Musim raja buah ini sesuai sangat buat bubur kacang durian. Tapi kalau nak bubur yang rasanya sedap berlemak dan wangi makan boleh guna tip dan cara yang dikongsi oleh Afy Al Habibi ini.
Tip buat bubur kacang durian yang sedap
Bahan-bahan
3 cawan kacang hijau
3-4 ulas durian
Air secukupnya
2 cawan santan pekat
1 hiris halia
2 helai daun pandan
3 sudu besar guna Melaka atau gula kerek/nisse
Gula pasir secukupnya
1/2 sk garam
Cara membuat:
1. Basuh dulu kacang hijau kemudian rendam lebih kurang satu jam.
2. Selepas sejam buang air rendaman tadi. Masukkan air baru dalam 4-5 cawan dan rebus menggunakan api perlahan sampailah kacang empuk. Nak tahu empuk ke belum, kacang yang empuk sudah kembang bijinya dan lembik bila dipicit. Boleh tambah air jika kacang masih keras.
Ads
3. Selepas kacang hijau empuk, masukkan santan pekat sebanyak 2 cawan. Kalau nak kuah banyak, tambah lagi air dan santan.
4. Seterusnya untuk menaikkan aroma kuah, masukkan sehiris nipis halia dan dua helai daun pandan. Halia dimasukan sekejap saja supaya baunya tak mengatasi daun pandan. Lepas seminit dua dah boleh keluarkan balik.
Ads
4. Masukkan gula melaka sebanyak tiga sudu besar.
5. kemudian boleh asukkan beberapa ulas isi durian kampung.
Ads
6. lagi sedikit gula dan 1/2 sudu kecil garam untuk melemakkan rasa santan. Kkuantiti gula bergantung kepada citarasa sendiri. Biarkan kuah mendidih beberapa kali. Kacau sesekali.
6. Tutup api selepas sebati ke semua rasa. Boleh makan terus, atau buat aiskrim pun sedap menggunakan bubur ini.
Cara memasak kita sehari-hari memang guna banyak minyak. Menjadi masalahnya bila nak buang minyak masak terpakai yang dah hitam legam ni.
Memang boleh jual semula minyak tapi tak semua tempat ada. Nak buang kat singki nanti tersumbat, nak buang kat longkang jadi kotor.
Mahu tak mahu kena buang juga dalam tong sampah. Tapi selalunya minyak akan meleleh dan lagi stres kalau menitik atas lantai. Satu kerja nak bersihkan kembali minyak ni. Renyah betul!
Tapi tip yang dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad ini boleh membantu selesaikan masalah kaum ibu kat dapur.
Guna hardener
Ramai yang tak tahu rupanya ada produk dijual di pasaran yang boleh digunakan untuk membekukan minyak masak terpakai supaya proses membuang bahan ini lebih mudah.
Produk yang dipanggil cooking oil harderner atau pengeras minyak masak ini boleh dibeli di Daiso dengan harga RM5.90, setiap kotak mengandungi 5 pek.
Cara-caranya:
1. Beli “hardener” @ pengeras minyak masak (boleh beli di DAISO RM5.90/kotak ada 5 pek).
2. Panaskan minyak masak dan masukkan hardener.
3. Tunggu sehingga sejuk dan minyak akan membeku.
4. Masukkan dalam plastik ikat kemas dan buang dalam tong sampah.
Jika ada banyak kunyit hidup di rumah boleh gunakan cara ini untuk memastikan ia tahan lama. Taklah terbiar kecut dan membazir.
Memang boleh buat serbuk kunyit tapi renyah sikit. Cara yang dikongsi oleh Linda Mokhtar lebih mudah.
Katanya untuk pastikan kunyit ini tahan lama ia cuma perlu dikisar halus. Kunyit kisar boleh tahan lebih daripada 3 bulan.
Ia boleh digunakan dalam pelbagai masakan yang menggunakan kunyit. Warna kunyit lebih cantik dan kalau digunakan untuk menggoreng ayam, ikan dan sebagai ia lebih wangi dan sedap.
Tapi untuk kisar kunyit ini ada caranya, boleh ikut cara yang dikongsi oleh beliau.
1. Basuh kunyit hidup dan kikis kulitnya. Kemudian potong kecil-kecil.
2. Masukkan dalam pengisar dan tuang sedikit air dan kisar hingga lumat.
3. Masukkan kunyit kisar dalam balang dan letak sekal beberapa asam keping bersama sedikit garam di dalamnya. Bahan inilah yang akan memastikan kunyit kisar tahan lama.
4. Kemudian boleh simpan dalam peti sejuk ruang biasa, bukan bahagian frozen ya. Kunyit ini boleh bertahan lebih 3 bulan dalam peti sejuk.
5. Bila nak guna untuk masakan cuma ceduk saja. Walau pun dah dikisar warna dan baunya kekal asli. Kalau guna untuk masakan goreng memang lebih sedap dan wangi.
Tengok hidangan somtam ini terus buat kita kecur air liur. Memang jadi makanan pembuka selera.
Paling menarik, nak buat pun senang. Hiris semua bahan dan gaul je, dah siap. Tapi waktu nak gaul pastikan guna sos ini, akan cukup semua rasa tak perlu tambah garam gula. Cara membuatnya dikongsi oleh Ameera.
Somtam mangga stail ibu
Ibu gunakan 4 biji mangga.
2. Sagat begini tau, nampak cantikkan. Selera bertambah tambah.
3. Masukkan udang kecil. Ibu beli dekat Perlis.
4. Bawang merah 1 biji. Potong nipis nipis.
5. Cili padi 5 biji, kalau nak pedas letak lebih. Ikut cita rasa.
6. Letakkan sos Thai ni. Kemudian gaul rata ye. Jangan letak gula dan garam dah. Sos ni semua cukup rasa. Simple kan. (Nak beli kat Shopee pun boleh. Klik SINI)
Siap digaul. Kalau suka boleh tambah kacang tanah yang disangat dan ditumbuk.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...