Kita selalu dapat nota dalam bentuk gambar. Ada masa kita kena taip semula. Kalau sedikit tak mengapa tapi bila panjang boleh amik masa jugak nak taip satu-satu terutama kalau buat di telefon.
Tapi lepas tahu cara ini kita tak perlu lagi terhegeh-hegeh tekan keypad telefon kecik itu untuk menaip.
Ada cara lagi senang untuk tukar imej kepada teks. Bagi pelajar atau korang yang kerjanya perlu selalu menaip tip ini membantu mudahkan kerja.
Ads
Tak perlu scan pun cuma pakai aplikasi Telegram saja. Boleh ikut cara ini.
1. Search dalam apps Telegram “lmage to text (OCR)”
Ads
2. Ambil gambar dan send.
Ads
3. Tunggu seketika dan apps ini adakan tukar gambar tadi jadi teks.
4. Kalau mahu lagi senang, boleh buka web Telegram dekat PC dan copy paste ke dalam word. Senangkan! Selamat mencuba.
Nak tanam pokok tomato tapi nak cepat berbuah. Boleh! Memang ada caranya.
Tak perlu tanam dari semaian biji benih sebaliknya guna kaedah tut. Pokok lebih cepat naik dan berbuah. Caranya dikongsi oleh Mohd Affandi melalui perkongsian di Facebook Berkebun D Rumah.
Tut pokok tomato. Tak perlu toreh dan buang kulit di batang tomato, hanya lekatkan medium pengakaran di batang tomato. tunggu 2 minggu dan ia akar berakar seperti ini. cara ini cepat dan mudah dari tanam biji benih.
1. Cari batang pokok yang sihat dan berakar. Boleh kikis kulitnya tapi saya tak buat.
2. Ambil peatmoss letak dalam plastik dan ikat ketat-ketat.
3. Kemudian belah dua plastik berisi peatmoss dan telangkupkan pada batang pokok tomato. Ikat kemas.
4. Dalam dua minggu lebih boleh nampak akar keluar.
5. Bila nampak akar sudah banyak boleh potong batang dan tanam dalam polibeg atau pasu.
INFO: Kaedah ini boleh juga dilakukan pada pokok cili dan terung.
Teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) yang dulunya hanya diimaginasikan dalam filem barat kini sudah pun di alam nyata. Malah sejak setahun yang lalu ia semakin diguna pakai untuk memudahkan pelbagai aspek kehidupan.
Terbaru teknologi AI ini hadir untuk digunakan di telapak tangan melalui telefon pintar bila mana Samsung memperkenalkan Samsung Galaxy S24 Series.
Edisi terbaru Galaxy S Series yang dikuasakan oleh Galaxy AI ini bakal menjadi cara terbaru untuk menghasilkan isi kandungan, bermain dan menyelesaikan urusan harian malah pekerjaan dengan solusi paling mudah yang tak pernah kita gambarkan sebelum ini.
Ia didatangkan dengan fungsi-fungsi yang pastinya disukai oleh individu tech savvy, profesional, pengguna sosial media, peminat fotografi dan gaming.
Antara yang menyerlah dalam Samsung Galaxy S24 Series ini adalah Live Translate dengan kemudahan penerjemahan secara langsung. Melalui fungsi ini terjemahan bahasa dilakukan pada masa sebenar ketika panggilan dibuat. Lebih menarik ia tidak memerlukan aplikasi pihak ketiga untuk melakukan terjemahan dan komunikasi dalam pelbagai bahasa.
Bukan setakat itu, Galaxy AI ini turut menampilkan Chat Assist yang mampu menterjemah mesej perbualan secara langsung dalam apa jua bahasa. Malah ia boleh menyesuaikan bahasa mengikut perbualan tempatan dan juga mengikut situasi sama ada secara profesional atau santai. Teknologi AI ini mampu membantu menghasilkan draf mesej atau emel selepas menaip beberapa kata kunci sahaja.
Samsung Galaxy S24 Series ini juga memperkenalkan Note Assist yang lebih ‘bijak’ untuk memudahkan mereka yang selalu membuat catatan sama ada untuk golongan profesional ataupun pelajar.
Note Assist ini membantu memperkemaskan coretan yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, menstruktur kembali nota mengikut tujuan dengan beberapa opsyen. Selain itu juga berkebolehan untuk mengenal pasti poin penting dalam nota untuk rujukan malah membuat terjemahan dalam pelbagai bahasa.
Tak perlu risau dengan kesalahan bahasa kerana dengan bantuan AI fungsi Note Assist ini akan mengesyorkan ejaan, masa, tarikh yang betul dalam catatan.
Bagi yang suka berkarya dengan foto, bantuan AI sememangnya akan menyerlahkan lagi hasil sentuhan anda untuk dimuat naik di media sosial. Melalui tetapan background fill, imej boleh diubah suai dan menghasilkan latar belakang baru yang lebih kemas.
Photo Assist dalam Samsung Galaxy S24 Series ini turut didatangkan dengan fungsi Object Re-composition. Imej sama ada objek atau manusia boleh diubah, dipadam atau ditukar saiz sambil memperkemaskan latar belakang.
Teknologi AI melalui telefon pintar ini juga mempunyai fungsi Edit Suggestion yang mencadangkan penggunaan AI dalam gambar contohnya memberi kesan potret, membuang refleksi, bayang-bayang dan perkara yang tidak dikehendaki selain memberi kesan latar belakang, long exposure dan Remaster.
Bagi yang selalu menggunakan sosial media dan layari laman web, Samsung Galaxy S24 Series juga bakal memudahkan carian dilakukan melalui fungsi Circle to Search with Google.
Carian boleh dibuat hanya dengan melakar bulatan tanpa menggunakan carian terma. Fungsi ini juga akan menyediakan soalan susulan dan carian lebih detail selepas memahami apa yang dicari.
Telefon pintar Samsung Galaxy S24 Series yang dikuasakan dengan teknologi AI ini bukan saja memudahkan urusan malah mengubah cara hidup, cara kita berkomunikasi dan juga berkarya.
Jadi orang terawal memiliki Samsung Galaxy S24 Series dengan membuat tempahan awal di SINI bermula dari 18 Januari – 6 Februari 2024. Nikmati juga naik taraf dua kali ganda storage bernilai RM500, e-voucher bernilai RM500, trade in sehingga RM650, diskaun dengan pembelian seperti wearables dan tablets (sehingga RM800), Samsung Care dan aksesori (potongan hingga 45%).
Cara buat pasembur sesuai sangat untuk mereka yang menggemari hidangan hidangan rojak dari negeri Utara ini. Takkanlah nak ke Penang semata-mata untuk menikmati hidangan ini saja, tambah lagi waktu cuti sekolah ini. Dah tentu sesak.
Kalau teringin elok belajar buat sendiri pasembur ini. Paling penting kena tahu cara membuat kuahnya. Bahan-bahan untuk rojak memang boleh saja kita sediakan sendiri. Ikut suka nak letak apa tapi asasnya kena ada sengkuang, timun, tauge, telur, tauhu, kentang dan cucur.
Menariknya bila memasak sendiri kuah pasembur ini, kita boleh kurangkan manisnya atau tambah pedas ikut citarasa.
Cara buat kuah pasembur
2 sudu makan udang kering -kisar*
3 sudu makan serbuk cili -bancuh dengan air*
2 kpg gula Melaka*
500gm ubi keledek -rebus dan kisar
1 cawan kacang tanah -sangai dan kisar halus
1/2 cawan bawang goreng -dikisar
2 sudu makan kicap.
Garam dan gula pasir secukupnya
1/2 cawan tepung jagung
Air asam jawa
1. Masukkan bahan yang bertanda dalam periuk. Tambah dalam 2 cawan air dan air asam jawa.
2. Masak sampai hilang bau cili.
3. Masuk ubi keleder kisar, garam, gula, kicap dan 1 liter air.
4. Masak sampai mendidih, kemudian masukkan kacang tanah serta bawang goreng kisar. Kuah pastikan tak terlalu pekat atau terlalu cair.
5. Apabila kuah mendidih masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dgn sedikit air. Perasakan manis, masin ikut citarasa. Biarkan seketika sebelum tutup api.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...