
Kebanyakan kita memang suka dan selalu saja membeli buah oren. Tapi selalu yang buat kita kecewa bila terbeli oren yang masam rasanya.
Berkerut muka nak habiskan limau masam ini, kalau tidak pun kesudahannnya terbiar sehinggalah busuk.
Jadi macam mana nak elak memilih buah oren yang masam? Kami jumpa tip ini yang dikongsi oleh netizen di laman sosial.
Ketika memilih buah oren pastikan anda memilih buah oren yang ada lubang seperti pusat di bawah buah tersebut. Oren jenis ini juga mempunyai lebih banyak jus dan vitamin C.
1. Pilih yang ada lubang/pusat
2. Elak dari memilih buah yang tiada lubang seperti ini.
3. Selain itu hidu bau buah oren tersebut. Sekiranya baunya manis bermakna rasanya juga memang manis.
Kalau esok ke pasar pastikan ikut tip ini ya.
6 Cara Guna Baking Soda Untuk Hapuskan Serangan Perosak Tanaman. Elak Rumput Tumbuh Pun Boleh

Isi Kandungan
ToggleRamai tahu kegunaan baking soda ini untuk masakan tapi selain untuk buat kek dan biskut ia juga berguna untuk tanaman.
Ya, baking soda ini juga boleh menjadi menjadi racun serangga yang selamat untuk merawat tanaman yang diserang serangga perosak. Berikut adalah cara menggunakannya
1. Elak serangan siput
Siput selalunya menyerang tanaman pada waktu malam. Menjelang senja taburkan baking soda keliling tanaman. Otot siput akan hancur jika terkena soda. Tapi pastikan baking soda tak kena pangkal tanaman hanya keliling tanaman.
2. Hapuskan bena putih
Serangan bena putih ini memang selalu berlaku pada pokok sayur. Bena putih ini akan memenuhi daun. Salah satu cara untuk merawat masalah serangga perosak ini adalah dengan membuat campuran menggunakan baking soda seperti di bawah;
-1 sudu baking soda,
-1 sudu minyak
-1 sudu sabun pencuci pinggan cair dan
-4 liter air.
Tuangkan campuran ini ke dalam botol semburan dan semburkan pada tanaman setiap minggu sampai keputihan hilang. Dalam pada itu perhatikan juga kalau ada tanda-tanda melecur kerana beberapa jenis tanaman mungkin sensitif dengan bahan ini.
3. Maniskan tomato
Jika tanam pokok tomato dan mahu hasil buah tomato yang manis, boleh gunakan baking soda. Caranya, cuma taburkan sedikit baking soda pada tanah di sekeliling pokok tomato.
Baking soda yang bersifat alkali, jadi ia boleh merendahkan kadar asid dalam tanah hingga menjadikan tomato lebih manis.
4. Hilangkan masalah kulat hitam/ fungus
Kalau nampak tanaman biasanya pokok kari atau cili mengalami masalah kulat hitam pada daun-daunnya boleh bancuh semburan ini untuk menghilangnya.
Campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 liter air. Masukkan dalam botol dan sembur di bahagian pokok yang terkena jangkitan kulat.
5. Semut hurung tanaman
Masalah semut juga selalu menyebabkan tanam rosak. Semut ini bukan saja ada di pangkal pokok tapi juga menghurung batang dan daun pokok. Bagi mengelakkan serangan semut pada tanaman gunakan cara berikut;
Ambil sedikit gula halus lalu campurkan bersama sedikit baking soda. Semut ini akan mati bila termakan campuran ini. Atau boleh juga buat air semburan seperti langkah no.2.
6. Elak rumput tumbuh celah bata
Bagi mengelakkan rumput tumbuh pada celah atau rekahan bata pada lantai cuma taburkan baking soda pada bahagian tersebut. Ia akan mematikan rumput dan mengelakkan benih rumput tumbuh. Lakukan beberapa bulan sekali.
Sumber: stuff.co.nz & Cherie Sis Noriza
Nak beli baking soda ini secara online pun boleh. Klik SINI
Hebatnya Kesan Amalan Makan Kurma 2 Biji Sehari Untuk Tubuh! Kita Kena Mulakan

Isi Kandungan
Toggle
Kalau anda hanya makan kurma ketika bulan puasa, selepas ini pastikan mengambil makanan sunnah ini setiap hari.
Ini kerana kalau dalam seminggu kita amalkan makan dua biji kurma kesannya sudah luar biasa pada kesihatan tubuh inikan pula jika kita mengambilnya setiap hari.
Dari segi perubatan ini kesan memakan dua biji kurma selama seminggu pada tubuh kita.
1. Hindari masalah jantung
Kurma mengandungi khasiat yang boleh menjaga kesihatan jantung, amalan makan kurma ini sekaligus membantu menghindari dari masalah jantung yang semakin ramai dialami oleh golongan muda.
2. Turunkan risiko strok
Satu kajian dibuat dan mendapati kandungan dalam kurma boleh mencegah dan menurunkan risiko strok.Pengambilan dua biji kurma setiap hari selama seminggu dipercayai menurunkan risiko strok hingga 39 peratus. Hebatkan!
3. Lancarkan sistem pencernaan
Jika anda selalu sembelit atau jarang buang air besar disarankan mengambil kurma. Serat pada buah kurma bukan hanya melancarkan sistem pencernaan tetapi juga menurunkan risiko masalah pada salur pencernaan.
4. Kuatkan tulang dan gigi
Jika tak suka minum susu, paling tidak amalkan makan kurma kerana buah ini kaya kalsium dan zat besi. Ia membantu kita mendapatkan tulang dan gigi yang sihat juga kuat. Kandungan zat besi dalam kurma juga dipercaya mampu menurunkan risiko anemia atau tekanan darah rendah.
5. Elak masalah lupa
Kurma boleh menjadi salah satu makanan terbaik untuk otak. Selain membantu kesihatan otak, ia juga akan mengelakkan risiko penyakit alzheimer dan sukar fokus.
6. Rawat ciri birit
Jika anda selalu mengalami masalah cirit birit, salah satu alternatif untuk mengatasinya adalah dengan mengambil kurma secara rutin. Nutrisi pada kurma yang melancarkan sistem pencernaan juga akan membantu mengatasi masalah ciri birit.
Selain pengambilan kurma, jika mahu tubuh sentiasa sihat, anda wajib menerapkan cara hidup sehat, bersenam, berehat dan minum air secukupnya.
Sumber: www.boldsky.com
Cara Buat Lengat Pisang, Lagi Senang Dari Buat Cekodok. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap

Isi Kandungan
ToggleSelain buat cekodok pisang, pengat pisang untuk makan petang boleh juga ubah citarasa buat lengat pisang. Ia antara kuih tradisi yang jarang kita jumpa sekarang.
Sedap manis berlemak dan cara membuat lengat pisang ini juga mudah hanya menggunakan empat bahan saja. Bagi yang nak cuba boleh gunakan perkongsian resipi daripada Wani Sulinan.
Katanya kuih lengat pisang ini sangat mudah membuatnya, lebih mudah dari buat cekodok pisang. Bahagian putih rasanya seperti tepung pelita dan hanya empat langkah untuk menyediakannya.
Cara buat lengat pisang
Bahan-bahan
1 sisir pisang berangan – resipi asal pisang lemak manis, boleh ikut citarasa
1 kotak kecil santan segera
3 sudu penuh tepung beras
Gula, garam secukupnya
Cara membuat
1) Hiris pisang nipis setiap satu kemudian susun dalam loyang cantik-cantik.
2) Tabur gula atas pisang, buat beberapa lapisan hingga pisang habis.
3) Tuang sekotak santan dalam bekas berasingan kemudian guna kotak yang sama tambah sekotak air. Masukkan tiga sudu tepung beras dan letak garam. Kacau sebati.
4) Tuang semua santan tadi ke dalam loyang pisang. Kukus selama 20 minit. Siap! Makan sejuk-sejuk lagi sedap.
Sumber: Wani Sulinan