Kalau rancang nak masak sup daging hari ini apa kata ikut resipi  sup daging kuah keruh yang dikongsi peniaga sup ini.

Untuk rasa sup yang lebih berbeza Mem EL turut memberikan tip iaitu menggunakan tebu atau air tebu sebagai pengganti gula. Inilah yang membuatkan rasa  luar biasa sedapnya.

Cara buat sup daging kuah keruh yang sedap

Tip Buat Sup Daging Yang Luar Biasa Sedapnya, Letak Tebu!

Bahan-bahan

1 kg tulang
500 daging 500gm
10 ulas bawang rose merah -dihiris
7 ulas bawang putih – dihiris
1 biji bawang holland – dihiris
2 inci halia – dihiris
2 paket kecil rempah sup
1 paket sup bunjut untuk sup tulang
1 ruas tebu yang dibelah dua

Tip Buat Sup Daging Yang Luar Biasa Sedapnya, Letak Tebu!

IKLAN
Cara membuat

1. Bersihkn tulang dan daging.

2. Gaulkan tulang dan daging bersama halia dulu dalam periuk. Masak atas api sederhana sampai air daging kering. Jangan masukkan air dulu.

3. Sambil tunggu air daging kering tumis darat bawang merah, bawang putih dan bawang holland yang dimayang halus sampai naik bau.

IKLAN

4. Masukkan rempah sup, kacau sampai naik bau dan masak. Jangan sampai hangit. Ketepikan.

5. Bila air daging sudah kering, masukkan air serta sup bunjut, sup tulang serta sebatang tebu dibelah dua. Rebus hingga empuk.

6. Selepas empuk, baru masukkan rempah yang ditumis tadi. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Taburkan daun bawang dan daun sup.

IKLAN

Nota: Sekiranya tiada tebu batang boleh tukar dengan air tebu asli. Air tebu ini untuk gantikan gula putih dan rasa lagi sedap dari letak gula.

Tip Buat Sup Daging Yang Luar Biasa Sedapnya, Letak Tebu!
Foto: Facebook Chiryogarden
Untuk kicap cili, kisar cili api, bawang putih dan kicap manis. Masak dengan api kecil selama 1 jam supaya tahan lama dan tak sakit perut.

Selain itu:  Cara Buat Spicy Carbonara Yang Sedap, Gerenti Licin Tetamu Makan. Masak Pun Mudah, 30 Minit Siap!

Selamat mencuba

Sumber: Mem EL

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI