Keadaan jerebu di negara kita beberapa hari ini nampaknya belum pulih lagi dan Kebanyakan daripada kita dah mula pakai topeng muka untuk mengelak dari terhidu partikel bahaya dalam jerebu yang berterbangan.

Tapi masalahnya ramai yang mengenakan topeng muka yang tidak sesuai iaitu memakai topeng muka untuk pembedahan.

Topeng Ini Paling Sesuai Waktu Jerebu, Bukan Pakai Surgery Mask

Perlu diketahui topeng jenis ini sebenarnya tak mampu memberi pelindungan yang sempurna ketika jerebu.

IKLAN
  • Topeng pembedahan walau pun mempunyai tiga lapisan (biasanya hijau atau biru dan lebih tebal) tapi tidak mampu menapis gas toksik dan partikel halus berukuran tidak melebihi 2.5 mikron.
  • Ia mungkin mampu memberi perlindungan daripada partikel lebih besar yang boleh menyebabkan kegatalan.
  • Topeng ini juga boleh menjadi lembap bila pengguna batuk atau bersin dan ia tidak lagi berkesan kerana ia hanya boleh bertahan paling lama selama 30-60 minit. Oleh itu ia perlu diganti dengan sangat kerap.

Ada juga yang memakai topeng yang diperbuat daripada kain pula adalah tidak digalakkan sebagai perlindungan daripada jerebu tetapi ramai yang menggunakannya disebabkan ia murah dan boleh dibasuh serta diguna semula.

Pakai topeng N95

Topeng Ini Paling Sesuai Waktu Jerebu, Bukan Pakai Surgery Mask

Topeng muka yang disaran untuk kegunaan jerebu adalah topeng jenis N95. Topeng jenis ini mampu menapis sekurang-kurangnya 95 peratus partikel yang berukuran 0.3.

IKLAN

Ia lebih berkesan sekiranya dipakai dengan sempurna mengikut ukuran muka. Namun begitu topeng jenis ini mungkin tidak selesa dipakai oleh kanak-kanak dan juga mereka yang berjanggut.

Risiko kalau tak pakai topeng

Bagi individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru, partikel jerebu ini juga boleh mengundang risiko yang lebih bahaya kepada mereka.

Bukan itu sahaja, kesan asap jerebu ini juga boleh mendatangkan kesan sakit kepala, pening, keletihan atau tekanan selain fungsi paru-paru merosot, menyekat saluran pernafasan, sakit dada, sesak nafas dan radang paru-paru.

IKLAN
Selain itu:  Kalau Nak Cepat Buat Nasi Goreng Chili Flakes Ini. Tak Perlu Tumbuk Apa-Apa Tapi Hasil Sedap!

Manakala kesan jangka panjang pula, ia akan mempercepatkan proses penebalan arteri berbanding orang lain. Selain itu menjadi punca penyakit vascular, meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dan mengurangkan jangka hayat dari tempoh beberapa bulan ke beberapa tahun.

Malah ia juga boleh menyumbang kepada penyakit kencing manis dan keguguran serta-merta, berat bayi di bawah kadar biasa dan kecacatan ketika kelahiran bayi atau kematian bayi.

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI