Selepas kes susu tiruan satu jenama dilaporkan hingga menyebabkan kejadian bayi terpaksa dimasukkan ke hospital, syarikat pengeluar susu terbabit tampil membuat penjelasan.
Dalam satu kenyataan syarikat terbabit juga turut memberikan tip untuk pengguna mengenali susu tiruan. Berikut adalah kenyataan yang dikongsi di Facebook Enfagrow A+ Malaysia.
Kepada ibu bapa sekalian,
Mead Johnson Nutrition bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat laporan susu formula palsu di Johor Bahru. Pemeriksaan yang di buat di pasaran yang dijalankan minggu lalu ini adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh MJN dari hasil siasatan syarikat.
Ads
Hanya babitkan pek 1.8kg
Hasil pemeriksaan telah mengenalpasti sebilangan kecil produk yang disyaki di segelintir kedai runcit dalam kawasan geografi yang terhad di Skudai, Johor Bahru. Produk yang terlibat ialah Enfalac A+ Langkah 1 pek 1.8 kg (tiga pek foil dalam setiap kotak) – dan hanya dijual dalam sebilangan kecil kedai di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari. Pemeriksaan yang luas dalam pasaran telah mengesahkan bahawa produk palsu hanyalah di dapati dalam format pembungkusan 1.8 kg dan hanya di kesan dalam kawasan geografi yang terhad ini.
Dalam kerjasama yang kami jayakan bersama pihak berkuasa Malaysia, pemeriksaan di pasaran setakat ini hanya mendapati 210 pek tiruan, tetapi siasatan lanjut masih berterusan bertujuan menghapuskan produk tiruan sepenuhnya. Pihak berkuasa Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan siasatan secara aktif dalam operasi penghapusan susu tiruan dan memastikan pihak yang berkaitan akan didakwa dan dihukum sekeras-kerasnya oleh pihak yang berwajib.
Periksa pek foil
Penyiasatan kami – dan pemeriksaan runcit baru-baru ini – menunjukkan bahawa insiden produk tiruan ini sangat rendah, tetapi kami ingin memastikan pengguna yakin dengan pek produk yang di beli. Cara paling mudah untuk mengenal pasti produk tiruan adalah memeriksa pek foil individu.
Ads
Pek tiruan udara kurang, perhati lipatan
Bungkusan Enfalac A+ Langkah 1 yang tulen kelihatan mempunyai lebih udara dalam pek. Manakala pek foil tiruan pula mempunyai udara yang kurang dan serbuknya lebih mampat. Bungkusan mempunyai lipatan tajam yang ketara di kedua-dua belah bahagian sisi nya, manakala lipatan tidak ada pada pek foil tulen, seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Sekiranya pengguna menemui pek Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg dengan lipatan tajam pada sisi bungkusan foil dalam produk yang dibeli, sila hubungi talian pelanggan careline Mead Johnson di talian 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam) dengan segera untuk mendapat sokongan dan menerima produk gantian.
Ads
Sekiranya pengguna mempunyai produk Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg yang tidak lagi dalam bungkusan asal, mereka juga boleh menghubungi kami untuk mendapatkan produk gantian.
Satu persatu kisah menyayat hati tentang keluarga mangsa nahas Lion Air yang terhempas baru-baru ini tersingkap. Terbaru perkongsian media di negara jiran Indonesia melaporkan satu keluarga turut terkorban dalam kejadian itu yang membabitkan 181 mangsa.
Rizal Gilang Perkasa Sanusi Putra, isterinya Wita Sriyani serta anaknya yang masih bayi Kyara Aurine Daniendra Giwitri, 15 bulan tersenarai dalam penumpang pesawat malang itu.
Gilang duduk di tempat duduk bernombor 22D sementara isterinya Wita pulang bersama anaknya Kyara di tempat duduk 22E.
Gilang merupakan seorang pegawai sebuah syarikat manakala isterinya Wita pula adalah seorang doktor gigi.
Tiga beranak ini terbang dari Jakarta selepas selesai bercuti. Gilang menyambung cuti untuk menghantar anak dan isteri pulang ke Pangkal Pinang.
Tapi ketentuan Ilahi ternyata itulah perjalanan terakhir mereka sekeluarga. Pemergian mereka ditangisi oleh keluarga dan juga mendapat simpati dari netizen di sana.
Semua tahu betapa sebelum ini Datuk Seri Siti Nurhaliza terlalu menginginkan kehadiran si kecil dalam rumah tangga yang dibina bersama Datuk Khalid.
11 tahun menanti, akhirnya seminggu lalu zuriat yang didambakan dipangku di ribaannya. Tapi bukan sikit pula usaha Siti untuk menimang cahaya mata. Dia pernah keguguran, melalui rawatan kesuburan dan juga kaedah IVF untuk hamil.
Justeru dia sangat memahami apa yang dirasai oleh wanita yang belum dikurniakan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga. Untuk wanita-wanita ini Siti sempat menitipkan nasihatnya.
“Bagi wanita yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan putus asa. Orang akan kata cakap memang senang tapi itulah yang saya rasa dan buat. Tak putus asa tak putus doa.
“Paling penting, sentiasa bersangka baik pada Allah. Setengah orang bila tak diberi rezeki dia mempersoalkan kenapa dia tak dapat dan orang lain dapat. Tapi saya sentiasa cakap dalam diri saya Allah akan beri pada tarikh dan hari yang terbaik.
“Walaupun pergi umrah beberapa kali, doa saya doa yang sama. Saya tahu Allah akan jawab juga satu hari nanti. Alhamdulillah Allah jawab juga doa saya. Walaupun 11 tahun menunggu. tetap ada rezeki
“Yang penting jangan putus asa dan berusaha dengan pelbagai cara yang ada sama ada tradisional, moden dan sebagainya,”ungkap Siti yang tak menafikan teringin jika dikurniakan seorang lagi cahaya mata.
“Apa-apapun saya berserah pada Allah. Jika diberi saya bersyukur, kalau tak pun saya bersyukur dengan apa yang ada,” ujar Siti yang mahu dipanggil ibu oleh anaknya.
“Saya nak dia saya panggil ibu. Sebab suami saya anak-anak panggil dia ayah. Jadi padanan yang sesuai kalau saya dipanggil ibu. Lagipun saya suka sebab panggilan ibu itu pada saya cukup lembut,”ujarnya.
Berehat 6 bulan
Dalam pada itu jika wanita lain cuti bersalin selama dua atau tiga bulan Siti pula menjangkakan dia akan berehat selama enam bulan dari sebarang aktiviti seni.
“Saya mungkin berehat selama enam bulan supaya sihat sepenuhnya. Saya tak mahu terburu-buru nak slim. Sekarang cuma ikut nasihat doktor. Tapi suprise juga bila tak cukup tidur, muka kecut sikit,” seloroh Siti dalam majlis majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya semalam selepas tujuh hari kelahiran cahaya matanya.
Perkongsian daripada Hety Ezleen ini sewajarnya dibaca oleh wanita. Ini kerana masalah cyst yang dihidapi sebenarnya dialami oleh ramai wanita, malah mungkin juga dalam tidak sedar.
Namun bagi Hety, ketika dia mula menyedari keadaannya sudah serius, cyst sudah membesar dan menjadi kanser yang amat membahayakan nyawanya.
Demi keselamatan dia terpaksa dibedah untuk membuang cyst dan juga rahim yang sudah terjejas akibat cyst berkenaan.
Meski perit namun dia redha bahawa apa yang ada pada dirinya hanyalah pinjaman-Nya. Dia redha tak mampu lagi melahirkan, pelu memakan ubat seumur hidup dan beberapa lain kesan lain bila rahim sudah dibuang.
Hety juga menceritakan detik-detik pilu yang berlaku dalam hidupnya itu untuk pengetahuan wanita lain tentang bahayanya cyst sebelum terlambat.
Tanda- tanda yang saya alami
Ramai yg bertanya pd saya, mcm mana mula2 saya tau yg saya ada cyst.. apa tanda2 cyst, dan apa tindakan saya.. Saya rasa terpanggil utk berkongsi pengalaman saya utk rakan2 yg bertanya.. mana tahu dapat membantu awk2, rakan2 awk, atau saudara mara awk yg senasib spr saya sebelum terlambat..
Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga.. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat. Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan
Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun sy tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan2?. Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm akan pergi toilet.. then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi.. Bayangkanlah penderitaan ini.. ? Ini krn cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.
Kadang2 sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yg teramat sangat di tempat kedudukan cyst?. Ini krn faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.
Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung?.. (perut saya spr wanita mengandung 4bulan). Ia tak sakit krn dalam perut mengandungi air.. doc kata cyst tu yg keluarkan air tersebut.
Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh.
Kadang2 pening kepala.. tak selalu..
Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang2 ketulan cyst tu timbul pd perut.. saya boleh nampak kedudukan cyst tu dgn mata sendiri.. bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras.. seram pulak, tp tak bgtau dgn sesiapa sbb takut.
Itu tanda2 cyst yg saya alami, period saya regular. Utk org lain sy tak pasti, krn hormon badan kita berbeza.. Doc cakap dgn saya, setiap wanita mmg ada cyst, ia bergantung pd ‘dia’ aktif atau tidak je..
Apa tindakan saya? Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung Okay, Saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yg bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye.. jika hospital kerajaan pastinya murah.. tapi lambat (ikut pengalaman cerita org2).
Ini Ovarian Cyst yang dibuang.
Doc cakap dalam perut banyak air
1. 14.2.2018
Saya pergi ke Klinik sakit puan.. Doc India tu buat ultrasound tengok apa yg ada dlm perut.. doc x nampak pun cyst tu. Dia cakap perut saya banyak air.. then terus dia cakap air dalam perut awk ni mungkin air kanser!! Tergamam sebentar dgr kata2 doc tu.. (dpt gambar scan dlm perut..BAYARAN RM60)
2. 14.2.2018
Tak puas hati dgn result klinik pertama, call kakak ipar (doctor) then bgtau masalah saya, dia suruh saya pergi ke klinik dia. Jauh jugak la dgn rumah.. huhu.. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni mmg nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Omak tanjat aihh! Blur kejap dan mata terkebil2.. Then kakak ipar buatkan surat ke Hosp Pantai utk buat ujian CT Scan.. (dpt gambar dlm perut.. BAYARAN FREE sbb kakak ipar)
3. 15.2.2018
Pergi Hosp Pantai (Private) buat CT Scan abdomen dan pelvic.. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga.. (BAYARAN RM1110.45?).
Buat CT Scan lihat ketulan besar
4. 15.2.2018
Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, haa.. kakak ipar explain la dr result tu.. dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm.. uargh!! Pucat terus muka yg tak berapa nk cerah ni .Then kakak ipar cakap, “Hety.. ini bukan main2 tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar!! Ia merbahaya!! Ia akan membesar dan terus membesar!!” Ok seram (BAYARAN free sbb kakak ipar)
Rahim yang sudah dikeluarkan.
5. 20.2.2018
Pergi jumpa doc Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yg kakak ipar tulis tu.. doc Lim terus buat ultrasound kat perut.. dan dia sangat terkejut dgn kandungan air yg ada dlm perut.. doc kata banyaknya air!! doc lim kata air dalam perut saya ni ‘cancer’ ok sekali lagi saya dgr perkataan ‘cancer’ tu. Doc buat pap smear dan buat ujian darah CA 125.. (BAYARAN RM1024.50)
6. 21.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim di KPJ Johor, amik result darah CA 125 yg buat semalam.. ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml.. dan result yg sy dapat.. jumlah dia 721ml.. sangat tinggi okeh!!
Sekali lagi doc cakap “adik, jumlah darah awk ni tinggi, ini cancer.. otomatik air mata mengalir depan Doc Lim.. Then buat ujian air dalam perut pula.. doc cucuk hidup-hidup pada perut saya pakai jarum yg besar dan tebal!! uarghhh sakit.
Air dlm perut pun dikeluarkan sikit utk dibawa ke makmal utk ujian.. air dalam perut warna merah? sekali lagi doc kata air warna merah tu air cancer. Saya menangis dan terus menangis. (BAYARAN RM951.25?)
Cyst bahaya, kena buang
7. 26.2.2018
Appoinment lagi dgn Doc lim.. Perbincangan dgn Doc, katanya cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua2 ovari kanan kiri dan rahim… uarghh menangis depan doc. Doc cakap lg, kesan2 selepas buang rahim.. saya tak boleh melahirkan anak lag, saya akan menopaus, tulang saya akan cepat reput, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya.
Saya menangis lagi depan doc. Saya sain surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai. Saya akur dan redha demi keselamatan diri. Ya Allah.. berikanlah kekuatan pd dirikuKeluar dr bilik doc,
Call family dan kawan terdekat… menangis dan terus menangis. Malamnya tidur di Hosp KPJ Johor (minum air yg rasanya payau masin utk buang najis) doc nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (TIADA BAYARAN).
Gambar Hetty sebelum melalui pembedahan.
Kerap berlaku pada wanita & kebanyakan tak sedar
8. 27.2.2018-1.3.2018
Operation saya ni major operation…27.2.2018, pukul 8 pagi doc Enjet kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa ntah nama dia, terus tak sedarkan diri.. sedar2, dgr suara sayup2 jururawat sambil tepuk2 badan “adik, pembedahan dah siap ye”.. lepas sedar je terus rasa sakit ya amat!! Sakit!! malam pertama tu 4 kali juga jururawat enjet tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (BAYARAN RM17,864???)
Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doc pd 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yg sangat cepat.. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya.. Pembedahan pun dah selamat dijalankan.
Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yg lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit!, menangis okeh!
Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya. Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku di kalangan wanita, tidak kira umur, dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya.
Kerana ia jarang memberikan simptom.. Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom spt saya.. Apa-apa hal, pergi jumpa doktor dahulu, jgn pandai-pandai makan supplement tanpa nasihat doktor.
Bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser.. tup2, kanser tahap 3-4.. haa kan seram tu. Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta terpulang anda.. Yang penting jangan takut berjumpa doktor ok.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...