Nak cantikkan lantai rumah, ramai yang pasang sendiri vinyl. Antara susunan atau corak yang cantik bila pasang vinyl adalah corak tulang ikan.
Tapi nak buat corak ini kena ada teknik atau susunan yang betul boleh dipraktikkan supaya tak membazir potong vinyl. Tip pasang vinyl jenis ini dikongsi oleh Net Azr.
Tips kalau nak pasang vinyl floor corak tulang ikan
Cara 1
Susunan ini rapat ke dinding. Ia akan menjimatkan penggunaan vinyl. Mudah kita nak potong vinyl sebab potongan menegak. Kurangkan pembaziran. Jimat duit.
Ads
Cara 2
Susun cara ini pun boleh tapi akan guna banyak vinyl. Sebab tepi dinding kena potong senget. Membazir nanti, kalau expert yang buat mereka boleh potong sama tapi bagi kita yang baru nak belajar, dengan tangan terketar-ketar mungkin berlaku potongan tak sama untuk sambungan vinyl.
Pasang lantai guna gam tarik bulan (dunlop, ca blue)
Manggo Cheese Cake ini memang sedap. Masam, manis dan rasa kejunya memang buat kita makan tak cukup satu potongan.
Kek ini juga kalau beli agak mahal harganya, lebih RM10 satu potongan. Jadi kalau dalam rumah kek ini ramai peminatnya, maka eloklah buat sendiri.
Caranya boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Ariana Sofia Ahmad. Bahan-bahannya tak susah pun nak cari dan kek ini juga tak perlu dibakar. Sejukkan dalam peti ais saja.
Bahan-bahan
160gram biskut Marie (dikisar halus/ditumbuk hancur)
90gram butter (dicairkan)
2 biji mangga (dikisar dijadikan puri)
1 sudu besar air jus lemon
500gram cream cheese
200gram whipping cream
1sk esen vanila
140gram gula castor
100gram puri mangga
2 1/2 sudu besar air jus lemon
1 sudu besar susu pekat manis
(2 sudu besar gelatin + 80ml air panas) -kacau sebati
Bahan untuk Manggo jelly
1 sudu besar gelatin + 50ml air panas – kacau sebati
200gram puri mangga
Cara membuat
1. Mula-mula kisar dulu biskut Marie hingga hancur atau ketuk je sampai hancur. Letak dalam plastik baru ketuk.
2. Bila dah hancur, masukkan biskut dalam bekas bersama butter yang telah dicairkan. Kacau sebati.
3. Masukkan biskut tadi dalam loyang 8′. Tekan sehingga padat dan rata. Guna loyang yang boleh di buka tepi atau boleh tolak dari bawah. Sejukkan selama 30 minit. Boleh letak dalam frezer.
4. Kisar 2 mangga tadi bersama 1 sudu air jus lemon sahaja. Kisar sehingga hancur dan licin. Lebihan air lemon simpan dulu.
5. Sebelum buat adunan cheese, buat air gelatin dahulu. 2 sudu gelatin + air panas 80ml. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
6. Dalam bekas masukkan cream cheese, whipping cream, gula kastor, esen vanila, air jus lemon. Mix kesemua bahan ni sehingga kembang dan licin. Pastikan tidak berketul.
7. Bila adunan dah licin masukkan puri mangga. Mix sehingga sebati.
8. Bila adunan dah licin. Masukkan susu pekat manis dan air gelatin tadi. Mix sehingga adunan sebati macam ni.
9. Keluarkan semula loyang tadi dan tuang adunan cheese. Sejukkan selama 2-3 jam. Boleh letak dalam chiller @ frezer. Pastikan cheese jadi pejal.
10.Untuk adunan manggo jelly pula, buat air gelatin dahulu. 1 sudu besar gelatin + 50ml air panas. Kacau sehingga sebati. Ketepikan sehingga sejuk.
11. Masukkan air gelatin tadi ke dalam mangkuk bersama puri mangga. Kacau sehingga sebati. Buat adunan puri manga ni 10 minit sebelum keluarkan cheese dari peti.
12. Tuang adunan puri mangga dalam loyang. Untuk dapatkan lapisan atas yang licin, jangan rata guna sudu. Sengetkan sikit loyang supaya rata ke tepi. Sejukkan semula selama 7-8 jam dalam peti ais biasa atau chiller.
13. Bila dah sejuk, bolehlah keluarkan dari loyang. Kalau guna loyang yang boleh buka bawah, letak cawan kat bawah loyang dan tolaklah loyang ke bawah.
Hujung bulan depan kita dah nak mula puasa. Dah boleh juga kalau nak siap-siapkan bahan bagi yang nak buat kuih raya.
Salah satu kuih yang selalu di setiap rumah waktu raya adalah tart nenas. Biasanya kalau buat sendiri, jem kita beli yang ready made. Cuma kalau beli rasanya ‘kureng’ berbanding buat sendiri.
Nak sedap kena buat sendiri, kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Nureen Jalaly ini. Jem nenas homemade ini bukan saja enak tapi juga tahan lama. Boleh tahan setahun. Nak buat juga tak lama. 10 biji nenas boleh siap dalam 1 1/2 jam.
Di sini saya kongsikan cara-cara buat jem tart nenas. Hanya perlukan 1 1/2 jam untuk membuat inti untuk 10 biji nenas.
Bahan-bahan:
10 biji nenas – dibuang kulitnya dan matanya
Gula
2 penutup kecil pewarna kuning
10 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 penutup kecil esen vanilla
1 biji limau nipis
Cara membuat:
1.10 biji nenas diparut/disagat dan jangan sampai bahagian tengah nenas. Kalau tak nanti inti yang kita buat tak akan kering dan mengambil masa yang lama untuk memasak.
2. Setelah semua nenas habis disagat tapiskan airnya sehingga kering.
3. Seterusnya ambil isi nenas tadi disukat pakai mangkuk. 1 mangkuk nenas 1/2 mangkuk gula pasir dan kalau dapat 2 mangkuk 1 mangkuk gula pasir. Pastikan guna mangkuk yang sama.
4. Selepas itu masukkan ke dalam kuali isi nenas bersama gula. Masukkan juga pewarna kuning, esen vanilla,bunga cengkih, kulit kayu manis kemudian hidupkan api. Kacau sehingga kering dan likat (guna api sederhana kecil).
5. Akhir sekali setelah tutup api perahkan asam limau nipis (inti ini boleh tahan setahun jika disimpan dalam peti ais).
Dalam situasi PKP ramai ibu yang baru atau bakal bersalin kena melalui tempoh berpantang sendirian.
Bagi memudahkan penyediaan makanan dalam tempoh ini elok sekiranya sediakan siap-siap serunding halia ini. Kakak, mak mentua, atau ahli keluarga yang lain pun boleh tolong buatkan juga.
Caranya dikongsi oleh Azizah Salleh yang menyediakan hidangan ini dua orang anaknya yang bersalin.
Cara membuat;
1. 1 kg halia – dibersih, parut, buang airnya (perah) dan digoreng garing. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk.
2. Lada hitam – sangai dan kisar. Guna dalam 2 sudu sahaja.
3. Tiga labu bawang putih, buang kulit dan hiris nipis (jangan terlalu nipis). Goreng garing, sejukkan.
4. 300 gm ikan bilis. Goreng garing dan sejukkan. Setelah sejuk, kisar kasar (guna blender kering).
5. Setelah siap semua bahan, satukan kesemuanya dalam mangkuk. Masukkan 2 sudu kecil garam. Gaul sebati. Siap.
Sedap dimakan dengan nasi panas. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.