Ular buta ini antara haiwan kecil yang pernah ditemui oleh mereka yang suka berkebun.
Ia merupakan spesis ular paling halus di dunia. Meskipun begitu ia tidaklah berbahaya walau ramai yang geli geleman melihatnya.
Haiwan kecil tak semestinya lemah, ia sebenarnya sangat berguna untuk kesuburan tanah dan ada peranan penting dalam alam sekitar.
Jadi kalau terjumpa ular buta ini jangan dibunuh, rugi… Dikongsi oleh Ila Garden’s, berikut adalah kelebihan blind snake atau dikenali juga sebagai ular tanah atau ular cacing.
“Binatang kecil menjalar ini mungkin nampak biasa, tapi dialah askar senyap yang bantu lindungi kebun dari serangga perosak.”
“Tadi semasa saya sedang mencangkul tanah untuk menanam sayur, tiba-tiba saya ternampak sesuatu yang bergerak laju,Bila saya korek-korek, rupa-rupanya ada ular kecil tersembunyi di dalam tanah.”
“Mulanya saya terkejut, ingatkan ular berbisa. Tapi bila tengok betul-betul, rupanya ular buta. Sebelum ni saya terserempak dengan spesis ular yang sama warna kehitaman, kali ni pula jumpa yang warna sedikit cerah kebiruan. Ular ini sebenarnya tidak berbisa, tidak menggigit, dan sangat jinak.
“Makanannya termasuk serangga kecil, semut, anai-anai, jadi ia sebenarnya membantu menjaga kebun. Kadang-kadang kita takut pada sesuatu yang nampaknya menakutkan, tapi sebenarnya dia ada peranan penting dalam alam sekitar.
“Kalau jumpa ular macam ni di kebun, jangan bunuh ya. Pindahkan saja ke tempat lain. Hargai kehadirannya Dia juga makhluk Tuhan dan berguna untuk tanah.”
-Saiz kecil dan pendek, biasanya kurang daripada 20 cm.
-Berwarna kelabu kehitaman atau kebiruan gelap.
-Kulit licin dan berkilat, mirip cacing tanah.
-Mata sangat kecil, hampir tidak kelihatan — sebab tu dipanggil “ular buta”.
-Tidak berbisa dan tidak menggigit.
-Biasanya tinggal dalam tanah, timbunan kompos, atau bawah pasu/tanaman
2. Anai-anai
– Sumber protein mudah didapati dalam tanah lembap atau reput
3. Larva serangga kecil
– Termasuk ulat kecil yang hidup dalam tanah atau celahan akar
4. Ulat gonggok( kecil)
5. Telur serangga tanah
-Ular buta akan mengorek tanah cari telur serangga sebagai makanan
-Ular buta membiak secara parthenogenesis.
-Ia sangat sensitif pada cuaca
Ia boleh mati jika terdedah kepada panas terlalu lama, dan akan keluar permukaan bila tanah terlalu basah atau banjir. jadi ia sebenarnya membantu kebun! Jika tanah lembap dan subur, memang biasa terserempak dengannya.
Sumber: Ila Garden’s
Baca Lagi: Cacing Dalam Bilik Air, Cara Hapuskannya Mudah Saja