia ini hanya sementara. Hidup ini juga utk memberi, membahagiakan dan menjayakan org dan Pasti Allah akan menjayakan dan bahagiakan kita krana itu Janjinya. Yg penting skali, pertama ingatlah Allah sentiasa. Dan ibu dan ayah. Doa mereka tidak sama seperti seorang ibu mendoakan kepada anaknya, walaupun yg tiada ibu, anggaplah seorang wanita yg sudah berumur seperti ibu mu, krana doanya juga sgt mustajab.
Me: baik ibu, adi akan sentiasa ingat sampai bila2 pesanan ibu. Dan adi akan trus berjuang utk duniawi dan ukhrawi. Restui dan doakan adi ibu. Ibu, jap, kadang2 bila ibu bercakap ni, boleh tahan juga, macam seniwati.
Ibu: kalau ibu tak jadi, anak ibu lah jadi. Dah Jgn lupa solat, jgn lupa Allah.
VK sayu betul kalau tiba bab ibu ni. Ketika sedih mesti ingat ibu. Nasihat ibu akan tersemat di hati. Walau kita nakal atau degil macam mana pun, kasih sayang ibu tetap utuh buat kita kan?
Perasan tak kalau diperhatikan anak-anak perempuan sekarang period atau haid awal berbanding kita dulu. Rata-rata anak perempuan sekarang sudah pun mengalami haid ataupun akil baligh pada usia bawah 12 tahun malah ada yang mengalaminya seawal 8 tahun sedangkan kita dulu haid pada umur 16 tahun.
Fenomena kanak-kanak perempuan cepat akil baligh sekarang sudah seakan perkara biasa tapi hakikatnya ia agak merisaukan ibu bapa. Manakan tidak, usia masih budak tapi secara fizikalnya dia kelihatan matang. Bila haid datang, bentuk badan sebagai seorang wanita sudah dapat dilihat malah secara biologinya sudah boleh mengandung.
Persoalannya kenapa kanak-kanak perempuan sekarang mengalami haid awal, VK mengajukan isu ini kepada Dr Nurliyana Ahmad Zaki. Menurut beliau walaupun ramai yang menganggap ia sebagai biasa bagi anak perempuan sekarang namun hal ini sebenarnya tidak normal.
Menurut Dr Lyana, kanak-kanak dikatakan termasuk dalam kategori awal akil baligh apabila datang haid pada usia 9 tahun ke bawah. Hal ini tidak normal sebenarnya.
Dr Lyana menyenaraikan tanda-tanda akil baligh yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa terhadap anak-anak perempuan mereka iaitu:
1. Pertumbuhan fizikal (pertambahan berat dan tinggi yang mendadak) 2. Pertumbuhan payudara. 3. Berpeluh dan mulai mengeluarkan bau badan. 4. Mulai tumbuh bulu badan di ketiak dan kemaluan. 5. Kulit mulai berminyak dan berjerawat 6. Fizikal lebih berbentuk 7. Ada keputihan dari faraj. 8. Datang haid.
Mengulas tentang proses kedatangan haid bagi anak perempuan kata Dr Lyana proses akil baligh bermula apabila sistem reproduktif kita diaktifkan melalui ‘hypothalamic-pituitary-gonadal (HPA) axis activation’.
Dalam bahasa mudahnya, otak bertindak mengeluarkan hormon yang kemudiannya merangsang penghasilan hormon oleh kelenjar seks, seperti ovari (perempuan) dan testis (lelaki). Ini seterusnya menghasilkan perubahan fizikal dan emosi kepada seseorang individu yang mencapai akil baligh.
“Dalam kes tertentu, ‘HPA axis’ ini mungkin belum diaktifkan secara semula jadi di peringkat otak. Namun hormon untuk akil baligh telah terdapat dalam kuantiti yang signifikan dalam badan dan menyebabkan perubahan fizikal dan emosi dalam akil baligh.
Contohnya, obesiti atau dengan mengambil makanan yang tinggi kandungan hormon estrogen secara berlebihan, seperti soya dan ayam ternakan yang telah disuntik hormon ini untuk mempercepatkan pertumbuhannya.”
“Apabila kanak-kanak perempuan akil baligh terlalu awal, mereka ini selalunya keliru dengan keadaan diri sendiri. Umur masih budak tapi emosi mereka sudah ke arah lebih matang. Mereka mungkin segan nak bermain-main macam kanak-kanak lain, malu bercampur dengan kawan-kawan kerana fizikal yang sudah berbeza berbanding rakan sebaya mereka.
“Malah mereka juga lebih cenderung nak mengetahui lebih lanjut mengenai seksualiti. Wujud rasa nak ‘explore’ diri sendiri. Di sinilah bahayanya apabila kanak-kanak cepat matang dan tidak dibimbing oleh ibu bapa untuk memahami perubahan fizikal dan emosi mereka. Ibu bapa perlu pantau hal ini,” ujar Dr Lyana.
Apabila anak perempuan anda sudah datang haid, bermulalah peranan ibu bapa terutamanya ibu menerangkan hal sebenar. Ibu perlu terangkan pada anak bahawa akil baligh dan datang haid ialah situasi yang semua orang perempuan akan lalui, sesetengahnya mungkin lebih awal sedikit. Nasihatkan mereka supaya jangan takut kerana datang haid ialah perkara biasa.
“Terangkan mengenai kebersihan. Cara nak pakai, cuci dan buang tuala wanita. Bimbing anak cara nak pakai tuala wanita dengan betul untuk elak kebocoran. Kebiasannya ibulah yang membimbing.
Namun, jika anda seorang bapa tunggal dan merasa kekok berkaitan hal akil baligh anak perempuan; dapatkan bantuan daripada wanita dewasa lain yang dekat dan rapat dengan anak. Misalnya ibu saudara, nenek atau guru anak-anak anda. Biar anak anda selesa untuk berbincang mengenai hal ini,” kata Dr Lyana.
Apabila seseorang kanak-kanak telah menunjukkan tanda-tanda akil baligh awal, seeloknya ibu bapa bawa anak berjumpa doktor perubatan atau doktor kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.
Hal ini untuk memastikan anak tidak mengalami proses akil baligh abnormal disebabkan masalah perubatan, contohnya tumor pada kelenjar adrenal/ovari/testis atau hypotiroid. Walaubagaimanapun, jangan terlalu bimbang kerana kes-kes sebegini sangat jarang berlaku dan kebiasaannya tiada punca perubatan dapat ditemui.
Dr Lyana turut menegaskan ibu bapa perlu bersikap terbuka dan mengambil tahu tentang proses akil baligh anak-anak perempuan mereka. Bantulah anak-anak lalui proses ini supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.
Dalam pada itu katanya ibu bapa boleh mencegah masalah obesiti dalam kalangan anak dengan cara memberikan makanan sihat dan tingkatkan aktiviti fizikal sejak awal lagi.
Selain itu elakkan anak terdedah dengan rangsangan luar yang tidak sepatutnya, seperti menonton pornografi. Hal ini didapati berpotensi untuk merangsang proses akil baligh awal.
Setiap orang ada masalah yang tersendiri. Apabila masalah ini datang, ada kala membuatkan kita hilang pertimbangan. Lantas kita mula terfikir sesuatu yang dijangkauan fikiran.
Itulah yang berlaku kepada isteri jutawan kosmetik yang terkenal dengan tagline Terlajak laris, Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid. Dalam instagram, beliau menceritakan mengenai keputusannya yang pernah pergi ke klinik untuk menggugurkan kandungan ketiganya.
Ketika itu, beliau berbuat demikian sebab rasa tak cukup duit dengan keadaan bisnes yang masih terumbang-ambing. Malah ketika itu anak pertama dan keduanya masih kecil lagi. Jadi beliau rasa kehadiran anak ketiga itu belum kena dengan masanya.
Anak ketiga, Ibaraheem Adham kini sudah pun besar dan anak itulah yang kini menjadi penghibur buat beliau dengan personalitinya yang sweet. Peluk dan cium beliau tiap kali marah.
Dulu waktu mengandung baem anak2 semua kecik lagi…mengandung baem umur saya 27 tahun ….. waktu tu bila tau pregnant saya x happy langsung sbb sangat2 x nak ada anak lagi dgn ekonomi x berapa baik……saya stress nangis siang malam pagi petang sampai pernah ke klinik nak gugurkan kandungan…..
Doktor kat klinik pun marah saya,tu lah manusia ni…rezeki duit nak rezeki anak dia tolak…??….terus saya terkedu dan berfikir kembali apa yg saya nak buat ni salah?…saya teruskan kandungan walaupun dalam kemurungan….. (kalau ingat balik berdosanya saya x terima rezeki Allah nak bg ni)..
Doktor tu cakap awak x kesian d ke dekat anak awak ni dia dah ada jantung…..Nanti esok2 dia ni lah anak yg membahagiakan awak..?…Terus perasaan naluri ibu tu datang…saya x malu nak cerita sbb utk pengajaran kita semua..
Ya sememangnya betul @baem_adham penghibur saya,seingat saya beberapa kali aja saya cuba nak pukul dia yg lain x sempat sbb dia terus peluk dan cium je tiap kali saya marah…sekarang dah besar dah anak2 ni…x lama lagi dapat menantu?(terover pula kan..) apapun bargai rezeki Allah bagi…..Insya Allah kita redha yg baik2 datang pada kita..
Perkahwinan Aliff Syukri dan Nur Shahida dikurniakan empat anak iaitu Ammar Ahyyan,10, Qadejah El Zahra, 8, Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff al Qardawi. Pasangan ini mengambil anak angkat pada tahun lalu iaitu Ameena Aliffsha pada bulan Oktober dan Qayyum Aliffshah pada awal Disember.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...