Keletah Mua Bella Cilik Kedah Piaww Buat Netizen Terhibur, Bakal Bersiaran Di Radio Kedah FM

Keletah Mua Bella Cilik Kedah Piaww Buat Netizen Terhibur, Bakal Bersiaran Di Radio Kedah FM

 

 

Tak sampai 24 jam dimuat naik ke laman facebook, video ini mendapat 3.7 komen, 15,544 shares dan 458,000 views. Angka ini bukan calang-calang viralnya. Nak tahu video apa? Video keletah budak perempuan yang membuat tutorial mekap olok-olok.

Seorang ibu yang menggunakan akaun facebook Nor Faizah Omar atau Kak Put telah memuat naik video anaknya, Siti Khadijah Mohd Yusof, 6 tahun, membuat tutorial mekap. Melalui percakapan budak perempuan tidak berbaju yang dipanggil Dija itu memang jelas dia menggunakan loghat Kedah. Menariknya Dija membahasakan dirinya Bella kerana dia meniru gaya jurusolek atau make up artist (MUA) yang bernama Bella.

Memang lucu tengok adik tu bercakap begitu petah beria-ia mengajar orang bermekap. Tutur katanya petah. Menurut Kak Put, Dija memang suka bercakap, suka bertanya soalan. Satu lagi kegemaran Dija ialah suka buat video ketika bersendirian.

“Kalau sorang diri, dia suka sangat buat video. Kalau kita ada, dia tak buat. Dia pemalu sebenarnya. Kalau berjumpa orang, dia memang tak nak bercakap.”

Bakal bersiaran di Kedah FM, Rezeki Anak Yatim

Rentetan daripada video yang viral itu, Dija telah dijemput untuk bersiaran di radio Kedah FM. Semua itu dianggap sebagai rezeki anak yatim. Dija kematian ayahnya setahun dua bulan yang lalu akibat serangan jantung.

“Selepas video ini viral, saya bersyukur mungkin sudah terselit rezeki Dija. Cuma tak tahu macam mana rezeki itu akan datang. Setakat ini Mua Bella kata nak berikan hadiah pada Dija. Selain itu, mungkin Isnin ini Dija akan bersiaran di Kedah FM. Sekarang Kak Put tengah pujuk dia. Yelah, dia ni kan pemalu sikit.”

Suka tonton fb live Bella,

Walaupun dikatakan pemalu, namun karakter Bella yang ditiru oleh Dija memang sangat menjadi. Menurut Kak Put, Dija suka tonton fb live Bella yang membuat tutorial mekap. Fb live kan durasinya lebih panjang. Jadi tutorial itu lebih detail. Dari situlah Dija dapat idea untuk buat video bersendirian.

Antara komen netizen

Tak pakai baju

Cakap Kedah pekat gila

Mulut bertih jagung

Macam mulut murai

Buh bedak croiiit croiitt

Boleh ganti Bella

Seronok dengar celoteh dia

Bellaz junior ni

 

MUA Bella cari adik tu

Menariknya, video tutorial mekap oleh adik Dija ini telah sampai ke pengetahuan Mua Bella apabila salah seorang followernya telah tag Bella dengan video itu. Bella tertarik sehingga ingin berjumpa adik Dija untuk diberikan hadiah mainan dari Tou R Us. Pun begitu, disebabkan ibu Dija tidak begitu mahir menggunakan instagram, Bella gigih mencarinya di facebook. Bella yang menggunakan facebook atas nama Nabilah Zulyadaini telah memberikan komen di video adik Dija.

Video asal yang dimuat naik telah dipadam oleh facebook. Kak Put telah muat naik sekali lagi. Selamat menonton celoteh adik Dija semua.

 

VK tengok adik Dija ni memang berbakat besar dalam bercakap. Memang pok pek pok pek. Kelakar sungguh. Semoga ada hikmahnya videonya ini viral ye dik.

Sumber: Nor Faizah Omar

Keletah Lucu Anas Curi Perhatian Netizen. Seronok Tengok Cara Bapa Ini Luang Masa Dengan Anak!

Keletah Lucu Anas Curi Perhatian Netizen. Seronok Tengok Cara Bapa Ini Luang Masa Dengan Anak!

 

 

Dalam minggu ini video anak kecil bernama Anas viral di media sosial. Paling mendapat perhatian adalah aksi lucunya duduk di dalam sangkar dan berlagak seperti kucing namun kemudiannya menangis bila terkunci.

Video itu saja mendapat 1.7 juta tontonan sejak ia dimuat naik minggu lalu. Terbaru yang tak kurang lucu adalah perbualan dia bersama ayah tentang udang dan kuda.

Dek kerana ramai yang berkongsi video anak kecil yang comel bernama Fattah Anas ini pun makin dapat perhatian media. Terbaru bapanya berkongsi jemputan demi jemputan untuk muncul di kaca TV antaranya progra Meletop, Motif Viral, CCTV dan Kata Serasi.

Sebenarnya bukan dua video ini saja yang lucu dan dimuat naik oleh bapa kepada Fattah Anas ini, rupanya ada banyak lagi .

Sila layan, confirm senyum meleret melihat aksinya.

Comel betul meow ni

 

Ini udang…

 

Aksi kena tembak tu comel sangat

 

Papa nak pistol air boyeh

 

Macam ni cara tidurkan Anas rupanya

 

Bagi VK video Anas ini bukan saja lucu  tapi ada pengajaran di sebaliknya. Inilah sebenarnya cara seorang bapa sepatutnya luang masa dengan anak, bermain dan melayannya setiap butir bicaranya, bukan dengan membiarkan anak bermain dengan gajet!

 

 

 

 

Resipi Kuih Tepung Pelita Yang Viral.  Wajib Cuba, Punyalah Senang Rupa!

Resipi Kuih Tepung Pelita Yang Viral. Wajib Cuba, Punyalah Senang Rupa!

 

 

Bulan puasa ini kuih tepung pelita ini memang dicari-cari. Rasanya yang manis dan berlemak buat ia jadi kegemaran ramai termasuklah kanak-kanak.

Kuih ini selalu kita beli kerana sangka proses pembuatannya remeh tapi bila melihat perkongsian daripada Puan Sally Ahmad rupanya mudah saja.

Sally berkongsi resepi ini dalam page masakan dan viral kalangan kaum wanita hingga perkongsiannya sudah mencecah 21 ribu. Berikut adalah cara menghasilkan kuih tepung pelita resepi Puan Sally Ahmad.

1.Potong 4 kerat daun pandan

2. Bahan-bahan bahagian bawah

 

3. Campur semua bahan dalam kuali. Masak dan kacau sampai pekat.

 

4. Ambil gula dan kisar. Kemudian letak gula halus satu sudu teh dalam bekas.

 

5. Tuang warna hijau hijau yang siap dimasak tadi

 

6. Bahan untuk bahagian atas

 

7. Masukkan dalam kuali semua bahan dan kacau sampai pekat

 

8. Tuang ke atas bahan hijau

9. Dah siap tepung pelita buat sendiri

Tanpa perlu kukus, adunan ini boleh hasilkan 26 biji tepung pelita dalam bekas plastik kecil. Nak berniaga pun boleh.

 

10. Cara buat bekas tepung pelita dari daun pandan

Kot ada yg teringin nk cara nenek moyang kita dulu.. Acuab Daun Padan

Posted by Sally Ahmad on Friday, 18 May 2018

 

 

 

Sumber: Sally Ahmad

 

 

Anak Bertambah Tapi Berat Badan Maintain 45KG. Wanita Ini Kongsi Cara Buat Jamu Pecah Lemak Degil Yang Diamalkan

Anak Bertambah Tapi Berat Badan Maintain 45KG. Wanita Ini Kongsi Cara Buat Jamu Pecah Lemak Degil Yang Diamalkan

 

 

Bila anak lebih dari seorang badan mak-mak selalunya mulalah mengembang. Paling tak tahan bahagian perut, susah betul nak dikempiskan.

Dah diet pun kadang-kadang lemak tetap menonjol. Faham masalah mak-mak ini, Nurul Arija ini berkongsi petua yang diamalkan untuk pecahkan lemak bahagian perut dan kekalkan kelangsingannya.

Maintain 45kg uols! Amalan Nurul Arija cuma air jamu atau rebusan ini saja. Bagi yang nak mencuba, boleh ikut perkongsiannya.

Cara Nurul pecah lemak pada perut dan maintain 45kg

Selain jamu Nurul amalkan air rebusan ni sangat elok untuk yang nak cairkan lemak tepu .

Bila anak makin bertambah ni Nurul lebih memilih untuk menjaga kesihatan dan dalaman bila badan dah terlampau banyak lemak energy pun sendu .

Ni Nurul nak share air rebusan untuk detoks cairkan lemak dengan senang. Sangat ajaib bagi yang nak menurunkan berat badan. Rasa dia sedap, tak pahit ada hawa hawa masam suwit .

Laff
Nurul Arija , Pinggang secekak

Bahan-bahan air rebusan

Serai
Kulit kayu manis Ceylon
Halia
Bunga cengkih
Lemon
Madu

Cara membuat

1. Masukkan air setengah periuk bersama semua bahan kecuali lemon dan madu.
2. Biar hingga mendidih.
3. Tuang dalam cawan, perah lemon dan masukkan sedikit madu.


4. Minum bila suam pada awal pagi.
5. Lebihan air boleh di simpan dalam peti. Panaskan boleh mahu minum keesokkan hari.

 

 

Video Comel Abah ‘Tadah Dagu’ Tular, “Abah Kami Memang Lucu Dan Dia Tak Tahu Pun Video Tu Viral!”

Video Comel Abah ‘Tadah Dagu’ Tular, “Abah Kami Memang Lucu Dan Dia Tak Tahu Pun Video Tu Viral!”

 

 

Bermula daripada Korea, kini hampir seluruh dunia sedang trending dengan video ‘tadah dagu’ atau sebenarnya dikenali sebagai aksi ‘count on me challenge.’

Trend yang simbolik kepada persahabatan dan juga kasih sayang ini tidak terkecuali sampai di negara kita. Antara selebriti yang turut terjebak melakukannya adalah pelawak Achey dan isteri.

Tapi video itu tak boleh menandingi kecomelan pasangan anak dan ayah yang melakukan video ‘count on me challenge.’

Dimuat naik oleh Siti Erma Mohd Yunus di akaun Facebook miliknya, video yang dilakukan bersama dengan ayahnya, Mohd Yunus Haji Hussien secara suka-suka itu itu tanpa disangka tular di media sosial.

‘Comel dan abah lucu’ itulah reaksi kebanyakan netizen yang menonton video ini. Malah ramai juga yang kagum dengan sikap sporting bapa Erma meskipun sudah berusia 72 tahun.

“Abah memang lucu, kami adik beradik memang dah faham. Dan dia juga sporting melayan kerenah anak-anak dan cucu, sebab itu dia ok jer bila diajak melakukan aksi ‘count on me challenge’ ini,” ujar Siti Erma.

Ceritanya idea untuk membuat video itu tercetus bila dia melihat selebriti Achey dan isteri melakukannya.

“Bila saya tengok video Achey dan isteri serta video dari Korea buat ‘count on me challenge’ saya rasa ia cute sangat. Jadi saya dapat idea nak buat juga dengan abah dan mama saya.

“Abah pula ikut saja bila saja ajak dia buat video ni dan abah sendiri pun suka bila tengok video ni yang kami buat dalam masa dua hari,” ujarnya yang turut memuatkan aksi ibunya Zahirah binti Awang dalam video tersebut.

Kata Siti Erma lagi ayahnya tidak mengetahui video itu viral sehingga dia memberitahunya malah berasa pelik mengapa ia boleh viral.

“Abah memang tak tahu pun video dia dah viral sampailah saya beritahu dan abah pun pelik kenapa boleh jadi macam tu. Bila saya tunjukkan video Achey pada abah barulah dia faham rupanya apa yang dia buat itu sebenarnya sedang trending.

“Saya sendiri tak sangka video ini boleh viral begitu juga abang dan kakak termasuk ahli keluarga yang lain. Maklumlah saya buat untuk suka-suka saja,”ceritanya.

Jelas Siti Erma lagi walaupun ayahnya kelihatan lucu dan sporting tapi dia sebenarnya tegas dalam hal mendidik.

“Allhamdullilah saya bersyukur sebab ada abah yang sangat memahami setiap perangai anak-anak, abah tegas dalam mendidik tapi dalam tegas abah tetap sporting melayan kerenah anak dan cucu. Kalau lihat cara abah melayan cucu kadang-kadang saya sendiri pun boleh jeles,”beritahunya lagi.

Namun begitu kata Siti Erma terdetik juga rasa bersalah bila memuat naik video tersebut terutama bila membaca komen-komen netizen yang berasa sedih kerana ada kalangan mereka tidak lagi dapat merasa kemesraan bersama ayah seperti yang dirasainya.

“Bila saya post video ini, di ruangan komen ramai juga yang berasa sedih sebab tak dapat lagi merasa kasih sayang dari bapa seperti yang saya rasa kerana ketiadaan ayah ibu. Terdetik juga rasa bersalah bila baca komen sebegitu,”ujar Siti Erma anak bongsu dari tujuh adik beradik ini.

-vanillakismis

 

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: