Pokok kucai antara tanaman yang senang membiak jika betul penjagaannya. Tengok sajalah hasil pokok kucai Rabihah Ahmad ini. Banyak dan merimbun walaupun asalnya satu pasu saja. Beliau juga turut berkongsi cara penanaman kucai yang dibuat dalam pasu saja.

Cara dan tip tanam kucai

Tip Tanam Kucai Dari Sepokok Sampai Jadi Berpasu-pasu. Pastikan Tak Kena Cahaya Lampu Malam

Tanam kucai belakang rumah, dalam pasu. Pokok paling berjasa, dah 20 tahun masih setia ngan kita. Dari satu pasu kini berpasu-pasu. Kucai ini saya tanam dari ubi kucai bukan dari biji benih.

Cara tanam kucai

1. Pemilihan tanah pastikan tanah yang peroi. Maksudnya tanah yang tidak simpan air dah mudah gembur. ( Atau boleh juga beli tanah nurseri 6+1 + 20% sabut kelapa + tinja ayam. Gaul sekata).

2. Masukkan tanah dalam polisterin dan tanam ubi kucai. Siram dengan air. Biarkan seminggu, kemudian boleh alih anak kucai ke pasu. (Klik SINI untuk beli ubi kucai di Shopee)

IKLAN

Tip Tanam Kucai Dari Sepokok Sampai Jadi Berpasu-pasu. Pastikan Tak Kena Cahaya Lampu Malam

3. Baja pokok kucai sebulan 2 kali. Boleh guna baja organik, jika guna baja kimia tanah mengeras (klik SINI untuk beli baja). Boleh juga guna baja tinja ayam. Ambil segenggam larutkan dalam air dan siram pada pokok kucai.

3. Bila kucai dah terlalu padat, kena rajin biakkan. Terlalu padat dalam pasu nanti kucai tak gemuk.

IKLAN

Tip Tanam Kucai Dari Sepokok Sampai Jadi Berpasu-pasu. Pastikan Tak Kena Cahaya Lampu Malam

4. Letak pokok kucai pada pendedahan matahari dari pagi sampai petang. Jangan letak kucai di kawasan ada cahaya lampu malam untuk elak kucai berbunga, nanti daun kucai akan jadi kurus-kurus.

5. Siraman air memadai sekali sehari.

IKLAN

6. Tuai pokok kucai 2 minggu sekali. Jangka hayat kucai lebih dari 5 tahun.

Tip Tanam Kucai Dari Sepokok Sampai Jadi Berpasu-pasu. Pastikan Tak Kena Cahaya Lampu Malam

Selamat mencuba.

Sumber: Rabihah Ahmad

Selain itu:  Bila Pemaju Minta Ambil Kunci Rumah Yang Dah Siap, Sila Bawa Salinan S&P Untuk Periksa Rumah Ikut Specification Atau Tidak!
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI