Tip buat cucur udang sedap rangup walau dah sejuk. Cucur udang rangup ini berbeza dari yang biasa. Selalunya kuih ini bulat kembung dan lembut. Tapi yang ini versi rangup tanpa menggunakan yis.
Resipi ini adalah dari peniaga cucur udang sendiri, sekali bancuh lebih 10kg tepung pasti licin. Katanya cucur ini juga takkan jadi bulat sebaliknya leper dan rangup.
Yang menarik, rahsia utama rangupnya bukan bahan pelik-pelik, cuma air sejuk atau ais. Memang resipi ini sangat praktikal untuk yang nak berniaga atau sediakan hidangan petang di rumah. Disarankan makan bersama kuah kacang, barulah ‘padu’ rasanya dia.
Tip Cucur Udang Sedap Rangup
Bahan-bahan cucur
Tepung gandum secukupnya
Udang segar
Kucai – dipotong pendek
Bawang merah – dihiris
Lobak merah – dihiris halus
Serbuk kunyit
Tauge (jika ada)
Air sejuk atau ketulan ais
Garam atau serbuk perasa secukup rasa
Ads
Cara membuat
1. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, udang, kucai, bawang, lobak merah dan serbuk kunyit. Jika ada tauge, boleh tambahkan sekali.
2. Gaul rata semua bahan kering supaya udang dan sayur bersalut dengan tepung.
3. Masukkan air sejuk atau ais sedikit demi sedikit sehingga dapat tekstur adunan cucur yang likat – tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Ads
4. Letak garam atau serbuk perasa secukupnya, kemudian kacau sebati.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Sudukan adunan cucur ke dalam minyak panas dan goreng hingga keemasan.
6. Cucur akan terbentuk cantik dan berkerak rangup di sekelilingnya.
Ads
7. Angkat dan toskan minyak. Sedia dihidang bersama kuah kacang atau sos pencicah.
TIP
Gunakan air sejuk dari peti ais atau campur ais dalam adunan untuk hasil cucur yang rangup lama.
Jangan goreng dalam minyak yang tidak panas, nanti cucur serap minyak.
Udang tak perlu banyak, cukup untuk ada rasa. Yang penting tekstur dan rasa adunan.
Nampak putih macam bihun Singapore tapi bukan sebab bihun ini tak masukkan lada hitam atau pun apa-apa cili.
Tapi yang pasti putih bukan sebarang putih, walaupun tanpa warna tapi bihun ini memang sedap. Terasa rencah-rencahnya. Kalau hidang pada anak-anak pun memang mereka suka.
Bahan-bahan
Bihun
Isi ayam
Bawang putih-diketuk
Pati ayam
Fish ball
Telur
Tomato
Lada putih
Sos tiram
Lobak merah – sagat
Cara membuat
1. Rendam bihun ( jenama Jasmin) dengan air biasa.
2. Rebus isi ada dengan bawang putih, garam dan sedikit pati ayam. Selepas masak tos dan carikkan isi ayam ( kalau nak cepat boleh tumbuk dengan lesung batu saja). Sup atau air rebusan disimpan.
3. Cara masak, goreng dulu fish ball. Ketepikan dan goreng telur buat scramble. Ketepikan.
4. Minyak yang sama masukkan bawang putih sikit dan kalau ada tomato goreng bersama. Letak tomato lagi sedap.
3. Kemudian masukkan sup dan ayam tadi. Masukkan sos tiram dan juga lada putih, kacau.
5. Perasakan dan masukkan bihun yang telah lembut. Ketika ini guna api sederhana, jangan besar atau kecil sangat. Jangan kerap kacau supaya bihun tak patah.
6. Bila nampak air kering masukkan fishh ball dan lobak merah yang disagat.
7. Kacau rata dan rasa, jika tawar boleh tambah garam.
Anak-anak memang suka makan hidangan ayam, kalau boleh hari-hari. Tapi masalahnya kita pun dah buntu memikirkan lauk ayam apa untuk dimasak.
Kalau dah bosan buat ayam kunyit, masak merah, ayam kicap, gulai ayam boleh cuba pula buat ayam masak Palembang. Nampak seakan masak kicap tapi bukan, lebih enak. Memang berbaloi cuba.
Cara buat ayam Palembang
Bahan-bahan
1 ekor ayam
Bahan dikisar
2 biji bawang besar (saiz sederhana)
5- ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Bahan lain
Serbuk kunyit
2-3 tangkai daun kari
1/2 cawan kicap manis
2 senduk cili kisar
2 keping besar asam keping
100ml santan
Minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat:
1. Gaul ayam dengan kunit dan garam, goreng setengah masak dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan cili kisar, tumis sampai pecah minyak.
3. Masukan kicap manis, jika nak lebih hitam tambah kicap pekat. Masukkan daun kari. Tumis sekejap.
4. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa serta asam keping. Gaul sebati.
5. Masukkan ayam dan masak sehingga empuk.Tuang santan dan biarkan mendidih.Jika kering sangat boleh masukkan air sedikit dan biar mendidih. Boleh tutup api dan hidangkan.
Selalu buat puding roti guna roti keping biasa tapi yang ini guna roti yang harga mahal sikit. Sebab itu namanya kayangan. Tapi modal untuk buat hidangan ini taklah mahal mana.
Puding roti coklat ini kalau makan sejuk-sejuk memang terbaik. Nak buat pun mudah, cuma carik roti bancuh dan bakar. Caranya dikongsi oleh Munirah Jasamai.
2. Penyek roti dulu dalam dulang, kemudian lapik baking paper supaya senang nak keluarkan.
3. Pukul 2 biji telur bersama 2 kotak susu coklat. Guna mixer atau apapun boleh janji sebati semua. Kemudian tuang atas roti dipenyek tadi.
4. Biar seketika supaya roti semua terendam kembang dalam susu yang dicurahkan.
5. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dulu dalam 10 minit suhu, 180 darjah Celsius. Selepas itu masukkan puding dan bakar selama 30 minit suhu 180 darjah Celsius.
Macam mana nak tahu dah masak atau tak, tengok susu di permukaan kalau dah keras, bau pun semerbak tanda dah masak. Nak cucuk dengan lidi tengok melekat atau tak pun boleh.
6. Dah siap boleh buat pulak dengan sos creamy. Bahan-bahannya;
1 tin susu cair
1 tin air (sukat dalam tin yang sama)
1/2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
5 sudu gula
7. Masukkan semua dalam periuk, buka api perlahan dan kacau sampai kental. Dah siap, biarkan sejuk dalam peti ais.
8. Bila nak makan, potong puding dan tuang sos di atasnya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...