Tanam pokok kunyit di rumah memang memudahkan. Nak pakai daun kunyit ambil saja. Lagi jimat tak perlu beli, tambah lagi daun ini harganya pun makin naik terutama waktu perayaan.
Kebiasaannya kita akan tanam pokok ini dalam pasu atau di laman saja. Tapi selain itu boleh juga tanam pokok kunyit ini dalam karung seperti yang dilakukan Mohammad Aziman.
Menurut beliau cara penanaman yang dilakukan ini juga ada kelebihannya, pokok dan daun kunyit lebih subur malah untuk tuai hasil kunyit juga lebih mudah.
Rahsia pokok kunyit subur ini bukan saja kerana pembajaan dan penjagaan tapi jika penggunaan bahan organik selain tanah bakar.
Bagi yang berminat untuk tanam pokok kunyit dengan kaedah ini, beliau juga berkongsi caranya.
Panduan tanam pokok kunyit dalam karung
1. Ini karung yang digunakan, tak perlu ditebuk kerana materialnya tidak menakung air.
Ads
2. Pertama sekali, isi dulu bahagian bawah dengan daun kering. Tak perlu banyak.
3. Seterusnya masukkan batang pisang yang telah dipotong-potong. Abaikan jika tiada.
4. Masukkan sisa dapur atau sisa sayur.
5. Kemudian barulah dimasukkan tanah bakar. Tanah ini dari tempat bakar daun-daun kering. Masukkan ikut kuantiti bersesuaian, tak perlu penuh karung.
Ads
6. Kemudian boleh alihkan anak pokok kunyit ke dalam karung.
7. Seterusnya lakukan siraman dan juga pembajaan.
Tip pokok kunyit subur
-Bagi mengelakkan masalah daun pokok boleh lakukan semburan racun agrimectin seminggu sekali.
Ads
-Lakukan juga pembajaan, boleh gunakan baja Ezigrow.
-Selain pokok kunyit boleh juga tanam halia dalam karung seperti ini.
-Boleh juga polibeg saiz 24 x 24 atau plastik beras, cuma pastikan tebuk 6-8 lubang untuk pengaliran air.
-Bagaimanapun plastik beras ini tidak tahan lama, boleh digunakan untuk sekali penanaman. Ia mungkin reput selepas enam bulan.
Beg/baju masih elok tapi zip rosak. Masalah yang selalu berlaku pada zip adalah kepala zip seakan tidak berfungsi, trek zip terbuka walau pun selepas dizip.
Satu lagi masalah adalah zip ketat dan trak zip tak tertutup dengan sempurna. Berikut adalah cara untuk membaiki dua masalah ini.
Trek zip terbuka selepas dizip, kepala zip terkeluar dari trek
1. Ia berpunca dari ruang zip terlalu besar. Pastikan kepala zip elok.
2. Selarikan kedua belah trak zip
3. Masukkan trak zip dalam kepala zip
4. Ketatkan kepala zip menggunakan playar
5. Zip semula perlahan-lahan. Siap
Zip ketat, tutup tak sempurna
1. Ia berlaku kerana kepala zip terlalu ketat.
2. Jadi ambil skru driver, longgar sedikit cengkaman kepala zip.
3. Cuba zip kembali, jika masih terbuka, longgarkan lagi kepala zip.
Tengok deretan balang air warna warni yang dijual di bazar Ramadan memang menyelerakan. Tapi perlu diingat air ini ada kalanya cantik pada warna saja, bila rasa ramai yang frust kerana tak kena selera atau tak padan dengan harga yang mahal.
Dari beli air sebegini apa kata buat sendiri yang lebih menyegarkan dan juga sihat. Antaranya air lai chi kang. Air ini memang selalu jadi pilihan berbuka puasa, memang nikmat bila diminum sejuk, bagusnya air ini juga menyihatkan.
Cara membuatnya dikongsi oleh Ariff Budiman Zainal Abidin. Air lai chi kang yang dibuat sendiri ini sedapnya memang lain macam sebab bahannya boleh letak banyak, ikut cita rasa kita.
1. Sediakan barli, getah anggur, kundur, kulat kering, longan kering, kismis, gula batu, gula kabung, kurma merah dan juga biji selasih serta kembang semangkuk. Bahan-bahan ini ada di jual di pasar raya (saya beli di kedai ubat Cina)
2. Sediakan mangkuk dan rendam biji selasih dan kembang semangkuk hingga kembang.
3. Masukkan bahan-bahan lain dalam periuk bersama air dan daun pandan lalu rebus sampai bahan bertukar warna dan lembut.
4. Kemudian masukkan selasih dan kembang semangkuk. Sejukkan.
5. Bila dah dekat waktu buka puasa, sediakan ais ketul masukkan dalam mangkuk dan tuang laicikang tadi. Sedia diminum.
Kuih siput ini memang ralit makan dibuatnya, terutama kalau dapat yang rangup. Memang sedap. Tapi ada juga kuih siput yang di bila dibuat rasa berderai, kurang rangup.
Supaya tak dapat hasil begini boleh guna resipi yang dikongsi oleh Zaleha Baharum. Katanya jika ikut sukatan ini Insya-Allah rangup.
Tip kuih siput jadi rangup
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1 sudu serbuk kari
Secubit garam
Segengam ikan bilis ditumbuk
Sedikit serbuk perasa
1 sudu besar marjerin
Air suam
Cara membuat
1. Satu sudu besar marjerin dicairkan.
2. Kemudian satukan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air suam.
3. Uli bahan tadi bersama marjerin yang dicairkan dan tuang air suam sedikit demi sedikit semasa menguli. Pastikan doh tidak terlalu lembik.
4. Doh yang siap diuli ini bolehlah ditenyeh menggunakan acuan kuih siput.
5. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yang dipanaskan terlebih dahulu.
Supaya naik aroma masukkan sekali daun kari semasa menggoreng.
6. Angkat bila nampak kuih siput keperangan kemudian tos. Siap.
TIP: Boleh juga masukkan jintan untuk lebih sedap rasanya.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...