Walau hanya mengikuti program diet secara dalam talian tapi Abam Bocey dah pun berjaya turun 15kg dalam masa tiga minggu saja. Hebat jugak nih.
Penurunan itu menjadikan berat badannya kita 173kg berbanding 188kg sebelum ini. Tapi misi Abam katanya jauh lagi. Dia berazam untuk menurunkan 80kg sehingga akhir tahun ini.
“Ikut kontrak selama 3 bulan, saya lakukan diet untuk turunkan badan secara dalam talian. Ada jurulatih yang akan pantau saya menerusi mesej di group WhatsApp.
“Sasaran saya selepas 3 bulan adalah lebih kurang 150 kilogram tapi sasaran sebenar saya sehingga hujung tahun untuk turunkan 80 kilogram, kalau dapat lebih bawah lagi bagus,” katanya memetik laporan Astro Gempak.
Kata Abam sejak memulakan diet 6 April lalu, dia mengamalkan 80 peratus pemakanan yang betul dan lengkap nutrisi selain 20 peratus senaman.
Kalau diperhatikan kawalan pemakanan ini yang banyak membantu penurunan berat badannya. Bagi yang nak tahu apa Abam makan sampai cepat betul turun beratnya, bolehlah tengok menu yang dikongsi dalam instagramnya.
Kalau dulu penampilan pelakon yang popular dengan watak Atul dalam drama Mak Cun ini biasa-biasa saja malah tuan punya badan sendiri mengakui tak kisah dengan badan sedikit berisi dan juga imej sempoi.
Tapi itu Balqisy yang dulu, terbaru penampilannya cukup berbeza sampai teruja VK bila melihat instagram pelakon ini. Makin cantik dan langsing uols.
Paling menarik ada cerita di sebalik perubahan tersebut dan perkara tersebut turut dikongsi oleh Balkisyh atau nama penuhnya Balkisyh Semundur Khan .
Ujar pelakon yang juga ibu kepada dua cahaya mata ini keinginan untuk berubah itu muncul bila orang sekeliling mula menegur tentang keadaan dirinya yang gemuk, selekeh dan buruk termasuklah insan yang dekat dirinya.
“Meh kami cerita sikit apa yang berlaku.Dulu kami pun ada masalah macam hampa semua. Kami tak pernah peduli pun pasal berat kami. Kami balun ja apa makanan yang ada depan kami sebab kami memang kuat makan.
Tapi bila badan kami makin besaq, makin banyak pulak penyakit yang datang. Kami keluar masuk hospital, paling sakit bila job berlakon makin tak ada. Kami tak salahkan sapa-sapa. Dah lumrah zaman sekarang semua nak yg slim melim kan, tu kami tak kisah sangat.
Tapi hat yang kami kisah bila semua orang kata kami gemok, selekeh dan buruk termasuk org yg plg dekat dgn kami. Bila kami da single kami memang uruskan semuanya sendiri. Kami banyak pergi masuk event untuk meniaga cari rezeki. Sampaila kami jumpa founder produk nie dan bagi kami cuba produk dia.
Tanpa ada harapan apa-apa kami pun try jelaa sebab sebelum tu pun da makan macam-macam produk tapi sama ja badan tak turun pun.Tai BERLAKU KEAJAIBAN bila ada perubahan pada berat kami dalam masa yang singkat.
Jadi kami terus nekad nak kuruih dan buat badan, kami buat betul-betul sampailaa berat kami sekarang tinggal 55 KG sahaja.Nasihat kami kat hampa, untuk mencapai sesuatu kejayaan kita kena ada semangat dan usaha.
Produk-produk ni hanyalah untuk membantu mempercepatkan proses penurunan kita yang penting adalah diri kita dan kita ikut apa yang dia suruh. Bila dah slim nie alhamdulillah rezeki kami makin luas…Baru orang semua nampak kami ni.”
Ujar Balqisy apabila berjaya mengubah diri barulah tawaran berlakon mula kembali dan lebih menarik dia juga turut menjual produk yang digunakan. Malah pesannya tak mustahil untuk seseorang itu menurunkan berat badan asalkan ada tekad dan semangat.
Hari ini, ramai yang gemar makan makanan berasaskan daging berproses. Misalnya burger ataupun hot dog. Ada kala makanan sebegini menjadi pilihan disebabkan gaya hidup yang serba ringkas.
Melalui status instagram, Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad mendedahkan bahawa pemakanan sebegini boleh mengundang peningkatan risiko menghidap kanser payudara.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa bukan hanya pil hormone boleh menyebabkan kanser payudara, tetapi dengan memakan daging berproses seperti bacon dan sausej secara kerap dan dalam kuantiti yang tinggi, boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.
Seseorang wanita mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah umur, faktor keturunan, dan faktor terdedah pada perkara yang merangsangkan kanser.
Dalam kajian yang dibuat di Britain.
-1 dalam 7 wanita UK didiagnosa mengalami kanser payudara sepanjang hidup mereka.
-kurang 1% dari kes kanser payudara disebabkan oleh pil perancang kehamilan
-2% kes kanser payudara disebabkan oleh pil hormon yang diamalkan selepas menopause
-8% kes kanser payudara disebabkan oleh obesiti dan berlebihan berat badan
-5% kes kanser payudara disebabkan tidak menyusukan anak (not breastfeeding).
Kajian terbaru menunjukkan wanita yang mengambil makanan yang bersumberkan daging berproses secara kerap dan dalam kuantiti yang tinggi mempunyai risiko 9% lebih tinggi dari wanita yang mengambil makanan seperti dalam kuantiti yang sedikit.
Kajian ini bertepatan dengan kajian yang diterbitkan oleh World Health Organization (WHO), yang mengatakan bahawa daging yang berproses menyebabkan kanser.
Walaupun ramai pakar menganggap ia adalah risiko yang kecil, tetapi siapa sangka bilangan yang kecil itu mungkin adalah kita. Kita termasuk bilangan yang kecil itu.
Ramai yang mengalami penyakit kanser payudara sendiri tidak menyangka mereka adalah golongan berisiko. Jadi lebih baik berhati-hati dan memberi perhatian kepada apa yang kita makan.
Kajian yang diterbitkan itu melibatkan data lebih sejuta wanita. Kajian ini mengaitkan peningkatan risiko kanser payudara jika mengambil daging berproses dengan risiko kanser payudara. Namun kajian itu tidak menjelaskan adakah ia disebabkan oleh daging yang diproses atau proses pengilangan yang sedia kita tahu yang melibatkan penambahan pengawet, perasa dan pewarna agar daging yang berproses itu lebih tahan lama, lebih cantik dan lebih sedap.
Takut pulak VK nak makan daging yang frozen ni. Sesekali takpe kot kan. Sebab sedap betul burger yang jual kat tepi jalan tu. Tapi gaya hidup sekarang ni memang kerap makan makanan frozen. Jadi, kenalah ubah sikit gaya hidup tu kan? Nak makan burger, daging tu boleh buat sendiri. Ye tak?
Buah ialah sumber vitamin dan serat (fibre) yang elok dimakan untuk menambah kesihatan tubuh. Ketika diet, ramai yang mula meninggalkan makanan berminyak dan menggantikannya dengan buah. Pun begitu, buah apa yang elok dimakan? Ini kerana ada buah yang tinggi kandungan gula. Gula ialah ‘musuh’ bagi orang yang sedang berdiet.
Coach pelangsingan, Fatin Najwa dalam instagram memberikan tip mengenai buah yang sesuai dimakan ketika sedang diet.
APA JE BUAH YANG BOLEH MAKAN BILA TENGAH DIET NI? BETIK BOLEH TAK?
Okay saya selalu dapat soalan ni. Pasal pilihan buah apa nak makan masa tengah diet.. dan berapa biji atau kuantiti boleh makan. Baca caption sampai habis k ??
Buah ni bagus kerana ia membekalkan sumber fiber dalam makronutrien yang diperlukan badan kita setiap hari. Tapi jangan tak tahu.. buah juga ada kandungan karbo (dari gula buah) jadi penting untuk tahu mana yang ok dan tak berapa ok.
Yang bagus untuk diamalkan secara kerap ialah buah dalam kategori LOW GI (glycaemic index). GI ni ada kena mengena dengan craving pada benda manis, high carbs dan constantly rasa lapar jika korang ambil more high GI food.
Buah bagus diambil in between main meals sebagai snacking. Bajet kalori around 100-150 kalori jadi kalau epal ke pisang ke pear ke jambu batu ke (low GI) boleh ambil sebiji per snacktime. Kalau betik (GI sederhana) ambil sepotong je. Buah yang tinggi GI jangan selalu amalkan masa tengah diet, sekali sekala ok.
Mana nak tahu ni? Google je “low GI fruits” untuk check apa lagi buah yang bagus makan ketika diet ? swipe tepi untuk tengok carta GI ni, mana yang tinggi, mana yang sederhana dan mana yang rendah. . Mudah je kan? Harap info ni bermanfaat dan membantu diet korang. Tag kawan2 yang tengah diet untuk sebarkan info ni pada mereka juga ♥️ #getfitnowonline
Sambal Nyet Bilis diumumkan sebagai produk keempat Khairul Aming selepas enam tahun. Sebanyak 125,000 botol akan dijual pada 7 Ogos 2026 menerusi siaran langsung TikTok.