Tip Tanam Kangkung, Kalau Nak Pokok Besar Daun Lebar Begini Cara Tabur Biji Benih

Share

Laman ada ruang sikit dan teringin nak bercucuk tanam. Kalau begitu usahakan buat petak kecil di halaman dan tambun dengan tanah. Macam-macam boleh tanam.

Sekiranya baru nak cuba, boleh tanam kangkung dulu. Caranya boleh ikut perkongsian Zak Sujud.

Jika nak kangkung berdaun lebar, pokok besar boleh praktik tip ini waktu tabur benih.

1. Sediakan biji benih kangkung. Ini beli di Shopee. Tak semua akan tumbuh atau tumbuh cantik bila di tanam. Rasanya dalam 80% saja akan tumbuh cantik.

2. Siapkan batas. Kedalaman dalam 10 inci. Lubangkan berbaris jarak 6 inci, isi tanah hitam. Tabur benih dalam 30 biji setiap baris dan tutup dengan tanah hitam lagi.

TIP kalau nak pokok besar-besar dan daun lebar jarakkan lagi lubang atau kurangkan bilangan biji benih (jangan tanam rapat).

3. Ratakan batas. Siram setiap hari kecuali hujan. 

4. Selepas seminggu lebih.

5. Ini usia dalam 2 minggu.

6. Usia kangkung 3 minggu.

7. 4 minggu… dah boleh petik untuk buat kangkung goreng belacan. Boleh goreng berkali-kali.

Semoga bermanfaat.

Link kalau nak beli biji benih kangkung dan lain-lain https://invol.co/cla8hmm

Sumber: Zak Sujud.

IKLAN