Sayur timun antara yang selalu kita beli untuk dijadikan lauk atau ulam. Tapi ada masa timun yang kita beli ini pahit dan tidak berjus disebabkan tidak tahu tip pilih timun yang sedap dimakan.
Supaya kita sentiasa dapat timun segar rangup dan tak pahit boleh guna tip yang dikongsi oleh Nurul Shima ini.
Ads
Timun A
Warna hujung batang hijau muda & lurus, ini tanda yang segar dan rangup. Jika batang timun pejal ‘sado’ , maknanya ia timun ini baru dipetik dan berjus
Ads
Timun B
Hujung batang timun yang berwarna hijau gelap ini pahit! Kalau hujung batang timun sudah agak lembik & nampak berkerut, maknanya timun dudah tersadai beberapa hari dan kurang jus.
Ads
Jika pilih timun yang saiznya agak besar, ia selalunya BERAIR. Tak sesuai kalau nak buat jelatah, salad atau ulam. Sebaiknya cari timun saiz comel sederhana.
Asyik buat ayam goreng kunyit, tak pun ayam goreng celup tepung. Apa kata tukar sikit menu ayam goreng ini.
Kali ini guna bahagian kepak saja untuk buat ayam goreng pedas berempah, Chinese style. Dikongsi oleh Nurul Ateekah katanya keenakan ayam goreng akan terasa di setiap gigitan. Terasa pedas, masin, manis dan rempahnya. Jomlah cuba buat.
Bahan-bahan
8 ketul kepak ayam
1 sudu kecil cuka
1 biji telur(putih sahaja)
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
Minyak masak
Bahan rempah rempah
1½ sudu kecil chilli flakes
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk Sichuan pappercorn
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1¼sudu kecil garam
¼ sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk paprika
Nota: Jika tiada Sichuan pappercorn boleh gantikan dengan serbuk lada hitam. Satukan semua bahan rempah ini.
1. Bersihkan kepak ayam dan tos. Sediakan mangkuk besar dan masukkan kepak ayam, bersama cuka dan 1½ sudu bahan rempah yang digaul tadi. Gaulkan sebati dan perapkan paling kurang 30 minit ke atas.
2. Setelah diperap, campurkan tepung jagung, tepung gandum dan telur ke dalam ayam yang telah diperapkan tadi. Gaul rata.
3. Di dalam periuk atau kuali, panaskan minyak goreng hingga 325F. Minyak harus cukup sehingga kepak ayam dapat tenggelam. Goreng kepak ayam selama 10 minit. Angkat dan tos ayam. Rehatkan kepak ayam sebentar.
4. Panaskan minyak ,kemudian masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi kedalam minyak yang panas dan gorengkan selama 3 minit sehingga menjadi warna keemasan dan rangup.
5. Akhir sekali, angkat ayam tadi kemudian taburkan bersama lebihan bahan rempah tadi gaulkan sebati. Hidangkan.
Kebiasaanya kita akan membuang saja kulit telur yang telah dimasak. Akan tetapi rupa-rupanya kulit telur ini juga ada gunanya.
Dalam satu perkongsian oleh Jatye Atie Christie dalam grup Berkebun Di Rumah memberitahu kulit telur boleh dijadikan baja organik untuk suburkan tanaman.
Menurutnya ia mengandungi (CaCO3) yang tinggi untuk membantu pokok hidup subur dan berdaya tahan penyakit.
Jadi selepas ini basuh kulit telur dan kumpul banyak-banyak sebelum menumbuknya hingga hancur.
Jika tidak mahu ditumbuk, boleh juga gunakan mesin pengisar tetapi risikonya mesin akan menjadi sedikit bercalar.
Atau jika rajin, boleh sangai dulu kulit telur ini sebelum dikisar guna mesin pengisar.
Permenant marker memang selalu kita gunakan di pejabat malah selalu jadi mainan anak di rumah. Paling merimaskan jika terkena pada baju kesannya memang sukar dihilang. Selalunya baju tersebut dibuang.
Sebenarnya ia boleh dihilangkan jika kita tahu caranya malah ada banyak pilihan bahan yang boleh digunakan untuk menanggalkan kesan ini.
Sebenarnya ada banyak cara untuktk hilangkan permenant marker pada fabrik. Anda boleh cuba menggunakan hand sanitizer, aerosol hair spray (penyembur rambut), nail polish remover, cuka, jus lemon ataupun ubat gigi (bukan gel).
Letakkan bahan terbabit pada kain dan menggunakan tuala tekan dan tekap pada kotoran itu supaya bahan tersebut menyerap pada kotoran. Elakkan menggosok.
Letakkan juga tuala lain sebagai alas untuk memastikan dakwat marker tidak terkena pada bahagian lain.
Bagi fabrik seperti satin atau sutera sebaiknya hantar untuk kaedah dry cleaning. Pastikan anda menunjukkan kepada pekerja dobi di mana kotoran tersebut.
Jika marker terkena pada perabot kayu boleh gunakan mentega kacang atau ubat gigi sebagai agen pembersih. Letakkan mentega kacang pada kotoran dan gosok. Sebelum itu uji dulu penggunaannya pada bahagian perabot yang terlindung untuk memastikan ia tidak menjejaskan warna perabot.
Jika marker terkena kepada kasut atau beg kulit misalnya pastikan anda bertindak pantas ya. Gunakan aeresol hairspray, cuka putih atau pun krim pelindung cahaya matahari untuk hilangkannya. Tekan dan tekan atau sembur bahan terbabit pada kotoran sehingga kotoran keluar dan lap.
Dinding
Jika anak menconteng marker pada dinding, cuba gunakan bahan sama ada aerosol hairspray, ubat gigi (bukan gel), ataupun lemon.
Letakkan bahan pada kotoran dan gosok tapi jangan terlalu kuat untuk mengelakkan kesan marker ini merebak. Sebaiknya gunakan teknik tekan secara lembut menggunakan tuala.
Karpet
Gunakan cuka, aerosol hair spray atau krim pencukur. Letak bahan ini pada kotoran dan tekan lembut. Apabila kotoran keluar tekan sekalu lagi menggunakan tuala lain untuk membersihkannya. Selepas itu boleh juga teknik melapik permukaan karpet dengan tuala dan gosok dengan seterika untuk mengangkat kotoran.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...