Suami mana yang tidak gembira apabila isteri dikhabarkan hamil. Namun bukan semua impian itu akan tercapai. Ada ujian dalam setiap kehidupan. Apatah lagi apabila berlaku keguguran.
Ads
Mungkin ini ujian yang perlu dilalui oleh penyanyi rock legenda tanah air ini. Pada usia 60 tahun, dia teringin menimang cahayamata lagi selepas Alex, Sania dan Qaqa. Namun apakan daya Tuhan lebih menyayangi. Selepas dua bulan disahkan hamil, Norish Hassan mengalami keguguran.
Berita ini dimuat naik oleh Amy di laman instagramnya semalam. Bibit-bibit kesedihan dapat dirasai pada kapsyen yang ditulis pada video yang dipaparkan.
Tertunduk, menangis teresak
Degupan itu akhirnya terhenti dn hilang dri pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mndpt berita ini. Qaqa menangis teresak esak.
Tiada lagi cerita baby
Kini tiada lgi cerita baby yg bakal mereka miliki antara mereka.
Pasti ada keindahan di sebalik dugaan
Moga kami semua redha dgn dugaan yg tk terpandang ini. Aku pasti dugaan itu dtg bersama keindahan dn sabar itu sma seperti berbesar hati dgn dugaan nya. AmeenYRA
Aku Tersentak Langsung Tersedar
Cuaca Dingin Menanda Hati Yg Kian Rawan
Terbayang Seribu Kemungkinan
Sejenak Ku Mendakap
Kau pn Hilang, Dari Pandangan.
Ini antara komen-komen yang VK baca bila mengikuti instagram sebuah keluarga Melayu yang menetap di Perancis iaitu light.km.
Video kanak-kanak perempuan bernama Jade, anak kepada seorang wanita berasal dari Malaysia ini menarik perhatian netizen bila dia bukan saja boleh berbahasa Melayu tapi bercakap ikut loghat Negeri sembilan.
Salah satu videonya yang tular memaparkan aksi lucunya memotong timun sambil memuji kerajinan diri sendiri ketika membantu ibunya, Norazmimah Mohd Karim.
Banyak memuat naik aksi-aksi bersama tiga anak-anaknya dalam akaun instagram namun sering menjadi perhatian dan mendapat puluhan ribu tontonan adalah keletah Jade yang berusia 6 tahun.
“Sebenarnya ayah saya yang berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan. Di sini ada masa saya memang akan bercakap nogori dengan anak-anak.
“Jade ni cepat tangkap dan suka mengajuk apa yang saya cakap walaupun dia sebenarnya bukanlah fasih mana pun loghat nogori.
“Kadang-kadang saya panggil dia, tetiba dia jawab ‘apokobondo eh.’ Pernah juga di sekolah dia bercakap dengan kawan terkeluar ayat “ekau nak apo”. Tercengang kawan-kawan dia,”cerita Norazmimah atau dipanggil Kak Nor yang sudah 16 tahun menetap di Perancis ketika dihubungi VK.
Ujar ibu kepada tiga orang cahaya mata yang berhijrah ke Perancis setelah mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang berasal dari sana, walaupun tinggal jauh dari Malaysia tapi kesemua anaknya fasih berbahasa Melayu.
Malah anaknya iaitu Adam Daniel Moulin, 15,Ida Aili Moulin, 11 dan Jade Nur Moulin,6, juga fasih berbahasa Perancis dan Inggeris.
Tahu akan videonya tular di Malaysia, Jade kata Norazimah bagaimanapun tidak kisah tentang perkara tersebut memandangkan dia masih kanak-kanak.
Bagi wanita yang mengusahakan perniagaan penghantaran nasi ayam di Paris ini pula video tersebut hanya sebagai perkongsian tentang anak-anak semata-mata.
“Tapi kalau ianya dapat membuka pintu rezeki dan jalan bagi kami untuk pindah ke Malaysia, bersyukur sangat-sangat,”ujarnya yang kini hamil anak keempat.
Bagi yang nak tengok lebih banyak cerita mereka sekeluarga boleh lah follow instagram light.km . Selain Jade, VK juga suka tengok keletah anak lelakinya yang pemalu dan aksi anak perempuannya Ida yang comel. Sebahagiannya VK belanja kat sini.
Dalam era globalisasi di mana segala perkara kini hanya boleh diakses dengan mudah melalui hujung jari, secara atas talian (online) sahaja. Pelbagai kandungan terutama hiburan boleh diperoleh malah ada yang sanggup melakukannya secara haram kerana mahu menjimatkan kos.
Antaranya dengan melakukan penstriman secara haram dengan penggunaan ‘TV Box’ yang boleh didapati dengan harga yang amat murah. Meskipun tidak perlu membayar harga langganan tapi tahukah anda akan risiko yang menanti.
Tindakan ini bukan saja salah di sisi undang-udang tapi juga paling bahaya mereka yang melakukan penstriman haram ini seperti membenarkan penjenayah siber masuk selangkah ke dalam kediaman dan memberikan ‘kunci’ kepada mereka untuk mengakses segala data peribadi milik keluarga anda.
Kotak TV atau (TV Box) haram mempunyai potensi tinggi sebagai jalan utama penjenayah siber, kerana mereka tidak melakukan proses pelesenan melalui saluran yang betul.
Lebih parah lagi apabila peranti-peranti ini disediakan tanpa mengikut standard keselamatan yang ketat, yang bertindak melindungi para pengguna di platform yang sah.
Di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022, penggunaan ISD dianggap sebagai kesalahan jenayah.
Ini bermakna, setiap kali anda mengakses kandungan secara haram, anda bukan sahaja terlibat dalam perbuatan yang salah, tetapi juga berisiko menghadapi tindakan undang-undang.
Terdahulu, Astro salah satu penyedia TV berbayar terkemuka di Malaysia, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap restoran, hotel, dan beberapa individu yang didapati menggunakan kotak TV ini untuk menstrim kandungan mereka.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, memandang serius bahawa cetak rompak memberi implikasi yang amat buruk terhadap industri kandungan.
Ini sekaligus memberi impak yang cukup dahsyat kepada pelaburan dalam program berkualiti, dalam masa sama meletakkan keselamatan para pengguna dalam risiko. “Jika anda ditangkap menggunakan kotak TV haram, denda yang dikenakan boleh sangat tinggi.
“Walaupun kotak TV haram kelihatan seperti cara mudah untuk mendapatkan kandungan, namun kesan yang berpotensi – daripada serangan siber hingga masalah undang-undang – menjadikannya terlalu berisiko dan tidak berbaloi,” tegasnya.
Jadi tepuk dada tanyalah selera, berbolaikah anda melakukan penstriman secara haram ini yang akhirnya akan membawa anda ke muka pengadilan hingga terpaksa berdepan tindakan undang-undang?
Anak Suka Pukul, Gigit, Tendang, Hantuk Kepala, Baring Di Lantai, Mak-Mak Jangan Marah Ikuti Saranan Occupational Therapist Ini
Ada yang suka menggigit, pukul kawan, adik beradik, malah mak bapa pun kena juga. Lagi merisaukan ada anak yang jenis suka hantuk kepala pada dinding.
Ha! ini antara perangai anak-anak kita bila dah usia lebih setahun. Menurut Puan Maryam Jamadi yang juga seorang Occupational Therapist ini sebenarnya cara anak kecil nak luah perasaan.
Bab ini ibu bapa kena faham. Dalam satu perkongsian di Facebook, Puan Maryam turut menurunkan ilmu untuk ibu bapa menangani masalah ini.
1. Pukul
2. Gigit
3. Tendang
4. Hantuk kepala
5. Baring di lantai
Diatas ini adalah contoh masalah tingkah laku yang biasa muncul sekitar umur anak 18 hingga 3 tahun.
FAHAMI FISIOLOGI ANAK
Masalah tingkahlaku memang normal bagi anak berumur 18 bulan hingga 3 tahun kerana fasa ini mereka dah ada kehendak sendiri walaupun kehendak tersebut susah nak ditunaikan dan kadangkala “merepek” seperti nak makan cicah sambal, tarik mak ayah ke pintu untuk keluar rumah di tengah malam, nak minum air panas menggelegak dan sebagainya.
Sebelum ini anak cuma tahu menangis atau ketawa sahaja. Perasaan gembira, kelakar, bahagia dan geli di geletek semua diluahkan dengan cara senyum dan ketawa. Emosi yang tak “best” pula seperti lapar, haus, bosan, cemburu, sakit perut, marah atau panas diluahkan dengan cara menangis. ?
Mereka belum “pandai” marah lagi semasa bayi disebabkan bahasa yang terhad. Sebenarnya “pandai” marah juga adalah salah satu perkembangan emosi bagi anak ya, jangan risau. ?
Disebabkan keterujaan dengan emosi baru iaitu marah, mereka jadi pelik dan cuba berlatih meluahkan perasaan marah seterusnya memerhati respon mak ayah. Macam “orang yang baru dapat kaki”, sentiasa nak berlatih. Pantang ada “point” sikit, ada sahaja yang nak dimarahnya, sikit-sikit nak baring di lantai, sikit-sikit nak mengamuk baling barang, semua benda tak kena dan menangis tak tentu pasal.
Anak yang dulunya comel, “behave” dan penyayang, tiba-tiba jadi pemarah apabila masuk umur 18 bulan. Mereka mengalami “mood swing” kerana mereka baru sedar yang banyak cara sebenarnya nak luahkan perasaan bukannya dengan cara menangis dan ketawa. Sebab itu mereka akan cuba pelbagai cara asalkan mereka dapat apa yang dikehendaki.
CARA MENANGANI
Ada banyak cara sebenarnya nak atasi masalah tingkahlaku sebab setiap mak ayah ada caranya tersendiri untuk mendidik anak. Dibawah ini adalah tips mengatasi masalah tingkahlaku daripada saya:
1. AUTONOMI
Mak ayah perlu faham keadaan anak, cuba bayangkan kita di tempat anak di mana situasi kita di negara asing yang perlukan bantuan tetapi semua orang tak faham apa kita cakap. Puas kita menjerit dan buat pelbagai “body sign”, orang lain masih buat muka “blur” dan kadang-kadang buat tak endah. Mesti rasa nak tumbuk dinding kan?
Sama juga seperti anak, mak ayah yang tidak memahami kehendak anak akan menyebabkan anak cenderung mengalami masalah tingkahlaku. Kena faham, anak umur 18 hingga 3 tahun adalah fasa autonomi vs malu/sangsi dalam perkembangan emosi dan sosial. Satu sahaja yang mereka mahukan semasa fasa ini, iaitu autonomi.
Kebebasan untuk bermain sendiri, makan sendiri, pakai baju dan seluar sendiri, pilih baju sendiri, pakai kasut sendiri, makan lauk yang mereka mahu sahaja dan sebagainya. Masa ini anak dah ada makanan kegemaran, warna kegemaran, patung kegemaran dan watak kegemaran mereka. Perlu faham situasi mereka, baru boleh bertindak dengan betul.
Jangan sesekali menghukum sebelum menyiasat kerana ia akan menyebabkan anak menjadi malu/sangsi tak ada keyakinan diri kelak.
2. MINDSET
Walau cuba pelbagai cara, mindset mak ayah masih tak ke jalan yang benar memang semuanya tak akan jadi. Mak ayah perlu tegas yang “NO MEANS NO” semasa menangani tingkahlaku yang tidak diingini.
Contoh situasi:
A) Anak mengamuk tak mahu kemas mainan walaupun sudah pandai kemas, semakin disuruh semakin mengamuk baling mainan.
Kalau sekali mak ayah layankan amukan anak, disuakan handphone, dipeluk, dibuatnya muka kesian malah siap cakap “sorry” dengan anak. Maka, maksudnya mak ayah dah di “manipulate’ dengan anak. Lain kali bila berdepan dengan situasi sama, anak akan buat “trick” sama dan benda ini akan berulang sampai anak jadi “kebal” tak kemas mainan.
Ditambah lagi bila ada “penyelamat dunia”, lagilah anak bertambah “kebal” tak kemas mainan. Mereka akan letak mindset yang “aku tak salah, mama papa yang salah”. Bila anak dah mindset sebegitu dari umur 18 bulan, cuba bayangkan betapa “kebal”nya anak bila dah umur 5 tahun kelak. ?
B ) Anak baring di lantai atau pukul apabila tak dapat apa yang dia nak.
Abaikan dia, jangan dipujuk, jangan dipandang atau dialihkan perhatian kerana anak akan belajar dan mindset yang “kalau nak sesuatu, baring di lantai/pukul”. Maka, situasi ini akan berulang dan berulang lagi.
Apabila anak dah reda dan bangun, beritahu yang perbuatannya salah. Mulakan seawal anak “belajar” cara sebegini bagi membendung masalah tingkahlaku yang semakin serius.
Untuk mengatasi masalah tingkahlaku anak, mak ayah perlu mindset “Kita tak salah, anak yang salah” dan “kita yang bentuk dia, bukan dia bentuk kita”. Jika betul anak buat salah, tak perlu buat muka kesian atau sedih dan tak perlu cakap “sorry” sebaliknya ajar anak minta maaf. Kalau belum pandai sebut “sorry”, ajar anak salam dan cium tangan setiap kali buat salah.
Saya selalu berjumpa kes masalah tingkahlaku dimana mak ayah yang “takut” anak, takut anak nangis, takut anak sedih, takut anak marah, takut anak mengamuk dan sebagainya. Tolong buang perasaan “takut” kepada anak jika mahu menangani masalah tingkahlaku. Jadilah pemimpin anak, bukan dipimpin anak.
3. PERKATAAN KERAMAT
Nak marah anak pun ada caranya. Kalau anak yang umur 2 tahun cukup sekadar guna 1 perkataan keramat seperti “NO” sambil reaksi muka berkerut dan suara yang tinggi sedikit tetapi bukan menjerit atau menengking.
Perkataan keramat ini juga perlu dihadkan penggunaannya, hanya gunakan semasa terdesak sahaja demi memastikan keberkesanan perkataan ini. Kalau setakat anak minum air tumpah sikit ataupun makan tumpah sikit kita dah marah tinggi suara sebut perkataan keramat, lama kelamaan teknik ini dah tak berkesan.
Anak bawah 3 tahun ini bila kita membebel panjang laju-laju pun mereka tak faham, makin membebel makin mereka “mute” suara kita sebab malas nak dengar. Maka, ckap bahasa mudah dan jelas sudah mencukupi.
4. “CRY IT OUT”
Biarkan mereka menangis bila berdepan dengan keadaan di atas sebab menangis adalah cara untuk anak luahkan perasaan. Mereka perlu belajar terima yang tak semua yang kita nak kita akan dapat. Ia dipanggil “frustration tolerance” iaitu ketahanan anak untuk terima kekalahan. “Frustration tolerance” sangat penting dalam perkembangan emosi dan sosial anak contohnya semasa bermain, hubungan sosial dan sebagainya.
Biarkan anak rasa “frust” sekarang supaya mereka dapat hadapi “frust” di masa akan datang tetapi janganlah pula berlebih-lebihan. Risau pula saya, takut ada mak ayah gunakan alasan ini untuk membuli anak.
Dalam ketegasan kita, perlu juga ada kelembutan. Penerimaan “frust” anak juga ada tahapnya, kalau anak umur 18 bulan beri 10 minit “frust” dah mencukupi selepas itu peluklah anak sambil nasihat jangan lakukan perbuatan itu lagi.
5. ALIHKAN PERHATIAN
Sebenarnya teknik ini memang selalunya berkesan, cuma kadangkala anak akan lupa tentang kesalahan yang dilakukan dan cenderung melakukannya lagi. Terutamanya jika alihkan perhatian dengan gadget. Anak tak “feel” rasa bersalah yang telah dilakukan. Tak ada minta maaf mak ayah dah tarik perhatian dia ke arah tempat lain.
6. PUJUK
Kalau anak menangis sebab benda kecil, boleh dipertimbangkan kaedah pujuk. Pujuk dengan cara peluk seluruh badan anak sambil usap-usap kepala anak.
Tapi kalau dah sampai tahap masalah tingkahlaku mencederakan orang lain dan diri sendiri, TAK PERLU PERTIMBANGKAN kaedah memujuk kerana ini maksudnya masalah tingkahlaku anak dah semakin ‘tebal”.
Pujuk bila anak dah reda dari tangisan dan minta anak minta maaf. Salam dan cium tangan sebagai tanda mereka terima kesalahan yang dibuat. Masa ini adalah masa yang paling sesuai untuk mak ayah buat “sosial story” tentang perbuatan baik dan tak baik.
7. “BUSY BAG”
Normal anak bawah 3 tahun memang suka bermain, bila tak dapat main memang mereka akan meragam dan mengundang masalah tingkahlaku yang tidak diingini. Maka, sangat penting untuk mak ayah kenalpasti punca anak meragam.
Kalau sebab nak bermain, memanjat tapi tak dapat seeloknya mak ayah bawa bekal mainan kemana-mana. Boleh google atau cari di pinterest untuk idea busy bag. ?
Kesimpulannya, pokok pangkal untuk mengatasi masalah tingkahlaku adalah mindset mak ayah untuk menjadi pendidik anak dan bukannya “dididik” oleh anak. Tanamkan niat untuk membesarkan anak yang mendengar kata bukannya dengan niat menghambakan anak kepada mak ayah tetapi belajar menghambakan diri kepada Tuhan juga. ❤
Terima kasih, semoga bermanfaat. ?
*Anak yang mempunyai masalah tingkahlaku yang serius selalunya mempunyai masalah sensori sama juga dengan kes anak terlewat percakapan. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang ini memerlukan penilaian sensori dan tingkahlaku daripada occupational therapist bertauliah ?
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...