Kalau tanya pada kaum wanita apa kerja rumah yang paling malas nak buat dah tentu kebanyakkannya menjawab menguruskan kain baju terutama sekali bab melipat.
Tapi mahu tak mahu kena lakukan juga, kalau tidak bertimbun dan berserabutlah bilik atau rumah dengan pakaian.
Bagi yang mahu mengurangkan stress melipat kain mungkin boleh mempraktikkan cara yang dilakukan oleh Dr Hani Mynis ini. Pengurusan baju yang dipraktikkan memang tip top. Menggunakan konsep open wardrobe, kebanyakannya tak perlu dilipat tapi tetap kemas!
Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yg Hani paling malas nak buat ialah melipat baju. Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan hani korbankan satu dinding kat bilik tidur kedua utk dijadikan “open wardrobe”.
Ini adalah tip pengurusan pakaian yang Hani praktikkan:
Kena buat spring cleaninguntuk baju yg banyak (sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju). Contohnya:
Gunakan rule ni! Satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jgn beli. Perempuan nak bersederhana bab ni memang payah. Tapi dah dua tahun, ini lah prinsip Hani. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yg kita takkan pakai, boleh lah dijual atau diberi orang haha
Gunakan penyangkut baju (hanger) yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam.
Ini open wardrobe untuk baju anak, Aqil. Baju jalan, baju raya dan baju harian diasingkan.
Ini bahagian untuk jemur baju, atas baju basah. Lepas kering, transfer je ke tempat baju kering kat sebelah kanan. Selalu buka langsir supaya cahaya matahari boleh masuk dan keringkan baju. Bawah bahagian hanger.
Bila jemur baju, Hani akan pastikan baju tu diterbalikkan ready to wear. So kalau dah kering terus ambil dari sini je pun ok dah.
Sayur brokoli memang jadi kegemaran ramai, sebab ia rangup, enak dan banyak khasiat. Kalau ke pasar brokoli antara sayur yang mesti dibeli.
Tapi bila pulang dan bersihkan sayur ini kita mesti perasan pada permukaan gugusan brokoli yang hijau ada kesan putih seakan lilin.
Kita sendiri tahu untuk memastikan sayur-sayuran segar sudah pasti ada penggunaan bahan kimia dan racun digunakan.
Menyedari perkara ini, Salmy Saznira berkongsi cara yang dilakukan untuk membersihkan kesan putih pada brokoli agar kita tak lagi rasa was-was untuk menikmati sayur ini.
Dulu Kak Mie dan famili tak suka makan sayur brokoli ni. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin minat pulak. Pendek kata tak leh nampak brokoli segar pasti nak angkut beli.
Kalau perhati betul-betul, atas gugusan brokoli ni ada warna putih-putih kelabu kan. Semacam lilin pun ada. Cuba alirkan air, pasti air tak boleh lalu ke dalam tu. Ada perasan tak?
Kebanyakan brokoli di tempat kita ni banyak yang diimport, nak bagi sayur segar sokmo bahan kimia bubuh situ.
Tu la Kak Mie cuba cari jugak cara nak bersihkan racun-racun tu. Alhamdulillah jumpa dah. Rasa bersih sikit la nak makan.
Caranya mudah jer. Guna semua bahan yang ada kat dapur.
Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5minit. Lepas tu bilas bersih. Insya-Allah.
Cuba rujuk video kat bawah. Kak Mie ada buat eksperimen.
– Brokoli (kiri) sebelum direndam. – Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli (racun lilin dah hilang).
Buat sendiri kerepek pisang yang sedap rangup, cukup rasa lemak dan masin. Jajan tradisional ini memang ‘berhantu’ kalau makan. Tak boleh berhenti selagi tak habis yang ada dalam balang.
Itu sebabnya kita kena belajar buat sendiri kerepek pisang ini. Lagi satu lebih jimat, buat satu sikat pisang pun dah dapat 2 balang. Kalau beli harga 2 balang ini pun dekat RM30.
Nak buat sendiri kerepek pisang ini memang mudah. Kalau ikut perkongsian Khaula Anis, guna 3 bahan ini saja akan dapat kerepek pisang yang cukup rasa lemak, masin dan rangup. Tak perlu guna air garam dah. Kalau nak aroma sedap, tambah saja bawang putih waktu menggoreng.
Kerepek pisang mudah tiga bahan. Cukup rasa lemak masin rangup. Warna pun cantik tak perlu guna air garam dan serbuk kunyit.
Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih masa menggoreng, ini rahsia dari peniaga kerepek.
1 sikat pisang berangan
1 cawan/200gram marjerin
1/2 kg minyak masak
3 hiris bawang putih
1. Kupas kulit pisang.
2. Panaskan minyak dan masukkan marjerin. Biarkan cair dan sebati.
3. Sagat pisang dan terus goreng. Goreng hingga betul betul garing barulah diangkat (sampai minyak tak berbuih) dan tos. Boleh masukkan hirisan bawang putih waktu menggoreng jika ingin aroma yang sedap.
Sesikat pisang ini boleh dapat 2 balang kerepek pisang sederhana besar.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...