Telur kelapa ini mungkin dah lama tak dihidangkan. Malah anak-anak sekarang pun ramai yang tak pernah menikmatinya.
Kita sendiri mungkin kali terakhir merasainya ketika masih kecil dimasak oleh ibu atau nenek kita. Supaya lauk ini tak hilang ditelan zaman sesekali gantikan telur dadar dengan telur kelapa.
Cara buat telur kelapa
Bahan-bahan
5 biji telur
Kelapa parut secukupnya
Bahan ditumbuk
2 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
4 tangkai cili hijau
Ads
Cara membuat telur kelapa
1. Pecahkan telur dalam bekas dan masukkan bahan tumbuk bersama kelapa parut.
Ads
2. Gaul sebati dan masukkan garam dan bahan perasa. Kacau rata.
3. Panaskan minyak dan goreng telur dan balikkan selepas keperangan. Angkat dan hidangkan.
Panaskan makanan kemudian terlupa tutup api, sudahnya makanan rentung dengan periuk-periuk sekali. Dah banyak kejadian macam ni berlaku.
Makanan dalam periuk dah jadi kerak hitam memang susah nak hilang, biasanya periuk ni ke tong sampahlah tempatnya. Lagi frust kalau periuk ini jenis kaca yang mahal harganya.
Tak mengapalah hilang periuk janji nyawa selamat, rumah tak terbakar.
Tapi kan ada berita baik. Periuk yang rentung, berkerak hitam tu sebenarnya masih boleh diselamatkan. Jangan dibuang! Boleh ikut petua yang dikongsi oleh Lia Johari.
Alkisah periuk Visions kesayangan yang hampir arwah! Just nak sharing kot jadi panduan pada yg lain. Kejadian berlaku beberapa bulan yg lepas. Kalau pagi kalut-kalut nak siap pegi kerja tak payahla sibuk nak panaskan lauk kat dapur.
Sebab kalau terlupa padamkan api buruk padahnya. Syukur Ya Allah,dapur/ rumah tak rentung di jilat api pada hari tersebut. Kuasa Allah yg melindungi kami anak beranak. Tapi inilah kecuaian yg menjadi penyesalan seumur hidup! Taubat tak mahu buat dah.
Periuk visions yg dah bertahun guna jadi hitam rentung. Ingatkan dah nak kena buang ke laut. Tapi dapat petua dr perkongsian ahli KKD akhirnya periuk comel kesayangan dapat diselamatkan.
Lama juga saya rendam,sebab kali pertama buat kesan hangus hitam masih melekat. Try buat lagi sekali, rendam dekat sebulan (almost rasa tak berjaya) tapi setelah 1/2 jam menyental (guna span yang kasar) akhirnya berjaya periuk kembali ke asal. Alhamdulillah.
Kalau makan restoren western ini antara hidangan yang kena dengan lidah kita. Tapinya harga hidangan ini boleh tahan mahal terutama kalau aglio olio seafood.
Jadinya kalau teringin nak makan lagi berbaloi masak sendiri terutama jika yang nak makan tu ramai. Lagi satu cara membuatnya juga mudah. Letak banyak seafood, lebihkan chili flakes supaya pedas. Memang sedap, kena dengan selera. Tak nak letak sayur pun boleh!
Resipi perkongsian Keroroyz Royz antara yang senang dan boleh kita cuba.
Bahan-bahan
300gm spageti
4 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu makan chili flakes (lebihkan jika nak pedas)
1 ekor sotong besar – potong bulat
10-15 ekor udang
1 kiub ayam
Garam
Lada Hitam
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan keju parmesan
Sedikit daun parsley
Cara membuat:
1. Panasklan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan
2. Masukkan chili flakes dan lada hitam. Tambahkan kiub dan garam. Kacau lagi.
3. Masukkan semua seafood dan kacau sebati. Bila seafood sudah masak tutup api.
4. Kemudian masukkan spageti yang siap direbus dan gaul sebati. Tabur keju parmesan dan daun parsley. Sedia dihidang.
Bagi yang hobi bercucuk tanam, jagung antara yang boleh dicuba. Tak perlu ruang banyak, tanam tepi rumah pun boleh termasuklah jagung gred A yang penuh isinya.
Seperti perkongsian Azuan Abdullah beliau telah beberapa kali menanam jagung gred ini di rumah menggunakan tong cat, tayar dan semuanya menjadi.
Bagi yang nak cuba Azuan berkongsi tip dan langkah menanam jagung yang isinya cantik, padat.
1. Boleh tanam dalam petak tanaman guna tanah campuran. Nisbahnya 2 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian organik.
2. Tanam biji jagung secara terus. 2 biji benih untuk 1/lubang point. Caranya tekankan biji benih hingga tenggelam lebih kurang 1 inci. Siram dengan sedikit air untuk lembabkan media. Anak saya Aqeel tanam 4 point.
3. Semua benih (8 pokok) mula bercambah selepas 3 – 5 hari lepas tanam. Hanya 5 pokok sahaja yang nampak sihat, yang bakinya saya cabut. Ini salah satu kekurangan bila tanam secara terus.
4. Bila anak benih dah tumbuh, siram dengan air kosong setiap hari. Anggaran kuantitinya antara 200 – 500 ml setiap point.
5. Umur 10 hari dah boleh mula siram air baja. Saya guna kaedah siraman. Guna larutan baja subur NPK Larut Air 18.18.18 + Mikro dengan kepekatan 2.0 mS. Siram lebih kurang 500 ml satu point.
Buat kaedah siraman ini dua kali seminggu hingga pokok berusia 20 hari. Hari yang tak siram baja, perlu siram dengan air kosong paling kurang 1 kali sehari.
6. Kawalan serangga dan kulat juga perlu dibuat bermula umur pokok 10 hari. Saya guna racun organik buatan sendiri (bio pesticid + cuka kayu). Eloknya sembur pada awal pagi.
Lakukan kawalan ini dua kali seminggu hingga hasil boleh tuai. Kadang – kadang, seminggu sekali pun ada saya sembur.
7. Bila pokok umur 21 hari, siram 2 kali seminggu dengan air baja subur. 1 liter 1 point pada kepekatan 2.0 mS. Siram air kosong pada hari yang kita tidak siram air baja. Lakukan siraman sebegini hingga pokok berumur 30 hari.
8. Bila pokok berusia 31 hari, siram dengan baja strong @ NPK larut air 12.12.36 + mikro dua kali seminggu. 1 – 2 liter 1 point pada kepekatan 2.5 mS. Lakukan hingga pokok dah boleh tuai. Biasanya antara 63 – 70 hari lepas tanam.
Kaedah ini telah uji tanam berkali – kali. Ada yang ditanam dalam pasu, tanam dalam tong cat dan ada juga tanam dalam tayar. Alhamdulillah hasilnya sangat puas hati, buah semua gred A dan isi pun penuh.
Paling seronok dan puas bila dapat makan hasil fresh yang kita tanam sendiri. Bukan setakat segar, malah cantik dan tiada serangan perosak serta 100% bebas racun kimia.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.