Ini antara kek yang mudah untuk dibuat dan sedap. Walau pun mudah, tak perlu bakar tapi ada juga yang buat tak menjadi, coklat cair ataupun biskut jadi keras.
Jika nak hasil kek batik cantik, biskut lembut macam kek dan rasa mewah coklat boleh ikut resipi dan juga tip dikongsi oleh peniaga kek batik Tuan Adriana Arissa.
Tengok gambar pun dah tau sedap!
Cara Buat Kek Batik Melting, Biskut Lembut Macam Kek
Bahan kek batik:
600g biskut Marie (patahkan)
200g butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Esen vanila
Bahan untuk topping/ganache:
Ads
100g milk compound
100g dark compound (boleh guna Beryls)
200ml whipping cream
1 sudu besar butter
1 sudu besar golden syrup (optional)
1sdk hazelnut paste (tip supaya coklat sedap macam Cadbury)
Cara membuat:
1. Double boil semua bahan topping atau nak senang masukkan dalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.
2. Masak butter sampai cair, masak kek batik guna api kecil. kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
Ads
3. Masukkan pula Milo dan serbuk koko. Kacau cepat-cepat supaya tak berketul.
4. Seterusnya masukkan telur, kacau dulu supaya rata dan baru masukkan air. Kacau sebati biar sekata.
5. Akhir sekali masukkan biskut. Kacau rata supaya semua biskut bersalut coklat.
Boleh tutup api.
7. Kemudian terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10 inci (alas dulu loyang dengan plastik supaya biskut tak melekat dan senang tarik keluar) dan tekan padat.
6. Tuang chocolate ganache melting di atas kek batik dan simpan chiller selama 4 jam atau lebih sebelum di potong.
Ads
8. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut sebelum senang untuk dipotong.
Tip agar potongan cantik
Pisau yang nak digunakan untuk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan sedap saja.
Orang tua dulu-dulu selalunya ada banyak petua yang diguna dan diturunkan kepada anak cucu. Malah petua-petua mereka ini banyak juga yang logik dan berkesan untuk diamalkan.
Antaranya petua ketika dalam bercucuk tanam. Berikut ini adalah lima petua orang tua lama yang boleh kita amalkan sewaktu menanam pokok.
1. Letak daun atau rumput kering dalam lubang sebelum tanam
Seeloknya waktu kita korek lubang untuk tanam pokok carilah daun daun kering atau rumput kering masukkan dalam lubang tersebut kemudian barulah masukkan biji benih atau pokok yang ingin kita tanam kemudian kambus tanah tersebut.
2. Rendam biji benih dalam air bawang putih
Bagi biji benih pula sebelum ditanam seeloknya rendam semalaman dalam air bawang putih yang telah dikisar untuk menggelakkan biji benih di makan serangga kecil dalam tanah.
3. Semai pokok waktu hampir Maghrib
Jika nak semai pokok melalui keratan petang lakukan waktu lewat petang (hampir Maghrib). Ini kerana ketika sudah hampir malam dan cuaca tidak panas. Jika semai pokok ketika ini pokok kekal segar, takkan layu kerana tidak terkena pancaran matahari.
4. Tanam pokok ikut hari
Orang tua lama juga mempunyai hari-hari tertentu untuk menanam pokok. Boleh juga ikut petua ini;
Ahad : Pokok berbuah kecil seperti limau, rambutan, ciku dan sebagainya.
Isnin : Pokok ubi, ubi kayu, keledek dan sebagainya
Selasa: Sayur sayuran, jagung dan sebagainya.
Rabu : Bunga-bungaan
Khamis : Biji-bijian, kacang, padi
Jumaat : Pokok berbuah besar seperti durian, nangka dan manggis
5. Bakar daun kering bawah pokok
Supaya pokok berbuah lebat, bakar daun-daun kering di bawah pokok, biarkan asap mengenai daun dan ranting pokok. Sebaiknya buat waktu petang. Ini sebenarnya satu cara untuk hindarkan serangan lalat buah dan juga serangga perosak yang aktif pada waktu senja.
Memang kerusi ini old style tapi jangan sesekali buang ya. Rugi, sebab kerusi ini kalau diubah suai memang akan nampak moden dan menyerlah.
Contohnya macam yang dilakukan oleh Ros Diana ini yang sanggup mencari dan membeli kerusi ini untuk diubah suai. Menariknya makeover ini boleh dibuat sendiri.
Kalau di rumah ada kerusi kayu begini, boleh cuba perkara yang sama ikut perkongsian Ros Diana.
DIY makeover kerusi kayu lama
Kerusi ini 100 peratus hasil kerja tangan saya tanpa bantuan suami. Beli kerusi ini pada harga RM200, saya tambah lagi RM50 kerana kesudiaan dia untuk jual. Kerusi ini set banyak 3+1+1+1+1. Ini keadaan kerusi asal.
2. Proses sebelum cat, gosok dulu.
3. Kemudian cat, warna coklat dan bila siap tambah gold leaf di beberapa bahagian untuk kesan menyerlah.
4. Untuk kusyen, saya guna kusyen yang asal. Cuma bahagian belakang ditambah dengan papan plywood supaya lebih kukuh. Kemudian kusyen alas dengan karpet nipis sebelum balut dengan kain jenis velvet. Boleh guna stapler besar untuk proses ini.
5. Untuk buat butang di kusyen sandar, tebuk kusyen dan papan kemudian masukkan butang yang diikat dengan tali butang. Tarik kuat supaya nampak kemas kemudian stapler. Inilah hasilnya bila dah siap.
Bagi yang memelihara kucing akan tahu bagaimana susahnya untuk memberi makan ubat atau pil ketika anak bulus ini sakit. Kecoh satu rumah dan tak kurang juga akan ada tangan yang luka dicakar. Hairannya bila di klinik haiwan senang sungguh kucing ni telan ubat.
Sebabnya, kita tak tahu cara atau teknik yang betul . Bagi korang pelihara kucing cara yang dikongsi oleh Klinik Veterinar Chinta Qaseh Sikamat perlu dipelajari hingga mahir supaya mudah untuk dilakukan ketika kucing sakit.
1. Belai kepala dan dagu kucing.
2. Sambil itu pegang ubat di hujung jari.
3. Pegang bahagian kepala kucing dan dongakkan kepalanya.
4. Pada masa yang sama buka mulut kucing dengan tangan yang sama memegang ubat.
5. Masukkan pil dalam mulut kucing dan terus usap bawah dagunya untuk memudahkan kucing menelan ubat selain menenangkannya. Siap!
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...