Antara pokok limau yang biasa kita tanam di rumah dalam pasu adalah limau kasturi. Banyak kegunaan di dapur jadi memang berbaloi tanam, harganya pun mahal.
Jika memang dah sedia tanam di rumah tapi buahnya kurang atau tak berbuah mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Muspirah Samat.
Hanya guna baja yang dibancuh sendiri menggunakan minuman probiotik dan telur hasilnya pokok berbuah limau kasturi lebat hingga tunduk dahan. Lagi menarik pokok juga berbuah sepanjang tahun katanya.
Tip pokok limau kasturi berbuah lebat sepanjang tahun
Tanam limau kasturi, berbuah sepanjang tahun. Lebat hingga menunduk batang. Dah macam padi pun ada. Makin berisi makin menunduk.
Banyak sudah yang dipetik buat makan, basuh ikan, gugur sebab terlebih masuk pun ada. Sekarang pokok ini keluar bunga baru pula. Alhamdulilllah syukur.
Ramai yang tanya tip yang dipraktikkan, caranya saya amalkan baja bancuhan sendiri menggunakan Yakult dan telur.
Cara bancuh:
1. Ambil sebotol Yakult dan bancuh dengan 2 biji telur. Peram bancuhan ini selama seminggu.
2. Cara penggunaan Air: baja Yakult nisbah, 5: 1 lebih kurang. Sembur awal pagi atau lewat petang.
Cara saya jaga pokok ikut masa yang ada, baja sebulan sekali. Selain baja Yakult, siram juga air beras, air basuhan ikan boleh juga guna semburan cuka kayu.
Satu ketika dulu ramai yang menggunakan wallpaper di rumah kerana mengikut trend. Tapi bila dah lama wallpaper pun dah rosak, kita pun rasa nak tukar deko atau cat baru.
Masalahnya, nak tanggalkan wallpaper ini memang kerja remeh. Silap cara atau salah tarik dengan cat sekali tertanggal. Lagi sakit mata ada pula kesan gam tertinggal kat dinding.
Bagi korang yang nak tanggalkan wallpaper di rumah, tip dikongsi oleh penyampai radio Shah Gegar ini sangat membantu.
Katanya untuk tanggalkan wallpaper dengan mudah cuma guna semburan air dua bahan ini, wallpaper akan mudah ditarik tanpa tanggalkan cat.
Cara mudah tanggalkan wallpaper
Bahan yang diperlukan:
Botol penyembur
Cecair pelembut pakaian (Softlan)
Scrapper plastik
Air panas dan air paip
Cara-caranya:
1. Tuang Softland dalam botol penyembur, tak perlu banyak kuantitinya.
2. Kemudian campur dengan air panas diikuti dengan air paip.
3. Tarik wallpaper yang sudah tertanggal.
4. Kemudian sembur air bancuhan tadi pada wallpaper yang tertinggal. Biarkan ia kembang seketika.
5. Bila wallpaper dah kembang cuma tarik ke bawah dan ia akan tanggal dengan mudah tanpa menanggalkan cat. Memang senang.
Nampak senang tapi nak gantung gambar pada dinding rumah tak semudah yang disangka. Susunannya perlu dirancang dengan teliti supaya nampak kemas.
Jika anda berhasrat menghias dinding sempena raya ini namun belum ada idea, jadikan 6 stail ini sebagai panduan. Tak perlu ragu kerana hasilnya memang cantik.
Bagi memudahkan anda dan hasilnya juga cantik, 6 stail gantung gambar pada dinding ini boleh dijadikan panduan.
1. Spiral
Mulakan dengan meletak satu bingkai di tengah dan atur bingkai selebihnya dalam bentuk melingkar atau mengelilinginya. Pastikan jarak antara bingkai adalah sama.
2. Centered
Pilih satu atau dua bingkai untuk dijadikan titik tengah. Atur bingkai lain di kiri dan kanannya.
3. Outer Align
Pilih satu bingkai gambar yang besar, seterusnya atur bingkai gambar yang lebih kecil di setiap penjuru.
4. Reflection
Letakkan bingkai gambar pelbagai saiz sederet, kemudian ulang teknik yang sama pada bahagian bawah.
5. Staircase
Ini susun atur gambar untuk diletakkan di bahagian tangga. Setiap bingkai diatur dalam keadaan menaik walau apa jua saiznya.
6. Nine square
Ini merupakan aturan paling mudah. Hanya susun sembilan bingkai gambar dengan saiz yang sama dalam bentuk segi empat.
Daun kesum selalu kita gunakan dalam masakan, sebab itu ramai yang tanam pokok ini di rumah. Cuma ada juga yang merungut pokok kesum tak hidup lama, baru besar sikit dah layu kekuningan dan mati.
Sebenarnya pokok kesum antara yang mudah ditanam jika betul caranya. Bagi yang selalu tak menjadi tanaman pokok kesum boleh ikut pula cara penanaman yang dikongsi oleh MOhd Fadzil. Ia juga cara mudah dan cepat untuk biakkan pokok kesum.
Tip mudah dan cepat biakkan pokok kesum
Daun kesum banyak di gunakan dalam masakan harian. Guna pun sikit-sikit saja daunnya. Elok di tanam di tepi rumah mudah bila nak buat laksa utara atau pun asam pedas. Saya suka aroma daunnya yang segar dan pohon renek ini banyak khasiatnya.
Pokok kesum ini mudah ditanam jika betul caranya. Tumbuhan ini suka tempat yang berair dan mengalir. Ada dua jenis pokok kesum, satu jenis menjalar dan satu lagi menegak.
Saya asalnya ada satu polibeg tumbuhan ini di tanam tepi rumah. Kemudian saya guna teknik mudah dan cepat ini untuk banyakkanya.
Caranya senang saja,
1. Ambil ranting/ keratan pokok kesum yang panjang kemudian tanam dalam pasu atau bekas kecil berisi tanah.
2. Siram 2-3 kali sehari. Selang 4-5 hari akar akan mula tumbuh pada ranting yang ditanam.
3. Selepas 10 hari akar semakin banyak dan ranting yang berakar ini boleh dialihkan ke pasu lain.
4. Alhamdulillah dah ada banyak polibeg yang dibiakkan dengan cepat guna kaedah ini. Musim hujan memudahkan lagi tak perlu siram tiap hari.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...