Menu nasi minyak yang sinonim dengan hidangan majlis kahwin selalu saja kita hidang untuk hidangan di rumah terutama untuk hari-hari istimewa.
Bagi penggemar nasi minyak boleh cuba kaedah memasak yang dikongsi oleh Hayati Sham.untuk hasil nasi yang bukan saja sedap tapi gebu dan lembut. Nasi menggunakan kaedah ini juga cepat masak, 15 minit dah siap.
Tip ini juga boleh digunakan untuk memasak nasi berperisa yang lain seperti nasi tomato, nasi ayam, beriani, hujan panas dan macam macam lagi.
Saya share tip masak nasi minyak atau apa-apa nasi berperisa supaya gebu, lembut dan sedap. Caranya seperti berikut;
- Selepas tumis semua bahan menumis, masukkan susu atau air rebusan bagai biarkan hingga mendidih.
- Kemudian barulah masukkan beras basmathi yang telah direndam, dibasuh dan ditoskan.
- Dalam 10 hingga 15 minit, nasi akan siap masak dan hasilnya sangat gebu dan lembut.
Resipi nasi minyak gebu
Beliau turut memberikan resipi nasi minyak yang dimasak mengikut kaedah di atas.
Bahan-bahan
1kg beras basmathi
1400 ml air
200 ml susu cair
4 sekawan serba satu
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia sebesar 1 ibu jari
3 tbsp minyak sapi
1 tbsp minyak masak
2 helai daun pandan
Pewarna merah dan kuning sedikit
Cara membuat
1. Basuh beras dan rendam 30 minit dan tos
2. Tumis hirisan bawang merah, putih dan halia hinga naik bau. Masukkan daun pandan kemudian tuangkan susu cair dan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan beras. Tutup periuk.
4. Bila nasi hamper masak, titiskan pewarna.
Sumber: Hayati Sham
Pernah Hidap Kanser Tahap 4, Kini Makin Sihat Ustaz Hanafi Kongsi Tip Pemakanan Untuk Pesakit Kanser
Tiga tahun lalu pendakwah bebas ini disahkan menghidap kanser limfoma. Kanser Ustaz Hanafi atau Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, sudah di tahap empat ketika itu.
Tapi siapa sangka hari ini dia makin sihat dan terus kuat melakukan aktiviti dakwahnya malah lebih giat daripada dulu.
Bercerita berdasarkan pengalamannya berdepan penyakit kanser, meski pun dugaan penyakit itu cukup besar namun ujar Ustaz Hanafi dia menerimanya dengan perasaan syukur.
“Bila saya disahkan mengidap kanser saya ucap syukur kepada Allah, saya sebut alhamdulillah. Kenapa? Kerana ia akan buat jiwa kita jadi lapang, hati akan jadi tenang.
“Kenapa tak sebut innalillah. Kalau sebut begitu ia baik, bagus. Tapi bagi orang-orang mukmin jiwa mereka redha. Orang ini bila diberi ujian mereka akan bersyukur.
“Syukurlah walaupun diberi sakit kanser, sebab ia mungkin jadi tiket kita ke syurga. Syukurlah walau tangan dipotong, lidah dipotong, pembedahan, radioterapi atau kemoterapi jangan lupa untuk bersyukur.
“Lagi sakit lagi sebut alhamdulillah. Insya-Allah sakit akan disembuhkan.
“Selain syukur, kita kena bersangka baik kepada Allah. Walau Allah beri penyakit kanser, jangan tinggal solat. Walau duduk terbaring di katil, solatlah, tak kisah di mana anda berada. Solat guna isyarat mata pun boleh, baca sekadar yang mampu.
“Ini kerana perkara pertama yang dihisab adalah solat. Oleh itu jangan tinggal solat walau sakit dan lemah macam mana pun,”ujarnya dalam satu perkongsian video dalam Facebook miliknya.
Tip pemakanan untuk pesakit kanser
Dalam pada itu Ustaz Hanafi melalui satu sesi ceramah yang dihadiri dengan Dr Yasmeen Farouk Mohamed beliau berkongsi tip pemakanan untuk pesakit kanser. Antaranya seperti berikut:
- Pagi kena sarapan, jika tidak asid akan naik dalam perut dan ia akan menyebabkan toksik.
- Minum kopi sebelum makan sebab ia bantu mengenyangkan. Sekiranya diambil lepas makan, semua khasiat sudah tidak ada lagi.
Minum kopi awal pagi, jangan minum waktu malam. - Makan buah sebelum makan. Jika makan buah selepas makan, ia akan menutup salur darah dan boleh menyebabkan tersumbat.
- Bagi mengelak risiko kanser disarankan pada waktu pagi amalkan minum air seperti lemon atau epal yang masam supaya dapat menukar asid menjadi alkali.
- Amalkan juga selepas makan minum satu gelas air lemon.
- Ketika memasak bawang putih jangan dimasukkan dalam pengisar atau blender kerana khasiatnya akan hilang, hanya perlu ketuk untuk pecahkannya.
- Nasi lemak bagus tapi pastikan ambil yang asas saja, tak digalakkan ditambah dengan lauk sotong atau kerang.
- Jangan beri anak makan mi atau makanan segera ia antara penyebab kanser.
Ini pula tip tambahan daripada VK selepas mendengar perkongsian Dr Yasmeen dalam satu temuramah di TV IKIM
- Cara masakan kena mudah, ikan misalnya jangan goreng sehingga garing kerana khasiatnya akan hilang, elok distim atau gril saja.
- Sayur lebih elok direbus tapi jangan sampai lembik untuk kekalkan kandungan zatnya.
- Kunyit muda boleh diratah, kerana ia mengandungi bahan anti keradangan dan mematikan ketumbuhan.
- Ikan pilih yang kecil seperti ikan sardin, tamban, kembung. Ikan kecil tidak menarik merkuri sebagaimana ikan bersaiz besar.
Ikuti juga video perkongsian Ustaz Hanafi sempena bulan kesedaran kanser November ini.
Semoga perkongsian Ustaz Hanafi ini memberi manfaat buat pesakit kanser.
Sumber: Ustaz Hanafi
Hasil Diet Seimbang & Aktif Bersukan, Wanita Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Dari Saiz 6XL Ke M
Siapa tidak gembira apabila berjaya menurunkan berat badan dari bersaiz 5Xl sehingga 6XL kepada pakaian yang bersaiz M atau L.
Bagi wanita ini Isma Suria yang berkongsi di laman Facebook Diet Suku-Suku Separuh memberitahu sejak setahun lalu dia tekad menurunkan berat badannya dan ingin menjaga pemakanan hariannya.
Berkongsi kisah kejayaannya dan menurut Isma bukan mudah untuk mengubah cara pengambilan pemakanan sebelum itu.
Kini berat badan Isma adalah sekitar 48 Kg dan dia juga berharap semua mendoakan dirinya terus kuat untuk mendapatkan berat ideal.
Tip Turunkan Berat Badan Dari 5Xl-6XL Ke Saiz M/L
Pemakanan:
– Untuk sarapan, ambil oat atau telur separuh masak atau buah-buahan.
– Untuk tengahari pula ambil nasi dengan melebihkan sayuran, ayam atau ikan.
– Untuk malam hanya ambil air kosong dan buah-buahan.
Senaman:
– Lakukan senama seperti tabata dan zumba tidak kurang 30 minit sehingga satu jam.
– Jika berkelapangan, akan lakukan aktiviti luar seperti berbasikal atau memanjat bukit pada hujung minggu.
– Juga ikut kelas senaman selama 30 minit hingga 1 jam apabila rajin.
– Konsisten lakukan aktiviti mendaki dan berbasikal setiap pagi dan petang dalam 3 hingga 4 jam sehari atau lebih.
Artikel berkait:
Berjaya Turunkan Berat Badan 13 KG Sejak Februari, Kongsi Tipnya
Elak Mati Mengejut, Dr Zubaidi Bagi Panduan Pemakanan Selepas Usia Masuk 40-an
Mati mengejut. Fuhh. Dengar pun rasa gerun. Inilah akibatnya jika badan sudah banyak penyakit namun empunya badan tidak perasan pun yang dia ada penyakit.
Luarannya nampak sihat, namun kesihatan dalaman tiada yang tahu. Kecuali jika empunya badan pergi menjalani pemeriksaan secara berkala.
Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad menegaskan amalan pemakanan yang sihat membantu tubuh seseorang itu lebih sihat sekali gus boleh mengelakkan situasi mati mengejut.
Melalui instagram, beliau berkongsi amalan pengambilan minyak zaitun dalam diet terutama ketika bersarapan sangat bagus untuk kesihatan seseorang.
Sarapan minyak zaitun dan kopi
Pagi tadi saya bersarapan. Mulanya mmg malas sbb perut pun tak lapar.
Selalunya saya terus melakukan kerja2 saya tanpa makan (bersarapan) berat. Kecuali saya akan ambil selepas bgn pagi satu sudu minyak zaitun OLIVIE, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu.
Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja2 membaca dan menghafal yg saya lakukan di awal pagi.
Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
Sarapan yang ringkas sebenarnya sudah mencukupi mengikut kepada aktiviti fizikal yang kita lakukan.
Puasa 15 jam
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak2 di rumah.
Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak yg makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan.
Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Sebab itulah kita disarankan ambil makan malam awal. Supaya perut kita mempunyai masa rehat yang agak panjang sebelum kita mula ambil makanan pada waktu pagi esoknya.
Kurangkan makan pada usia 40
Memang saya sudah kurang makan sejak bbp tahun dulu. Kadang2 kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam2 cerita kawan2.
Apabila usia sudah masuk 40 tahun, seseorang itu sepatutnya sudah mula ambil berat soal pemakanan. Tidak boleh lagi makan seperti usia muda-muda dahulu.
Meninggal ketika bersukan, itu tak pelik
Bukan lagi pelik kalau org muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan2 saya yg berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba2 ada berita diserang stroke, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur.
Tubuh sudah bersarang dgn pelbagai penyakit. Seperti rumah yg sergam kuat tapi bersarang anai2. Tiba2 runtuh tersembam ke bumi.
Ramai yang tidak sedar penyakit yang ada dalam diri. Silalah rujuk kepada doktor.
Hati-hati dengan karbohidrat ringkas
Maka saya mmg berhati2 dgn makanan yg ada terutama karbohidrat ringkas.
Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Karbohidrat ringkas akan menyebabkan seseorang itu cepat lapar kembali selepas makan. Elakkan pengambilan karbohidrat ini supaya anda tidak kerap asyik nak makan.
Jangan abai 3 makronutrien
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-ssyuran) dan minyak sihat inilah yg membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula.
Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas. Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Apa itu makronutnien?
1) Air
2) Karbohidrat kompleks (sayur-sayuran)
3) Minyak sihat
Minyak zaitun ialah minyak yang menyihatkan
Sebab itu saya ambil minyak zaitun OLIVIE dari Olive House sbg minyak sihat saya untuk bertenaga dan mengurangkan rasa cepat lapar. Saya cadangkan satu sudu OLIVIE waktu pagi dan satu sudu waktu malam. -Dr Zubaidi Hj Ahmad
A post shared by Dr Zubaidi Hj Ahmad (@drzubaidi) on
Sumber: Dr ZUbaidi