Kalau ada bercucuk tanam atau berkebun di rumah, masalah serangga memang tak boleh dielakkan. Boleh habis tanaman dikerjakan.
Biasanya untuk elak serangan perosak ini kita akan guna racun serangga walau pun tahu kesan penggunaan bahan kimia ini.
Tapi sebenarnya ada saja cara semula jadi yang boleh kita lakukan untuk elak penggunaan racun serangga ini. Caranya tanam 6 jenis tanaman penghalau serangga perosak dalam kebun.
6 jenis tanaman penghalau serangga perosak
1. Kucai elak kumbang
Kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di tanaman.
2. Pudina halang lalat putih
Ads
Tanaman ini hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia hindari pepijat & belalang
Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, dan belalang
4. Bayam duri halau ulat beluncas
Ads
Bayam ini adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di pinggir kebun untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Ulam Raja elak kupu-kupu tinggalkan larva
Ulam raja merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
6. Ketumbar halau kumbang/hama
Ads
Tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Posisi tanam tanaman penghalau serangga
Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran atau tanamkan pokok ini di setiap penjuru kebun. Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pada serangga perosak di kebun.
Nota
Tumbuhan penghalau serangga yang lain
– Serai wangi
– Daun kesum
– Daun pandan
– Kemangi
– Bawang
– Limau purut
Masuk hari ke 10 Ramadan ada yang dah buntu nak masak apa untuk berbuka puasa. Lagi pening masakan untuk sahur.
Biasanya bila dah pertengahan puasa kita nak sesuatu yang simple saja. Sebagai idea untuk korang yang buntu boleh masak telur bungkus.
Ada ayam, telur dan sayur lengkap hidangan. Untuk sahur sesuai sangat. Jika nak cepat, bahagian isi masak siap-siap. Cara membuatnya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Roslina Omar.
Buat sendiri telur bungkus, menu sahur paling senang dan lengkap
Bahan dicincang:
1 biji bawang holand
1 biji tomato
Sedikit lobak merah
3 ulas bawang putih
Isi ayam
Bahan lain:
3 biji telur – pukul dengan garfu
Sedikit daun bawang – dihiris
Gula dn garam
Cili kisar
Sos ikan,sos cili,sos tiram
Cara membuat:
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, kacau.
3. Masukkan cili kisar bersama sos cili, sos ikan dan sos cili. Masak sampai agak kering.
4. Kemudian masukkan lobak merah dan masak hingga lobak lembut.
5. Seterusnya masukkan garam, gula dan bahan perasa. Kacau sebati dan tutup api, tabur daun bawang.
6. Untuk telur, panaskan kuali masak telur dadar kemudian letakkan inti di tengah dan bungkus.
Potong bahagian tengah, boleh juga tuang sos cili atas telur bungkus.
Kuih abuk abuk sagu ini antara makanan tradisi yang semakin rare sekarang. Memang jarang jumpa orang jual.
Kalau teringin nak makan memang kena buat sendiri dan elok juga kita belajar buat sendiri supaya kuih ini tak hilang ditelan zaman.
Bagi yang nak buat boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mas Cotek.
Buat sendiri kuih abuk-abuk sagu
Bahan-bahan
2 cawan sagu
1/2 biji kelapa parut
1 sdt garam
4 keping gula melaka (gula merah pun boleh)
Daun pisang dilayur secukupnya
Cara membuat:
1. Basuh sagu, toskan
2. Gula melaka dicincang halus dan ketepikan
3. Gaul sagu, kelapa parut dan garam
4. Bentukkan kelongsong daun pisang (seperti kon)
6. Masukkan 2 sdb sagu ke dalam kelongsong, diikuti dengan 1 sdb gula melaka tadi dan masukkan lagi campuran sagu sehingga memenuhi kelongsong.
7. Kemaskan dan kukus selama 15 minit. Siap!
NOTA:
-Untuk membuat abuk-abuk pandan, kisar 10 helai pandan dan tapis. Jadikan dalam 1 1/2L air pandan
-Selepas sagu dibasuh rendam dalam air pandan selama 2-3min (boleh masukkan sedikit pewarna hijau jika suka)
-Akhir sekali tos sagunya
Walaupun keledek tanaman menjalar tapi tak semestinya kena tanam atas tanah, buat batas bagai.
Tengok ni, tanam dalam plastik beras pun menjadi, tetap banyak hasilnya. Jadi kalau tiada laman boleh ikut cara penanaman keledek kuning yang dikongsi oleh Jatye Atie Christie.
Daripada buang beg plastik beras, kita buat macam ni ya! Dapat juga makan keledek yang manis ni kan.
Tanam keledek dalam plastik beras, guna keratan batang
Boleh guna plastik beras 5kg, atau 10kg. Tebuk bahagian bawah untuk pengaliran air.
2. Ambil tanah hitam, Cocopeat dan tanah biasa masukkan dalam plastik tadi.
3. Kemudian cucuk saja keratan batang keledek dalam tanah. Boleh juga tanam guna ubinya.
4. Siram sekurang-kurangnya sekali sehari dan letak di kawasan yang kena cahaya matahari.
5. Buatkan pancang kayu kerana pokok ini menjalar. Keledek boleh dituai selepas 3 bulan.
Yang ini, bawah beg plastik pun masih ada ubi. Bila dah tuai ambil keratan batang pokok keledek dan tanam lagi.
Tip kerat batang pokok keledek untuk ditanam
Penanaman secara keratan boleh dilakukan dengan memotong batang ubi keledek dalam lingkungan panjang 20cm hingga 30cm.
Kemudian, tanam keratan tersebut secara condong dan pastikan suku daripada bahagian keratan tersebut timbul pada bahagian permukaan tanah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...