Hidangan berasas petai memang jadi kegemaran ramai. Walaupun harga agak mahal tapi tetap dibeli. Jadi berbaloi juga jika nak tanam sendiri terutama kalau kediaman ada tanah yang luas untuk bercucuk tanam.
Jika ada yang nak cuba tanam boleh praktikkan juga petua yang dikongsi oleh Mayour Garage ini. Dipraktikkan oleh bapanya semasa menanam pokok petai hasilnya saiz buah yang dihasilkan besar-besar dan pokoknya berbuah rendah. Sambil bersila pun boleh petik.
Tip tanam pokok petai, bersila pun boleh petik
Ads
Pokok petai bapakku, sambil bersila pun boleh petik.
Petuanya masa pokok baru nak naik dulu bapak akan buang pucuk bahagian atas dengan kaedah pulas.
Ads
Tanam kena berjarak dengan pokok lain, supaya pokok tak berebut dengan pokok lain supaya tak meninggi.
Ads
Baja guna baja buah la kot, buahnya pun besar-besar.
Cara hapus masalah lalat perlu dilakukan terutama sekali bila kehadirannya banyak di bahagian dapur.
Nak guna penyembur dah tentu tak sesuai kerana bahagian ini adalah tempat penyediaan makanan sekeluarga. Salah satu cara selamat yang boleh kita praktikkan untuk menghapuskan masalah ini adalah dengan membuat perangkap lalat.
Boleh cuba kaedah buat yang dikongsi oleh Syafiq Wazan ini. Bukan saja mudah dan murah tapi mesra alam kerana tidak menggunakan bahan Kimia. Caranya hanya menggunakan rendaman kulit pisang.
1 botol plastik 1.5 liter
¾ – 1 cawan gula
¾ – 1 cawan cuka (apa-apa jenis, yang murah pun boleh)
1 kulit pisang
Air suam secukupnya
1. Masukkan kulit pisang ke dalam botol.
2. Tambahkan gula dan cuka.
3. Tuang air suam hingga ke paras didalam gambar. .
4. Tutup botol dan goncang campuran supaya sebati. Lalat tertarik dengan bau fermentasi dan manis dari campuran ini.
5. Gantungkan botol ini di tempat terbuka — pokok, pagar, atau tiang, guna dawai (bukan tali, sebab tupai boleh gigit). Gambar kiri.
6. Bila dah penuh (seperti gambar kanan), tutup dan buang ke dalam tong sampah.
Kalau Pintu Rumah Jenis Tombol, Elok Tukar. Doktor Jelaskan Sebabnya
Pintu rumah jenis tombol sebenarnya kurang sesuai terutamanya di rumah ada warga emas, ahli keluarga OKU atau kanak-kanak.
Alasannya boleh ikut perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini. Semuanya demi kemudahan dan keselamatan golongan di atas.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik atau rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
▪️ Lebih mesra warga emas ada masalah sendi
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
▪️ Mudah diguna oleh kanak-kanak
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
▪️ Tombol sukar pulas jika tangan basah
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombol menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
▪️ Boleh diguna OKU yang tiada jari atau sebahagian tangan
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
▪️ Kegunaan ketika keadaan genting
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Pilih untuk pili juga
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibubapa kita pun akan selesa.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...