Salah satu cara agar laman rumah berseri, kenalah tanam pokok bunga berwarna warni. Cuma buat yang tak berapa rajin nak buat penjagaan disarankan tanam pokok rose Jepun.
Bunganya banyak warna, cantik dan segar. Paling penting tanaman yang dikenali sebagai bunga pukul 10 ini mudah semai dan senang pula dijaga. Cara penanaman pokok ini boleh guna panduan yang dikongsi oleh Nadiah.
Tutorial tanam pokok Rose Jepun
Sebenarnya Nad jealous tengok pokok Ibu tanam cantik dan segar. Nad pun nak cuba tanam pokok. Tapi, Nad tak pandai menanam macam Ibu. Nak tanam apa yang senang? Takut cepat mati pulak.
Kemudian teringat pokok bunga yang Nad pernah tanam waktu sekolah rendah. Kita panggil rose Jepun. Ia juga dikenali sebagai ‘Portulaca grandiflorani’, ‘moss rose’ atau ‘bunga pukul 10’. Kelebihannya :
-Mudah disemai
-Mudah dijaga
Sambil–sambil duduk di rumah, bolehlah cuba tutorial ini. Puas hati juga tanam ros Jepun. Kita dapat rehatkan minda dan menanam juga baik untuk kesihatan mata.
Ads
Bahan-bahan
-Pucuk benih rose
-Baja serbuk kopi
-Tanah
Langkah-langkah
Potong pucuk benih rose dengan panjang 3 inci.
2. Jika nak dapatkan rose yang banyak, boleh keratkan dengan 1 inci atau ½ inci.
Ads
3. Kemudian, cucukkan pucuk benih tersebut ke dalam pasu.
4. Cucuk pucuk benih sehingga penuh kawasan dalam pasu tersebut.
Ads
5. Siram pokok setiap hari, 2 kali sehari, letakkan baja serbuk kopi.
6. Pastikan bunga diletakkan ke arah direct matahari.
7. Setelah 3 minggu, tuan puan akan dapat hasil tanaman rose Jepun.
Sebelum ini pernah viral foto satu kemalangan melibatkan seorang remaja di Pulau Pinang yang putus kaki.
Ketika kejadian salah seorang yang membantu remaja ini telah meletakkan ais pada kaki mangsa dan juga anggota yang terputus.
Tindakan ini mencetuskan tanda tanya ramai adakah ini cara betul untuk mengendalikan anggota badan yang terputus.
Jururawat Bel Nawhen berkongsi tindakan yang perlu kita lakukan jika terlibat dalam situasi ini.
Saya pernah baca cerita seorang rakan yang bekerja di jabatan kecemasan. Waktu syif yang tenang bergegar bila seorang warganegara asing hadir dengan memegang jari rakannya yang sudah terputus.
“Misi, tolong, tolong. Yinni jari kawan punya juga. Putus kena itu mesin putung kaiyu” ujarnya.
Jari yang putus itu ditunjuk-tunjuk dan disua-suakan ke muka rakan saya yang bertugas. Beberapa minit selepas itu, barulah muncul tuan punya jari. Dah mabuk darah dah.
Apa jadi pada jari yang dibawa oleh rakannya? Dah mati dah pun salur darahnya. Sebab apa? Sebab tidak diuruskan dengan betul.
Hah, anda pula, jika jumpa kes kemalangan putus jari atau anggota badan anda buat apa?
Ambil handphone dan ambil gambar? Atau angkat dan letak sebelah anggota terlibat Atau Panik dan buat-buat tak nampak Ataupun Memang tahu cara nak uruskannya.
Apa-apa pun jika berlaku kecemasan begini, anda jangan panik. Anda tarik nafas dalam-dalam, agar anda boleh fikir cara yang betul untuk uruskan jari/anggota tersebut supaya ia boleh diselamatkan.
1. Bersihkan bahagian terputus dengan air bersih/sterile dengan berhati-hati. Air bersih maknanya air yang bersih mengalir seperti air paip.
2. Balutkan bahagian terputus dengan kain yang bersih dan telah dilembapkan dengan air.
3. Letakkan bahagian yang dibalut tadi dalam beg plastik yang bersih.
4. Letakkan beg plastik tadi dalam bekas yang berisi ais. Pastikan beg atau bekas ini bersih dan selamat untuk dibawa. Tujuannya supaya salur darah terlibat tidak mati.
JANGAN LETAKKAN AIS SECARA LANGSUNG dengan jari atau bahagian yang terputus sebab sentuhan secara langsung ini akan menyebabkan salur darah terlibat mengalami kerosakan.
1. Bersihkan anggota itu dengan air yang bersih.
2. Pastikan perdarahan telah berhenti atau hentikan perdarahan dengan memberikan tekanan pada bahagian tersebut. Boleh guna kainan bersih untuk tujuan ini.
3. Tinggikan sedikit bahagian ini keatas untuk mengurangkan pendarahan.
4. Kurangkan pergerakan anggota terlibat.
5. Balut bahagian terlibat dengan kain bersih atau bandage.
Jangan letakkan ais pada bahagian ini sebab ia masih berfungsi, hanya pastikan perdarahan telah berhenti.
Bawa mangsa dan anggota/jari terputus itu ke hospital. Lagi cepat anda bawa ke hospital, lagi tinggi kemungkinan anggota terlibat boleh disambung semula itupun dengan pengurusan yang betul dan bersih.
Walaupun anda rasa jari atau anggota itu boleh disambung, penilaian doktor tetap perlu dilakukan. Jika masih kelihatan merah dan suam, ia merupakan petanda yang baik.
Jangan sesekali meletak atau sapu atau titis sebarang minyak atau krim ataupun serbuk apa-apa pun selain ikut petua sebarangan. Risiko jangkitan kuman terhadap anggota boleh berlaku selain kemungkinan anggota tersebut gagal disambungkan semula.
Ulam raja antara sayur ulam yang disukai ramai. Ini kerana khasiatnya yang banyak untuk kesihatan. Antaranya ulam raja ini dikatakan mampu menurunkan tekanan darah tinggi, mengawal kadar denyutan jantung selain ulam ini kaya dengan antioksida dan agen detoks.
Pokok ulam raja ini memang berbaloi tanam di rumah, mudah untuk kita makan secara segar. Cuma jika tanam ulam ini, kenalah rajin buat penjagaan agar sentiasa keluar pucuk baru dan rimbun.
Tip paling penting untuk memastikan pokok ulam raja ini rimbun adalah dengan selalu memetik pucuknya. Walaupun tak makan tetap kena sentiasa petik pucuknya.
Bila selalu petik pucuk, tunas baru akan keluar lebih banyak. Terus petik, jangan biarkan pokok berbunga. Jika pokok ulam raja sudah berbunga ia adalah tanda pengakhiran kitaran hidup pokok.
Pokok akan kuning dan kering dan seterusnya akan mati. Tapi kebiasaannya bunga yang keluar akan gugur dan menumbuhkan benih baru, jadi bolehlah cabut pokok lama untuk beri ruang pada pokok baru tumbuh.
Rumah dah cantik deko tapi tiba-tiba kat dinding penuh dengan kulat putih. Memang spoil. Tapi masalah kulat pada dinding ini banyak berlaku pada kediaman.
Kadang-kadang cat masih baru lagi, tapi dah naik kulat. Kalau mata dah sakit tengok dinding penuh corak putih ini boleh gunakan tip mudah ini untuk bersihkan dinding perkongsian daripada Zue Razak.
Bahan yang diperlukan
Air
Cuka
Cara-caranya:
1. Campurkan air dengan cuka. Cuka haruslah sama banyak dengan air.
2. Ambil kain dan lap. Lakukan sehingga kulat hilang.
3. Cara yang sama juga boleh dilakukan untuk hilangkan kulat pada almari kayu.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...