Terung goreng rangup ala ‘fries’ ini memang akan jadi kegemaran ahli keluarga jika dihidangkan termasuklah yang tak makan sayur.
Rasa terung yang sedap dan rangup ini buat kita tak perasan sedang makan sayur. Terung goreng rangup ini enak dijadikan kudap-kudapan tapi dibuat lauk pun boleh.
Cara buat terung goreng rangup ala ‘fries’
Bahan-bahan
Terung (pilih terung yang keras)- dipotong jejari
Tepung Bestari
Ads
Cara membuat
1. Gaul terung yang dipotong dengan tepung Bestari secukupnya. Biarkan terung bersalut tepung. Tak perlu tambah air
2. Panaskan minyak dan goreng. Pastikan betul-betul garing supaya hasilnya rangup, tak lembik.
Ayam masak kicap bersantan atau ayam semur ini antara hidangan orang Jawa. Kuah kicapnya yang sedap pekat memang jadi sasaran yang akan licin dikaup.
Menurut Syalfarina yang berkongsi resepi, bila masak hidangan ini ia memang tak pernah tak habis. Biasanya siap saja masak, anak dah mintak untuk makan dengan nasi.
Kalau dah jemu dengan lauk kicap biasa, boleh cuba masak stail Jawa pula. Memang tak menyesal.
Setengah ekor ayam / 15 ketul drumnet– dilumur kunyit & garam
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji buah keras – ditumbuk bersama bawang
1 inci halia – dihiris atau diketuk
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih)
Air asam jawa (setengah sudu asam campur sedikit air)
Kicap manis (disyorkan guna cap Kipas Udang)
5 sudu bear santan
Gula dan garam secukup rasa
1. Goreng ayam separuh masak saja. Jangan sampai garing untuk kekalkan tekstur lembut.
2. Kisar bawang merah dan putih, tumbuk sekali dengan buah keras untuk rasa lemak padu.
3. minyak gorengan ayam yang sama, tumis bahan 4 sekawan, halia dan bahan kisar. Tumis sampai wangi.
4. air asam jawa untuk bagi rasa masam-masam sikit dan jadikan kuah lebih berperisa.
5. Masukkan ayam, kacau dan biar reneh perlahan supaya ayam serap semua rasa tumisan.
6. kicap manis secukupnya – warna dan rasa ikut citarasa, tapi jangan kedekut kalau nak nampak ‘glossy’.
7. Tambah santan dan biar kuah mendidih perlahan sehingga pekat dan likat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ingat, kicap pun dah ada manis dan masin.
– Buah keras penting dalam resipi untuk rasa berlemak pekat yang unik. Kalau tiada, boleh ganti dengan sedikit badam kisar atau susu cair, tapi rasa takkan sama.
– Untuk aroma lebih wangi, boleh tambah sedikit daun limau purut di akhir masakan.
– Kalau nak kuah lebih, tambahkan sedikit air selepas masukkan santan — sesuai untuk yang suka cicah dengan roti atau ban.
– Rasa akan lebih mantap bila dipanaskan semula keesokan harinya – kuah jadi lebih pekat dan berempah.
Ada yang panggil bepang kacang, ada juga yang paling panggil kacang potong. Tapi apa pun namanya, snek tradisi ini memang sedap kerana manis dan rangup.
Bepang kacang ini memang boleh sangat kita buat sendiri terutama kalau mahu mengurangkan kadar kemanisannya. Cara membuat senang rupanya dan dikongsi Norbaizura Saad.
1 cawan kacang tanah – sangai tanpa minyak dan buang kulit
1 cawan gula
1/2 cawan bijan – sangai tanpa minyak (agak agak kuning lembut, jangan garing)
2 sudu minyak masak
1. Tumbuk kacang yang dah disangai dan dibuang kulit. Tumbuk sekadar pecah saja, jangan hancur. Ketepikan
2. Masak gula dalam kuali macam buat gula hangus dan masukkan 2 sudu minyak masak (boleh juga guna marjerin).
3. Bila gula dah hancur, masukkan kacang yang ditumbuk berserta bijan. Kacau kemudian tutup api.
4. Terus tuang dalam talam, gunakan talam besi bukan talam plastik ya. Tekan-tekan supaya rata.
5. Bila dah rata, terus potong sebelum bepang mengeras. Selepas dah keras, patahkan mengikut potongan tadi. Siap!
Daun sup memang selalu kita guna dalam masakan, jadi kalau tanam di rumah memang elok sangat. Kalau tiada anak benih dari pokok induk kita cuba tanam dari biji benih.
Bagi memastikan pokok daun sup ini elok subur dan tak mati ada penjagaan yang perlu kita ikuti. Kalau dijaga baik, pokok boleh hidup hingga 2 tahun.
1. Sediakan tapak semaian, jika boleh gunakan tray semaian yang banyak dijual.
2. Sediakan benih, rendam selama satu malam (10 jam) dengan air paip, jika air tanpa klorin lagi baik untuk mengaktifkan benih supaya mudah bercambah.
Tujuan rendam supaya kesemua benih mudah bercambah. Jika tidak mahu rendam tidak mengapa boleh terus tabur.
3. Toskan benih dengan tisu atau alat tos yang berlubang halus.
4. Basahkan tanah, semai biji benih daun sup (biji benih daun sup kecil jadi perlu bersabar semasa semai kerana benih halus).
Tutup dengan lapisan nipis tanah, siram benih dengan berhati-hati gunakan spray halus, kemudian tray semaian atau bekas semai tadi letak di kawasan redup. Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.
5. Sekali lagi diingat tanam pokok daun sup kena bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10 hari ke atas, paling lama 2 minggu. Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai, jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.
6. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh dialihkan ke pasu atau bekas, letakkan tempat redup yg tidak terkena cahaya matahari yg terik.
7. Kerana pokok tumbuh dengan lambat, pokok yang dijaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun.
8. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup , siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering bolehlah siram dengan sedikit air.
9. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup akan mudah layu dan mati.
10. Baja sebulan sekali atau mengikut keperluan. Sekali sekala siram dengan air basuhan beras kerana pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...