
Dalam keadaan cuaca di negara kita yang sentiasa panas ini, cermin mata hitam antara aksesori yang wajib kita ada. Menariknya ia juga sangat membantu dalam menyerlahkan gaya seseorang.
Tapi kalau pilihan cermin mata hitam itu dibuat dengan tepat. Dalam pemilihan kaca mata ini, paling penting diperhatikan adalah bentuknya dan ia perlu disesuaikan dengan bentuk wajah kita.
Jika kena dengan wajah, anda akan tampil menarik malah boleh kelihatan persis selebriti. Bagi anda yang ingin membeli kaca mata hitam boleh ikut panduan ini ya.
1. Bentuk wajah bulat
Cari bentuk kaca mata yang boleh memberi kesan wajah lebih panjang. Pilih kaca mata bentuk bersegi, mata kucing dengan bingkai yang gelap dan bahagian atas tidak menutupi alis.
2. Bentuk wajah bujur
Jangan pilih kaca mata yang besar, sebaliknya pilih bingkai yang panjangnya selebar wajah atau sedikit besar, bentuk empat segi, bulat atau bujur tapi bahagian atas perlu selari dengan alis.
3. Bentuk wajah segi tiga
Pilih bingkai yang agak bulat untuk mengimbangi bentuk wajah. Panjang kaca mata perlu sama dengan wajah dan cari bingkai berbentuk bujur, bulat atau bentuk titisan air.
4. Bentuk hati
Jangan pilih kaca mata yang besar, sebaliknya pilih bingkai cermin mata jenis bulat dengan panjang sama dengan wajah. Pastikan bahagian atas tidak menutup alis.
Bentuk wajah petak
Pilih cermin mata hitam dengan bingkai besar dan bahagian atas yang luas. Bahagian bawah tidak boleh mempunyai garis besar persegi atau tajam.
Sumber: www.brightside.me
Cara Jemur Pakaian Musim Hujan Supaya Cepat Kering

Salah satu masalah bila musim hujan adalah baju yang kita basuh lambat kering. Bagi yang ada mesin pengering mungkin tiada masalah tapi bagi yang tiada boleh praktikkan tip berikut.
Aspek penting untuk memastikan baju yang kita jemur tanpa cahaya matahari cepat kering adalah dengan memastikan cara kita menjemur pakaian adalah betul.
1. Kibas untuk luruskannya
Semasa keluarkan pakaian dari mesin basuh kibas setiap helai sebelum menjemur untuk kurangkan kedutan dan meluruskannya supaya cepat kering.
2. Susun besar atas, kecil bawah
Bila menggantung pakaian, susun pakaian saiz kecil di bahagian bawah dan pakaian lebar di atas supaya setiap pakaian terkena aliran udara.
4. Gantung lurus
Gantung baju secara lurus tanpa ada bahagian yang terlipat kerana kerana bahagian yang terlipat ini akan mengambil masa untuk kering.
3. Jangan tindan
Elak menjemur pakaian secara rapat atau bertindan kerana menghalang aliran udara seterusnya melambatkan pengeringan. Berikan jarak termasuklah jika menggunakan penyangkut baju.
5. Cara jemur pakaian yang berat
Pakaian yang berat sebaiknya tidak digantung kerana ia akan menyebabkan ia makin melebar. Letakkan di atas permukaan yang rata. Mungkin akan ambil masa untuk kering tapi saiznya tidak akan melebar.
6. Baju guna pelembut/pewangi sidai di luar
Biasanya kita membasuh baju menggunakan bahan pencuci yang mempunyai pelembut dan pewangi. Bahan kimia yang terkandung dalam pelembut dan pewangi ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit, pernafasan malah boleh mencetus alahan. Jadi seeloknya sidai baju di bahagian balkoni atau luar rumah yang berbumbung, bukan di dalam rumah.
Sumber: Brightside.me
Kalau Dalam Kereta Banyak Lipas, Guna Cara Mudah Ini. Satu Malam Setel!

Bila selalu makan dan minum dalam kereta kemudian tak dibersihkan memang mengundang kehadiran lipas.
Lagi bahaya bila sedang asyik memandu tiba-tiba nampak lipas dan anak lipas merayap. Boleh terkejut dibuatnya terutama bagi yang takut dan geli dengan binatang ini.
Supaya tak berlaku kejadian tak diingini, masalah lipas ini harus diselesaikan. Salah satu cara paling mudah dikongsi oleh Khushairi Borhanudin.
Dengan modal tak sampai RM10, selesai masalah lipas dan anak lipas yang banyak dalam kereta. Tak perlu guna petua letak minyak mentega yang melecehkan.
Cara mudah atasi masalah lipas dalam kereta
Sekadar berkongsi perasaan puas.
Kereta ada anak kecik macam ni la. Kinderjoy la, cekedis la, aiskrim tumpah lah. Semua diadun sebati atas seat & lantai kereta. Maka datanglah makhluk halus lipas berbondong-bondong buat kenduri kemudian.
Satu malam setel
Saya beli Fumakilla Vape ini dekat Speedmart. Harga tak sampai RM10. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur.
Pagi-pagi inilah hasilnya. Puas hati kutip seekor-seekor. Banyak juga lipas saya jumpa yang sedang bertelur.
Boleh ulang jika masih jumpa lipas dalam kereta. Kalau tak jumpa di kedai boleh juga beli secara online. Klik SINI untuk link di Shopee.
Selamat mencuba.
Sumber: Khushairi Borhanudin.
7 Perkara Ibu Bapa Kena Faham Tentang Kerenah Anak Lelaki. Perkongsian Dari Ibu 3 Hero

Bagi anda yang punya ramai anak lelaki pasti memahami apa yang dilalui oleh Nik Asma Nmr
Punya tiga anak lelaki dia berkongsi kerenah anak lelakinya yang sedang membesar agar menjadi panduan pada ibu bapa lain juga dalam mendidik mereka.
Cara anak lelaki dan perempuan belajar berbeza
Minggu lepas pegi seminar technic reading by Founder Little Caliph, Teacher Fari. Dia ajar technic cepat membaca dan ajar juga perbezaan anak lelaki dan perempuan.
Sedikit tips nak kongsi utk kita para ibu ayah yg ada anak laki.
Jangan sekali-kali bezakan anak lelaki dan anak perempuan. Beza dari segi kepandaian ke, cara belajar ke, mana lagi pandai ke anak laki ke anak pompuan ke, no no. Jangan bezakan. Cara anak laki belajar pun tak sama macam cara anak pompuan belajar. Totally different.
Meh kita baca kat bawah cara anak laki dengan anak pompuan belajar cemana.
1. Anak perempuan bila balik sekolah, kita tanya dia, belajar apa kat skolah, dia blh jawab belajar lukis bunga, belajar abc, sekian-sekian.
Anak laki kalo kita tanya, dia pun jawab entah. Tak pun dia jawab solat. Semalam tanya jawab solat jugak, kelmarin pon solat jugak. Memang takde belajar benda lain ke, haha. Aku try tanya Hamzah, belajar apa kat sekolah, dia jawab belajar makan. Laaaa patutla besar, belajar makan je kat sekolah ye. Hahahaha
2. Anak laki lebih kepada mechanical function.
Tu yg kalau tengok budak2 lelaki, suka melompat, bergerak, berlari. Kadang kita panggil dia suruh duduk sebelah kita sekejap, dia datang duduk, lepas 5 saat dia hilang. Ini memang nature budak lelaki.
Jangan expect dia macam anak perempuan, duduk diam2, baik2, no no. Boys will always be boys. Masa bergerak tulah dia belajar. Perempuan, masa duduk diam tulah dia belajar. Boys oh boys.
3. Anak yang lahir awal dan akhir tahun berbeza
Anak yang lahir bulan 1 dan bulan 12, atau awal tahun dengan akhir tahun, kita tak boleh compare tahap pembelajaran dia, kerana semestinya yang lahir bulan 1 tu dah banyak progress dari yang lahir bulan 12.
Yang lahir bulan 1 tu by the time bulan 12, dia dah boleh berlari dah, yg bulan 12, baru keluar dari perut maknya, terkebil2 pandang syiling. Botol susu pun tak reti pegang lagi takkan nak compare yang dah berlari dengan yang tak pandai pegang botol susu lagi. Haha
4. Sebenarnya anak laki ni bila belajar dia suka benda bergerak.
Dia suka hands-on(pegang2, experiencing benda tu), suka eksperimen. Tak macam girl, girl ni kita bagi latih tubi pun dia boleh siapkan. Boy kita bagi latih tubi, selalunya tak siap. Tapi endingnya, latih tubi tak siap pun last jadi jugak orang, keje jugak kat sirim, eh sirim tetiba.
Haha kesimpulannya, anak laki ni die bukan tak pandai. Dia pandai, tapi learning method dan teaching method untuk anak laki berbeza dengan anak perempuan. Patutla hanzalah tu suka betul main pasir, kalo mandi dalam bilik air tu, habes die campur ubat gigi ngan sabun shampoo sume(habes duit mami nakkkk). Pak dia kata nak jadi ahli kimia kot.
Suka main campur sume benda. Eksperimen kuat sangat. Mainan elok-elok pun dibukaknya sebab nak amik magnet kat dalam mainan. Takpelah hanzalah, dulu mami ayah tak paham. Dah pegi seminar, barulah paham. Patutlah hanzalah macam tu.
Pengajaran no 4 ni, kita nak didik anak kena ada ilmu. Kalau takde ilmu, tu yang jadi nak marah2 anak, tak paham anak, suka melabel anak nakal, padahal sebab ilmu tak cukup.
Hari-hari doa kat Allah mintak nak anak pandai, nak anak pandai bukan Allah bagi *ting* magic. Terus pandai. Tak, tak, tak. Nak anak pandai, terimalah segala macam eksperimen, cubaan itu ini yang dia akan buat, dan main dalam proses Allah nak jadikan dia anak yang pandai seperti doa yang kita minta. *insaf mok
5. Masa belajar, anak perempuan duduk tepi tingkap takpe
Anak laki, jangan bagi duduk tepi tingkap. Ingat tak tadi, anak laki ni dia suka benda bergerak. Tu yang bila cikgu ajar, dia tak boleh fokus, pasal banyak gangguan tepi tingkap, kucing lalu dia pandang, burung terbang dia pandang, lipas, cicak segala jenis binatang dan manusia yg lalu dia pandang.
Tu yg masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Make sure anak laki kita, bila belajar suruh cikgu letak dia kat depan. Tengah2. Haha skema gitu. *kena make sure sg
6. Ada tak kejadian bila kita menjerit panggil anak laki, dia macam buat-buat tak dengar?
Sebenarnya, bukan dia buat- buattak dengar. Dia memang tak dengar. Rasa macam eh tipu takkan tak dengar. Kuat kot bunyi takkanla tak dengar. Ye mmg dia tak dengar. Kajian menunjukkan anak laki tak boleh dengar bunyi yang berfrekuensi tinggi. Jeritan mak tu frekuensi tinggi la tu.
Kalau suara bapak dia yang garau tu, tak yah jerit pun, laju je dia dengar. Macam mencabar keimanan mak je tau, ingatkan pura-pura tak dengar. So mak-mak kalau nak panggil anak laki, memang kena pegi dekat dia, lalu panggillah baik-baik, nescaya dia akan dengar. Tak caye boleh buat eksperimen. Anak pompuan, rasanya dua-dua dia dengar. Hahahah jerit pun dia dengar, pelan pun dia dengar.
*Girls can hear 10x better than boys. Oh no wonder.
Contoh lagi, kalo anak nangis, lagi yg suara nak dekat sama tu, (laki dan perempuan). Mak-mak boleh tau yang nangis tu yg mana. Patutlah, aku boleh tau suara maira ke uzair yg nangis. Dengar suara sekilas sudah ku tahu uzair yg nangis. Tanya suami kito, dia ada ‘kot2’ maira kot, uzair kot. Haha Takpe yang, saya paham dah.
7. Bila kita marah boys suruh keep quite and sit down.
Cuba perati berapa lama boleh keep quite tu. Mesti kejap je, tiba2 5 saat dia start cuit kawan dia. Teacher fari kata tu memang nature dia. Tak boleh duduk diam. Memang macam tu.
Penah tengok tak budak laki hafal quran macam mana, sambil hafal sambil bergerak, makin lama makin nak tunduk, macam nak sujud dah gayanya ke depan ke belakang.Oh patutla…. kadang tengok sampai heran, semua duk menghafal gaya gitu. Sape penah nampak mesti boleh recall. Hahahaha
Ada lagi, penah tengok tak budak laki solat? Kejap cuit kawan, pastu sambung solat, main tolak guna punggungla, tolak kawan sebelah kiri, tolak kawan sebelah kanan. Sampai rasa eh tak leh solat diam ke.
Budak perempuan elok je solat diam. Pakai telekong elok-elok, ikot setiap step. Budak laki, boring jap keluar saf main lari jap, rakaat nak abes, baru dia masuk saf balik. Takut kena rotan ngn ayah lettew.
Kalau girls, masa makan pun duduk elok je, masa rehat, rehat ngan kawan sama, buka bekal, sit down, lepastu TALK, and TALK, and TALK and TALK seperti tiada hari esok.. haha
Sebab tula para suami, korang kena layan isteri bercakap, sebab yeah, girls memang suka bercakap. Thats their nature like forever. Kalau korang tak layan isteri bercakap, tu yg dorang bercakap di FB tu. KRT dan segala jenis mak nenek tu u name it.
Ok sekian, saja share untuk para ibu yang anak boys ramai macam kita ni. Tc Fari pun anaknya 4 boys, patutlah dia paham sangat.
Lepas seminar, aku telah menjadi ibu yang baru. Hhahhaha. Yang lebih paham nature anak. Tiba-tiba anak bising dalam kete, suruh diam. Diam 5 saat, tiba-tiba dengar dorang gelak terkekek-kekek tengah main cuit. Laaaa memang betol tak boleh duk diam sabo jela. Allah hantar anak2 untuk tarbiah mak ayah apa itu erti sabar sebenar.
Sumber: Nik Asma Nmr