Pokok bunga matahari ini biasanya ditanam bukan kerana mahukan kuaci semata-mata tapi lebih kepada seronok melihat bunganya yang besar dan cantik.
Satu kepuasan jika pokok ini membesar dengan elok dan kembang bunganya. Kalau ada yang nak mencuba tanam pokok bunga matahari untuk menghiasi laman boleh ikut tip yang dikongsi oleh Mohd Shaifful.
Langkah 1 – biji benih digaul dengan racun kulat
Dapatkan biji benih bunga matahari. Pilih benih yang dijual bermutu tinggi yang siap di gaul racun kulat. Jika anda dapat dari kawan pastikan benih dijemur kering.Tujuannya ialah untuk membunuh kulat dan bakteria yang ada pada biji bunga matahari.
Langkah 2 – Semai guna tanah gembur
Untuk penyemaian pula, memerlukan tanah sebagai media tanaman. Pilih tanah yang gembur dan sebaik-baiknya yang telah dicampur dengan baja kompos. Seperti tanah organik. Siram tanah sebelum semai.
Ads
Benih boleh disemai terus dalam pasu, polibeg, bekas. Untuk lebih mudah dikendalikan. Semai benih dalam tray semaian atau bekas. Tekan benih yg hujung tajam nya menghadap ke bawah. Tekan sehingga benih tengelam.
Langkah 3 : Bila ada 6 helai daun pindahkan
Setelah anak benih tumbuh setinggi sekitar 4cm hingga 6cm dengan 6 helai daun, barulah dipindahkan ke dalam pasu besar yang mengandungi tanah gembur tadi atau boleh juga ditanam terus ka atas tanah.
TIP PENTING. Pastikan tanah yang digunakan betul2 subur dan pokok di baja 2 kali sebulan supaya bunga terbentuk sempurna dengan kelopak penuh dan tidak jarang.
Jika ditanam di atas batas, jarakkan satu anak benih dengan anak benih yang lain.Tujuannya supaya anak-anak pokok tersebut mempunyai ruang yang cukup untuk tumbuh dengan subur.
Selepas alih anak pokok ke dalam pasu. Letak tempat redup sementara waktu untuk pokok pulih dari kejutan semasa dipindahkan. Selepas itu letak anak pokok di bawah sinaran matahari. Baja 2 minggu sekali. Siram 2 kali sehari pagi dan petang.
Langkah 5 – Kena letak racun jika ada serangan perosak
Kawalan perosak. Belalang , beluncas dan siput merupakan musuh utama pokok bunga matahari. Jika ada serangan. Boleh guna racun brogard untuk atasi serangan belalang dan beluncas.
Ads
Langkah 6 – berbunga lebih kurang 2 bulan
Bunga matahari biasanya berbunga ketika sudah mencapai usia lebih kurang dua bulan. BESARNYA CIPTAAN ALLAH semua pokok bunga matahari akan menghadap ke arah sumber cahaya matahari pagi ketika berbunga. Selepas kira-kira 3 bulan pula, biasanya tunas cabang bunga baru mulai tumbuh pada pokok.
Langkah 7 : Bila bunga dah kering boleh cantas
Selepas bunga menjadi kering. Boleh lah cantas dan asingkan benih dari bunganya. Beratus benih baru sedia untuk disimpan dan ditanam. Pastikan benih di keringkan sebelum disimpan.
Penyakit kanser memang cukup kita geruni tapi malangnya ketika ini ramai yang menghidapinya.
Antara punca kanser pula adalah cara pemakanan kita tapi pada masa yang sama sumber makanan juga boleh menghalang sel kanser.
Ini kerana ada jenis-jenis sayuran yang dibuktikan mampu bertindak sebagai antikanser. Perkara ini dijelaskan Dr. Suri Roowi yang juga Pakar Antioksidan MARDI.
Menurut beliau dalam satu sesi temuramah di stesen radio IKIM, ada kajian yang telah membuktikan perkara ini.
4 kategori sayur antikanser
“Kalau rujuk dalam jurnal yang diterbit di Kanada 2009, yang mengkaji kesan sayur pada pertumbuhan sel kanser saintis telah membahagikan jenis sayuran antikanser ini kepada 4 kategori:
1. Aktiviti antikanser paling kuat iaitu sayur brussel sprouts, kobis hijau, ungu dan kerinting, bawang, bayam.
2. Aktiviti antikanser yang tinggi iaitu asparagus, brokoli, kobis bunga.
3. Aktiviti antikanser yang sederhana iaitu saderi, terung.
4. Aktiviti antikanser yang sederhana iaitu timun, lobak, kentang dan tomato.
Bagi sayur kobis, mungkin tak semua selesa untik mengambilnya. Ada yang mengalami masalah kembung bila makan kobis. Ini disebabkan dalam kobis terdapat gula yang dipanggil raffinose.
Teknik basuh sayur guna garam
Dalam pada itu bagi memastikan sayuran yang kita ambil ini bebas daripada racun yang juga boleh menjadi punca kanser beliau menyarankan kita membasuh sayur dengan beberapa cara.
“Terdapat kajian mengenai teknik pembasuhan sayur yang sesuai. Kita boleh menggunakan cuka. Dengan hanya menggunakan satu sudu cuka saja ketika membasuh sayur kandungan racun pada sayur menurun berbanding menggunakan air.
“Tapi cara terbaik dan termurah adalah menggunakan garam. Masukkan 20gram garam dalam satu liter air untuk membasuh sayur. Rendam selama minit dan bilas. Insya-Allah 95 peratus racun pada sayur akan dikeluarkan.”
Tandas dan bilik air kita gunakan setiap hari. Kalau dibiar seminggu, dua minggu atau berbulan tidak dibersihkan, anda akan ‘azab’ nak mencucinya nanti. Mungkin perlu sejam untuk menyentalnya.
Supaya jimat masa dan tenaga kita boleh guna tip yang dikongsi oleh Fizan Rahman bagi membersihkan bilik air di rumah.
Tip mudah bersihkan bilik mandi dan tandas
Setiap tip yang diberikan sangat berguna untuk anda jimatkan masa membersihkan ruang yang sangat penting dalam rumah. Jom tengok.
Tip1: 5 minit setiap hari
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah. Anda boleh melakukannya sebelum anda mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span atau berus dan gosok dinding, sinki serta lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.
Tip 2: Tuang peluntur dan biarkan selama sejam
Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.
Tip 3: Seminggu sekali bersihkan dinding dan lantai
3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus
Mudah saja kan? Bila amalkan tip ini, barulah tandas dan bilik mandi sentiasa bersih. Kita pun tak perlu ambil masa lama nak basuh tandas dan bilik mandi. Senang je rupa-rupanya.
Nasi sejuk selain dari buat nasi goreng, letak dalam cucur kita juga boleh buat apam nasi.
Ada dua cawan lebihan nasi pun dah boleh buat apam nasi. Caranya boleh ikut perkongsian Rashida CikDa. Lagi mudah resepi ini guna sukatan cawan saja, hasilnya memang lembut dan gebu.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...