Daun sup memang selalu kita guna dalam masakan, jadi kalau tanam di rumah memang elok sangat. Kalau tiada anak benih dari pokok induk kita cuba tanam dari biji benih.
Bagi memastikan pokok daun sup ini elok subur dan tak mati ada penjagaan yang perlu kita ikuti. Kalau dijaga baik, pokok boleh hidup hingga 2 tahun.
Tanam pokok sup dari biji benih & penjagaannya supaya kekal subur
Foto: Facebook Ardi Tani1. Sediakan tapak semaian, jika boleh gunakan tray semaian yang banyak dijual.
2. Sediakan benih, rendam selama satu malam (10 jam) dengan air paip, jika air tanpa klorin lagi baik untuk mengaktifkan benih supaya mudah bercambah.
Tujuan rendam supaya kesemua benih mudah bercambah. Jika tidak mahu rendam tidak mengapa boleh terus tabur.
3. Toskan benih dengan tisu atau alat tos yang berlubang halus.
Ads
4. Basahkan tanah, semai biji benih daun sup (biji benih daun sup kecil jadi perlu bersabar semasa semai kerana benih halus).
Tutup dengan lapisan nipis tanah, siram benih dengan berhati-hati gunakan spray halus, kemudian tray semaian atau bekas semai tadi letak di kawasan redup. Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.
5. Sekali lagi diingat tanam pokok daun sup kena bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10 hari ke atas, paling lama 2 minggu. Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai, jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.
Ads
6. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh dialihkan ke pasu atau bekas, letakkan tempat redup yg tidak terkena cahaya matahari yg terik.
7. Kerana pokok tumbuh dengan lambat, pokok yang dijaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun.
Ads
8. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup , siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering bolehlah siram dengan sedikit air.
9. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup akan mudah layu dan mati.
10. Baja sebulan sekali atau mengikut keperluan. Sekali sekala siram dengan air basuhan beras kerana pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.
Nak makan donut tapi orang dalam rumah dua orang saja. Tak berbaloi buat banyak sampai sekilo tepung.
Kalau macam tu boleh buat donut guna sukatan secawan tepung ini. Sesuai untuk makan seorang dua saja. Sebab hasilnya dapat dalam 8 biji saja tapi yang pasti donut tetap gebu dan lembut.
Resipi donut secawan tepung
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum (cawan metrik)
1 biji telur
1 sudu kecil yis (sudu KFC)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam
Cara membuat:
1. Campur semua bahan, gaul dan uli sekejap.
2. Kemudian masukkan 1/2 sudu besar marjerin. Jika doh melekit, tambah 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin. Perap 1 jam.
3. Selepas satu jam, bahagikan doh kepada 8 atau 10 bahagian kecil.
4. Buat bentuk bulat dan lubangkan di tengah.
5. Perap lagi selama 30 minit, kemudian bolehlah digoreng.
6. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
8 biji rasa macam banyak jugak? Jangan risau. Kecik saja donatnya. Makan suami isteri sambil duduk depan TV, tak sedar dah habis.
Sekarang dah masuk musim buah, antaranya termasuklah buah manggis. Buah yang isinya ada rasa masam manis ini memang sedap. Tapi lepas makan isi buah manggis, kulitnya jangan buang. Masih ada gunanya.
Kulit manggis ini boleh diguna semula untuk hasilkan racun organik yang lebih selamat untuk tanaman. Racun organik ini boleh mengatasi masalah tanaman yang diserang pelbagai serangga perosak.
Cara membuat racun organik dari kulit manggis ini juga mudah dan tak perlu banyak pun. Ada lebih kurang 10 biji kulit dah boleh buat. Kaedahnya ditunjukkan oleh Mie Othman. Berikut panduan beliau.
DIY racun organik dari kulit manggis
Foto: Suhaila Sanaip via Berkebun D Rumah
Racun organik yang dibuat sendiri daripada kulit manggis ada banyak khasiat. Boleh atasi pelbagai masalah pokok yang terkena serangan perosak termasuklah bena/white fly, lalat buah, ulat, kumbang pemakan daun, semut dan lain-lain.
Caranya
1. Ambil kulit manggis lebih kurang 10 biji lalu jemur sehingga kering.
2. Selepas kering, rendam dalam satu baldi air (6-7 L) selama 1 minggu.
3. Selepas siap rendaman selama seminggu tapis & ambil airnya.
4. Cara penggunaan campurkan 1L air tanpa klorin dengan 10ml air manggis.
5. Masukkan dalam botol spray, buat kawalan sembur 2 kali seminggu.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...