Masalah biasa kipas siling di rumah, bila dah lama guna ia akan berputar perlahan. Walaupun letak kelajuan pada tahap nombor 5 tapi putarannya lemah gemalai.
Kebiasaan bila berdepan masalah ini kita akan tukar saja dengan kipas baru. Tapi sebenarnya tak perlu pun beli baru, kita cuma perlu tukar satu alat saja yang dinamakan kapasitor untuk memastikan kipas berputar seperti biasa. Alat ni boleh dibeli di kedai elektrik atau hardware.
Cara menukar kapasitor ini bolehlah mengikut langkah yang dikongsi dalam Faceboook Ilham Dekorasi
Kebiasaannya bila kipas lama, letak speed 5 pusing macam angin sepoi-sepoi bahasa aje..
Rupanya tak perlu tukar kipas, tukar capacitor sahaja! Capacitor ni macam hos, kalau tak elok, air akan leleh je keluar. Tapi kalau bagus, air memancut keluar, arus padat.
Cara tukar kapasitor
Saya kongsi step by step tukar capacitor untuk kipas standard:
1. Buka housing kipas (ada 1 screw di bahagian atas)
Ads
2. Tanggalkan capacitor lama.
3. Potong wayar capacitor yang bersambung dgn earth dan supply (capacitor tidak mempunyai kutub, boleh sambung mana2 hujung kemudiannya).
Nota: Jangan lupa bismillah & peralatan screw driver/test pen & wire cutter. InsyaAllah kipas laju semula macam helikopter.
Ads
INFO
Kapasitor (Capacitor) adalah komponan elektronik yang dapat menyimpan dan melepaskan muatan elektrik atau tenaga elektrik dalam tempoh masa sementara dengan unit kapasitansinya adalah Micro Farad (µF).
Nilai kapasitor akan berkurang @ lemah disebabkan usia kipas tu dengan jumlah penggunaan yang maksimum dan terus menerus. Itulah yang menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Kapasitor yang berkualiti rendah, nilai Farad (µF) akan berkurangan setiap tahun.
Tukar/Ganti kapasitor dengan nilai Farad (µF) yang sama dengan yang asal @ nak up nilainya untuk tambah laju, jangan melampau-lampau. Up sekadar, contoh 1.8 ke 2.0 µF, 2.0 ke 2.2/2.5 µF. Kalau lebih tinggi sangat nilai µF, kipas akan pusing sangat laju, motor kipas menjadi lebih panas menyebabkan gelung dalam motor kipas rosak. Pastikan label voltan lebih dari 300VAC.
Tak sampai sebulan cabut atau potong, dah naik lagi. Bagi kediaman yang ada laman, masalah rumput dan lalang yang tumbuh melata memang menyakitkan mata. Rumah nampak semak dibuatnya.
Bagi yang tiada masa nak bersihkan masalah rumput ini mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Hassan Khalidini. Sekali buat setel masalah rumput setahun lebih. Menarik kan. Modalnya cuba guna sarang telur saja.
Tip elak rumput tumbuh guna sarang telur, setahun clear lagi
Benci rumput dan rumpai? Tak de masa potong dan merumpai? Cuba tip saya tanpa ada kos!
Dah bertahun tak guna mesin rumput atau merumpai sampai rindu amalan tu. Hujan lebat tanah tak percik pun.
Bahan yang diperlukan:
-Sarang telur – kuantiti ikut keluasan laman
Caranya
1. Atur sarang telur rapat-rapat atas tanah laman, bahagian sisi kena bertindih.
2. Basahkan sarang telur yang disusun ini sampai lencun.
3. Kemudian pijak sarang telur ini sampai kemek atau rata. Boleh minta anak tolong. Siap.
4. Cara ini rumput takkan tumbuh hampir setahun lebih dan air tetap boleh meresap ke tanah.
Kalau suka makan ulam-ulaman boleh jadikan kacang renek atau kacang duduk ini sebagai tanaman di rumah. Rasanya macam kacang panjang biasa tapi lebih manis.
Kelebihan tanam kacang jenis ini berbanding kacang panjang biasa, kacang renek ini mudah hidup dan tak perlu banyak tanah.
Boleh ditanam dalam pasu saja malah yang duduk di apartment kalau nak tanam pun boleh. Ia juga tak perlukan junjung atau pancang. Hasil pun cepat 2 bulan dah boleh tuai.
Cara tanam kacang renek/dwarf/kacang duduk
1. Benih kacang renek atau kacang duduk secara online di Shopee.
2. Cambahkan biji benih kemudian alih dalam pasu. Boleh letak dalam 3 anak benih dalam satu pasu.
3. Siram setiap hari dan pokok ini perlukan cahaya matahari terus.
4. Dalam tempoh 2 bulan boleh tuai hasilnya. Bila kacang dah matang, jangan biar lama terus tuai.
5. Tip supaya pokok kacang berbuah banyak kali, selepas habis berbuah, buang semua daun yang kering dan letak baja supaya naik pucuk baru dan berbuah lagi.
6. Sebaiknya letak di tempat pasu di tempat yang sedikit tinggi bila berbuah supaya kacang tak terkena tanah.
Bila bercucuk tanam, kita memang selalu akan bersihkan rumput atau lalang yang ada sekeliling tanaman.
Rumput yang kita cabut ini jangan pulak kita terus buang, masih ada gunanya. Ia boleh dijadikan baja untuk suburkan tanah. &
Baja rumput ini sesuai sangat digunakan sebelum mula bercucuk tanam. Cara ini dipraktikkan oleh Fadhil Arif Mohd yang berkebun di kediamannya.
Untuk buat baja rumput ini juga katanya mudah saja. Boleh guna rumput yang dimesin tepi jalan atau yang dicabut sekitar rumah.
Cuma perap rumput ini dalam satu bekas hingga ia mati dan rapuh. Selepas itu baja rumput ini sedia digunakan.
Semasa sediakan batas, letakkan rumput yang diperap ini dan kambus. Boleh juga letak sekali tinja ayam. Kemudian siram dengan air sekali sehari.
Dalam 1-3 minggu bolehlah guna untuk bercucuk tanam. Jika keadaan tanah kering, letak beberapa kali rumput ini, Insya-Allah akan subur tanah untuk tanaman.
Jika guna pasu, letak rumput ini di bahagian bawah sekali sebelum tambun dengan tanah.
Inilah hasil pokok cili yang menggunakan kaedah baja rumput.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...