Ramai yang cuba buat udang mentega atau butter prawn di rumah tapi masalahnya sarangnya selalu tak menjadi macam yang kita makan di restoren. Tak halus.
Lepas boleh cuba lagi, kali ini ikut teknik yang dikongsi oleh Marina Ismail ini ya. Yang penting katanya guna senduk bulat, kuning telur tuang tinggi.
Udang goreng mentega dengan sarang telur
Bahan Sarang Telur
2 biji kuning telur
1 senduk butter
1senduk minyak masak
Cara membuat:
1.Pukul kuning telur. Panaskan butter dengan minyak masak. Guna senduk bulat tau. Bila minyak dalam kuali tu dah betul-betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk laju-laju bentuk bulatan sehala, jangan berhenti.
Ads
2.Kemudian tuang kuning telur tadi, tuang tinggi ya supaya bancuhan telur jatuh dalam kuali halus saja. Maintain pusing minyak dengan senduk laju laju dan tuang sampai habis. Jangan berhenti pusing senduk sampai telur masak warna keemasan.
3. Dah masak, tuang dalam tapis besi untuk toskan minyak.
Bahan Udang Butter:
500gm ekor udang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk goreng
3-4 ulas bawang putih – dicincang
6-8 tangkai cili padi – hiris
4 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
Sedikit butter untuk tumis
Sedikit serbuk lada sulah
Ads
Cara membuat
1. Memula goreng dulu udang yang dah gaul dengan garam dan lada sulah hingga berubah warna dan masak. Jangan goreng lama sangat nanti udang tu akan mengecut sangat dan jadi tak cantik selain keras bila makan. Angkat, toskan. Keluarkan minyak dari kuali.
2. Panaskan butter dalam kuali, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sampai garing dan naik bau.
Ads
3. Masukkan susu cair dan masak sekejap. Masuk pulak udang yang dah goreng tadi, sedikit serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam sebab butter dah ada masin.
4. Dah masak semua, masuk dalam pinggan dan tabur sarang atau floss telur yang buat tadi. Dengan pantas dah siap. Senang kan.
TIP
Boleh juga letak telur dalam plastik dan buat lubang yang kecik atau letak dalam acuan roti jala untuk lebih senang tuang ke dalam kuali supaya lebih halus.
Sentiasa kacau minyak secara membulat dengan senduk masa tuang telur dalam minyak supaya sarang telur jadi halus cantik.
Jangan goreng udang terlalu lama untuk elakkan udang keras.
Bagi yang suka bercucuk tanam sayur, petua yang dikongsi oleh Suzurina Binti Muda ini berguna untuk diaplikasikan. Terutama jika tanaman dah terkena serangan serangga, ulat dan siput.
Mempraktikkan kaedah ini pada tanaman bayam brazil yang diserang ulat beluncas halus kini sayurannya itu sudah kembali elok dan subur.
Caranya
1. Ambil bawang putih seulas-seulas boleh juga satu labu kemudian cucuk/ tanam terus dalam tanah dekat dengan pokok sayur.
2. Biasanya benih pokok bawang akan sama naik dengan pokok sayur.
Nampak tak pokok bawang bercambah
3. Kaedah ini juga boleh dibuat pada pokok cili dan sayur lain.
4. Sebelum buat petua yang diperoleh dari video di Youtube bayam brazil yang ditanam tak boleh dimakan penuh dengan ulat beluncas halus. Kini dah hidup subur dan cantik.
Selamat mencuba!
Beli siap bayam brazil dah berakar dan dalam pasu di SINI
Salah satu yang kuih frozen yang mudah dan boleh kita buat banyak untuk jadikan stok adalah samosa kentang.
Modal pun tak banyak cuma guna kentang dan lobak. Cara membuatnya dikongsi oleh Sabariah Nor Mohd Yusof. Senang nak makan bila bila, goreng saja. Paling penting kuih ni rangup dan sedap.
Samosa inti kentang, buat mudah & bahan pun tak banyak
Bahan untuk inti:
5 biji kentang – potong dadu
1 batang lobak merah – ambil suku & potong dadu
1 biji bawang besar – potong dadu
Sedikit daun bawang
1 1/2 sudu makan gula
1 sudu makan garam
Serbuk perasa
Sedikit lada hitam – ditumbuk lumat
Kulit popia
Info: Bahan ini untuk 20-25 biji samosa
Cara membuat:
Rebus seketika kentang dan lobak merah supaya empuk. Kemudian tos.
2. Tumis bawang besar yang dipotong dadu sampai layu.
3. Masuk ubi kentang dan lobak merah bersama semua bahan-bahan lain, gaul rata & perasakan.
4. Siap inti samosa.
Cara lipat samosa
Sediakan bahan utamanya iaitu kulit popia dan inti yang siap dimasak. Sebelum itu bancuh 2 sudu besar tepung gandum bersama air untuk lekatkan samosa supaya tak terburai.
Ambil kulit popia potong dua. Letak tepung tadi di hujung untuk sambung supaya panjang.
Boleh mula melipat. Lipat jadi segitiga ikut langkah 1 &2, kemudian masukkan inti. Lipat jadi segitiga lagi.
Letak bancuhan tepung tadi di hujung supaya melekat, letak juga di ruang-ruang kosong (langkah 6 & 7). Siap!
Nak goreng terus pun boleh, nak frozen pun boleh untuk makan lain waktu.
Cara lipat samosa tanpa potong
Boleh juga lipat cara ini, lebih mudah. Tak perlu potong kulit popia. Cara ini dikongsi oleh Cik Puan Rose
Ramai yang cuba tanam daun kesum tapi masalahnya selalu saja tak hidup. Baik tanam guna kaedah keratan atau pun rendam dalam air.
Kalau selalu tak menjadi bila tanam daun kesum ini, apa kata cuba pula kaedah anti gagal perkongsian Cik Embun Kembali. Menggunakan pucuk muda ini cara yang dikongsi.
Cara tanam kesum anti gagal
Cara saya tanam kesum, paling mudah hidup setakat ni. Guna pucuk muda kemudian siram dengan bancuhan baja kopi. Keterangan pada setiap gambar. Anti gagal!
1. Patahkan pucuk atas dalam 5-6 dahan (ambil pucuk sahaja dalam 2 inci, 1 inci dalam tanah, 1 inci bahagian atas. Buang daun pada batang yang nak tanam saja. Daun bahagian atas kekalkan.
2. Cucuk terus batang dalam pasu lain. Hari pertama memang nampak layu lembik macam tiada harapan, tapi biar saja. Siram ‘manja-manja’ dengan bancuhan baja kopi (JANGAN terkena daun).
3. Ini gambar hari ke 4, dah nampak cabang-cabang daun di celahan ruas.
Perhatikan, nampak dah hijau-hijau halus. Tanam pokok kesum cara ini lebih senang. Lagi elok pastikan tanah ada cacing. Saya memang kumpul cacing dalam pasu, subur!