Bila nak bercucuk tanam terus ke tanah, perkara utama sudah tentunya penyediaan batas. Tapi sebelum mula mencangkul tanah, eloknya kita ketahui teknik asas membuat batas. Jangan sampai dah buat siap batas baru tahu silap.
Ramai yang tak mengetahui bahawa sebelum membuat batas, kita kena perhatikan garisan gerakan matahari terbit dan terbenam supaya batas yang dibina di lokasi yang betul dan semua tanaman terkena cahaya. Info berguna ini dikongsi oleh Izzat Ibrahim.
Sebelum cangkul tanah, lihat matahari dulu
Baru saya tahu, nak buat batas tanaman pun ada teknik. Hari ini saya belajar buat batas daripada Anas Suhaib di Kebun Komuniti Simpang Renggam.
Posting kali ini saya nak cerita perkara paling asas. Saya sudah tersilap dan sekarang saya belajar cara yang betul.
Ads
Sebelum nak mencangkul, pertama sekali kita perlu lihat di mana garisan gerakan matahari antara tempat terbit dan terbenam. Jadi batas yang nak dibuat, haruslah melintang antara garisan tersebut.
Supaya semua pokok dapat cahaya
Hal ini supaya apabila pokok tanaman mulai tumbuh, tidak ada pokok yang terhalang daripada mendapat cahaya matahari antara satu sama lain.
Ads
Jika perhatikan bayang kanak-kanak yang berdiri, keseluruhan batas ini mendapat pencahayaan yang sama rata.
Sebelum ini saya melakukan kesilapan. Kalian perhatikan batas di bahagian belakang. Kedudukannya menegak ikut kedudukan pelan tanah. Semasa saya buat batas tersebut, saya hanya memikirkan tentang kekemasan dan nampak teratur.
Apa akibatnya nanti? Tumbuhan di depan atau di tengah akan mendapat pencahayaan yang lebih. Akhirnya dia akan membesar dengan baik dan menghalang tumbuhan lain daripada mendapat cahaya matahari.
Ads
Logik alam ini berlainan dengan logik kebiasaan manusia. Apabila manusia mahu bekerja untuk alam, perlu ada pengetahuan tentang bagaimana alam itu sendiri berfungsi. Barulah alam akan bersahabat baik dan bantu kita. Kerja juga akan menjadi lebih ringan.
Begitulah.
Sakit gigi terutama gigi geraham memang menyeksakan. Boleh buat kita bad mood malah marah marah kerana kesakitan ini. Meski pun begitu tak semua daripada kita yang berani jumpa doktor gigi.
Ada yang sanggup menahan sakit daripada ke klinik gigi. Buat anda yang begini mungkin boleh gunakan cara berikut untuk redakan kesakitan selain makan ubat tahan sakit. Jangan risau semuanya semula jadi.
Kumur dengan air larutan garam
Larutkan garam dalam air suam dan berkumur beberapa minit. Ulang 4-5 kali sehari. Garam adalah pembasmi kuman semula jadi malah doktor juga menyarankan cara ini untuk beri kelegaan segera pada sakit gigi.
Letak ais
Letakkan pek ais pada bahagian pipi berdekatan dengan gigi yang sakit. Biar selama 10-15 minit. Kaedah ini berguna untuk redakan keradangan dan bengkak.
Ekstrak vanilla
Bukan berguna untuk buat kek saja tapi ekstrak vanilla ini ada kandungan yang mampu mengurangkan rasa sakit termasuk sakit gigi. Letak beberapa titis vanilla atas cotton bud dan letak pada gigi yang sakit selama 15 minit. Kemam dalam mulut, anda akan sedar kesakitan akan beransur-ansur berkurangan.
Selain ekstrak vanilla, teh hitam juga punya fungsi yang sama dipercayai kandungan dari asid tannic. Letak uncang teh hitam pada gigi yang sakit untuk mengurangkan kesakitan.
Kemam bunga cengkih
Sejak zaman dulu bunga cengkih memang digunakan untuk mengurangkan kesakitan. Ia mengandungi ciri anestetik yang membantu meredakan kesakitan. Selain itu ia juga mengandungi ciri antibakteria yang memastikan bahagian yang sakit tidak dijangkiti kuman.
Caranya letak saja bunga cengkih pada gigi yang sakit, jika tak tahan baunya yang kuat gunakan minyak bunga cengkih. Letakkan pada cotton bud kemudian kemam pada gigi yang sakit.
Daun pudina
Bukan saja boleh meredakan kesakitan tapi aroma juga juga boleh membantu kita melupakan masalah. Bungkus gulung beberapa helai daun pudina dan letakkan pada gigi yang sakit selama 15-20 minit.
Kacang botol ini antara ulam kegemaran ramai dan ia boleh dikatakan tanaman mudah hidup yang selalu ditanam sekitar rumah.
Cumanya ramai yang selalu merungut, pokok kacang cuma lebat daun saja tapi tiada buah. Supaya merasa hasilnya, ini tip yang boleh digunakan untuk tanaman kacang botol panduan daripada Izam Ijam.
Tip tanam pokok kacang botol
Sedikit tip tanaman kacang botol atau cipir ataupun dipanggil kacang kelisa.
1. Gunakan polibeg besar saiz 20×22 atau 20×20 pun boleh.
2. Isi cocopeat penuh dan padatkan. Gunakan cocopeat terpakai lagi bagus
3. Semai dulu benih kacang botol dalam tray semaian.
4. Basahkan sabut dengan air baja kemudian tanam anak benih 2 pokok satu polibeg.
5. Siram baja AB BME plus yang cukup unsurnya 2.0 ec 3-4 hari sekali sehingga basah. Hari lain gunakan air kosong sahaja. Jika terlampau gemuk kurangkan sedikit bajanya.
6. Kawal serangga terutama ulat dengan kawalan organik propester.
7. Jika usia pokok sudah mencapai 6 bulan, semai 2 biji lagi kacang botol di dalam polibeg sebelah pangkal pokok. Junjung atau sokongan untuk pokok jangan lupa.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...