
Isi Kandungan
ToggleNasi impit ini selalu jadi hidangan waktu pagi untuk dimakan bersama kuah kacang, lontong, soto dan sebagainya.
Cuma mak masak nasi impit ini memang kena buat awal, sebab ia akan mengambil masa yang lama untuk masak. Sejak dari dulu macam nilah keadaannya.
Tapi rupanya ada cara untuk kita cepatkan proses masak nasi impit ini. Kalau sebelum ini ambil masa berjam-jam, tapi teknik ini cuma memerlukan masa lebih kurang 30 minit saja. Dikongsi oleh Yuhafiqah Mohd Yunus boleh guna cara ini pula ya.
Teknik rebus nasi impit jimat gas dan masa
Caranya
1. Rebus air sampai mendidih kemudian baru masukkan nasi impit
2. Masak selama 10 minit kemudian tutup api.
3. Biarkan nasi impit dalam periuk, pastikan periuk ditutup. Biarkan terendam selama 30 minit.
4. Selepas 30 minit buka balik api selama 5 ke 10 minit ikut keadaan nasi impit. Jika belum cukup masa, tambah masa.
Teknik ini sesuai untuk mereka yang tiada pressure cooker.
Semoga bermanfaat.
Amal Bacakan Buku Pada Anak Sebelum Tidur, Bapa Ini Dedah Kebaikannya Termasuk Rangsang Otak Anak Jadi Bijak

Isi Kandungan
Toggle
Membacakan buku kepada anak sebelum tidur bukanlah rutin masyarakat kita. Tapi jika ia perkara yang baik tiada salahnya untuk kita ikut dan jadikan amalan.
Perkara ini dikongsi oleh Najmi Nawawi , motivator dan penulis yang selalu berkongsi tip tentang penjagaan anak.
Belia berkongsi rutin membacakan buku kepada anak sebelum tidur yang jadi amalannya. Rupanya ada banyak kebaikan di sebalik aktiviti ini, termasuklah merangsang otak anak jadi bijak! Ikuti perkongsian daripada beliau.
Kenapa baca buku sebelum anak tidur bagus dijadikan amalan
Alhamdulillah Maryam Deen dah tidur. Jadi aku pun nak berkongsi satu lagi nota ringkas dan padat malam ini. Kenapa baca buku sebelum anak tidur bagus dijadikan amalan.
1. Bantu kembangkan daya imaginasi
Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Kita akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Bantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.
2. Cipta saat- saat indah
Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya kita mahu anak kita ingat bahawa kita sudah curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan memautkan hati anak kepada kita.
3. Kebolehan berbahasa akan lebih mantap
Apabila kita membaca untuk mereka, kita sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.
4. Merangsang otak anak
Dalam penceritaan penuh perasaan yang kita sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.
5. Pandai dalam akademik
Pastinya teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.
Sumber: Najmi Nawawi
Bukan Ikut Selesa, Ini Cara Betul Pakai Seat Belt Untuk Ibu Hamil! Hati-hati Anda Bawa Satu Lagi Nyawa

Siapa cakap ibu hamil tak perlu pakai tali keledar keselamatan? Tetap perlu ya, walaupun rasa tak selesa bila perut dan besar.
Pakai saja tak cukup kena pastikan cara pemakaiannya juga harus betul supaya ia berfungsi dengan baik bila berlaku kemalangan. Anda kan bawa satu lagi nyawa dalam perut.
Berikut adalah cara pemakaian tali pinggang keledar yang betul untuk ibu hamil dipetik dari Facebook Klinik Avicenna.
- Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, lurus dan tidak terbelit.Ini untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tidak kena secara terus pada perut.
- Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.
- Sentiasa pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yg duduk di belakang.
- Semasa nak adjust tali keledar angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus dan berada di atas paha tetapi di bawah perut.
- Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.
- Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah payu dara ibu.
- Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit. Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag).
- Tak perlu beli pelbagai produk atau sponge untuk lindung perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukkan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.
- Jangan bila mengandung je sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai gak. Jangan ler terkial kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak abang polis atau JPJ.
- Malang tak berbau, kalau nak eksiden tu mmg eksiden juga. At least tali pinggang keledar keselamatan tu dapat mengurangkan impak eksiden. Perut yg besar tu TAK berfungsi sebagai ‘airbag’
Kredit: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak & Klinik Avicenna
Jadual Diet Untuk Buang 5KG-10KG Sepanjang Bulan Puasa

Isi Kandungan
Toggle
Bulan puasa ni ramai yang berharap berat badan turun, maklumlah kurang makan, waktu berbuka dan sahur saja. Tapi kalau tak kena caranya walaupun kurang makan berat takkan turun jugak makin naik ada.
Buat korang yang nak turunkan berat badan 5-10kg bulan puasa ni sampai boleh pakai baju kebaya kenalah ikut cara pemakanan dari Norafiza Mahmud ni. Anak tiga tapi badan maintain langsing uols.
Bestnya dia sertakan sekali dengan jadual makan,senang kan!
Boleh turun 5kg-10kg, takde hal
Ini jadual diet sepanjang Ramadhan. Boleh pakai kebaya saiz S raya ni. Jom buang 5kg-10kg. Apa ada hal!
Jadual ini tidak di pengaruhi oleh gula, garam, santan ataupun minyak yang tinggi. Kau orang boleh rasa garam di dalam sambal belacan atau air asam. Juga merasakan gula di dalam jus buah-buahan.
Alamak, takda kueh langsung ke?
Ye, dalam menu ni xda kueh langsung. Tapi kau orang boleh memilih 1 atau 2 jenis setiap kali berbuka dengan kuantiti 2 ketul sahaja. Jika kau orang memilih nasi maka, terpaksa meninggalkan kueh.
Jika memilih kuih, lupakan nasi untuk hari itu. Alasannya adalah, kau orang perlu set jadual makan dan memilih yang mana perlu. Ala bukan tiada hari esok untuk makan.


Cik oya, kenapa perlu 15 Minit bersenam?
Nak bersenam atau mengeras rumah atau apa pun yang mampu memberi signal “berpeluh”. Cara ini dapat memenuhi keperluan 8 gelas sehari dalam tempoh berpuasa.
Jadi, masak ikan, udang dan sotong mahupun sayur menggunakan apa?
Gunakan “non stick pan” dan ⅓ sudu makan “butter”. Sama ada untuk memasak barang basah atau sayuran. Butter sudah cukup untuk memberi rasa sedap.


Cik oya, kenapa berbuka tiada nasi
Percayalah, berbuka tanpa nasi dapat mengembalikan tenaga yang hilang. Malah, kau orang akan lebih segar dan cergas. Nasi hanya akan melemaukan aktiviti selepas berbuka.
Boleh ke saya hendak minum ais?
Boleh. Awak taruk beberapa ketul ais di dalam jus epal, jus timun dan sebagainya. Pastikan semua jus bebas daripada campuran gula.


Bila masa yang sesuai untuk minum tea detox?
Tea detox start dari awal berbuka. Sepanjang sebelum tidur wajib minum. Ini akan memberi kesan optimum untuk slim. Kulit juga akan cerah di pagi raya.
Boleh ke tahan lapar kalau tak makan nasi?
Boleh sayang. Pakai je bengkung setiap hari. Gunakan bengkung biasa. Ala, rm25 je di lazada. Bengkung ini untuk support tulang belakang, kurangkan rasa lapar. Ini bukan bengkung untuk “shaping” ok.
Kalau ada soalan atau kemusykilan dengan diet ni boleh saja ke Facebook Norafiza Mahmud, Mother of 3.
Sumber: Norafiza Mahmud