Kalau pergi ke pasar-pasar di negeri pantai Timur satu yang akan kita perasan adalah kebanyakan peniaganya adalah wanita. Baik Terengganu, Kelantan atau Pahang situasinya hampir sama.
Kaum wanita di sini memang dikenali suka berniaga atau lebih tepat suka pegang duit! Salah satu sebabnya sudah tentulah kerana mahu membantu keluarga dan diri mereka memperoleh kehidupan yang selesa terutama sekali bila usia
dah menjangkau tua.
Tapi suka berniaga dan banyak untung saja belum tentu dapat menjamin masa depan yang selesa bila sudah berusia jika mereka ini tak bijak uruskan kewangan.
Usahawan wanita perlu ada asas untuk urus wang perniagaan mereka jika berhasrat mahu bersara dengan tenang. Antaranya asasnya adalah 8 perkara ini dan ia perlu dimulakan sejak awal lagi.
1. Mula menabung
Ini paling utama ya. Walaupun bisnes kecil tapi perlu ada tabungan untuk hari tua. Biar sedikit tapi wajib ada.
Ads
2. Persediaan untuk perkara tak dijangka
Sekarang kita mungkin sihat walafiat tapi esok lusa siapa tahu. Boleh saja terjadi kita terpaksa berhenti berniaga atau bekerja disebabkan penyakit. Waktu itu, inilah gunanya tabungan yang dibuat.
Bukan nak menakutkan tapi perlu diingat di pantai timur, Kelantan terutamanya dalam satu Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan beberapa tahun lalu hampir separuh rakyat negeri tersebut mempunyai masalah berat badan atau
obesiti yang berkait dengan pelbagai penyakit berbahaya seperti jantung dan kencing manis. Inilah sebabnya simpanan perlu ada.
3. Dua jenis simpanan kena ada
Tak kira peniaga atau tidak, kaum wanita kena ada dua jenis sempanan ini. Pertama, simpanan jangka masa pendek yang dibuat setiap bulan sebagai persediaan kecemasan. Keduanya simpanan jangka masa panjang yakni bekalan untuk hari tua kita, paling elok mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
4. Beli apa yang perlu, bukan apa yang kita mahu
Bagi memastikan kita menabung secara konsisten, perlu ada perancangan bajet setiap bulan. Sebelum berbelanja sisihkan wang untuk tabungan dulu. Bila waktu berbelanja pula jangan membazir. Beli apa yang perlu, bukan apa yang kita mahu! Ingat tu!
5. Kena ada rekod
Peniaga tak kira kecil atau besar bisnes kena ada strategi kewangan. Aliran wang keluar masuk, jumlah jualan dan sebagainya perlu direkod. Barulah efisyen.
Ads
6. Awas, bila buat pinjaman!
Ada masa untuk kembangkan perniagaan kita kena buat pinjaman di institusi kewangan. Tapi sebelum buat keputusan itu, sila rancang dengan teliti tempoh pembayarannya. Bimbang usia dah tua kita masih terjerat dengan beban
hutang. Kalau dah begini macam mana nak bersara dengan tenang bukan?
7. Penama atau hibah jangan lupa
Bila dah buat simpanan untuk hari tua adalah penting kita membuat penama atau hibah. Ini juga sebenarnya untuk kemudahan ahli keluarga bila berlaku perkara tak dijangka seperti kematian.
8. Kalau mampu teruskanlah
Ramai yang mengimpi hari tua nanti untuk berehat, bercuti dan melihat anak cucu membesar depan mata. Tapi kalau tubuh masih sihat, bertenaga apa salahnya jika terus bekerja atau berniaga. Boleh juga tambah tabungan hari tua.
Kena ambil peluang tambah ilmu
Semua di atas adalah perkara asas yang wajib dibuat jika kita mengimpikan mahu bersara dengan tenang. Namun sangat disarankan kita mengambil inisiatif mendalami ilmu menguruskan kewangan dengan betul.
Untuk usahawan wanita yang berada di Pantai Timur terutama di Kuala Terengganu sila ambil peluang untuk sertai Karnival Kempen Celik Kewangan KWSP bersama Sinar Harian yang bakal diadakan pada 29 September nanti.
Ads
Antara yang menarik dalam karnival ini adalah adalah sesi I’m The Bos perkongsian dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Antara ilmu yang dikongsi dengan peserta adalah:
Mengetahui dan memahami keperluan bajet, bagaimana untuk melakukannya dan mengikutinya.
Memahami kepentingan untuk menguruskan wang secara aktif dan bukan hanya memantau pendapatan dan perbelanjaan.
Memahami keperluan pelaburan untuk mengalahkan inflasi.
Mempelajari faktor utama untuk dipertimbangkan sebelum mengambil hutang
Mempelajari kepentingan dan bagaimana untuk menguruskan hutang secara bijak.
Semua ini sangat berguna terutama buat para peniaga. Lagi menarik, semua ini percuma dan terhad kepada 400 peserta sahaja!
Jika ramai yang menyorokkan status isteri kedua, tapi bagi anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah atau panggilannya Nurul Zahid, jodohnya dengan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff bukan sesuatu yang harus disembunyikan.
Malah perkahwinan yang dilangsungkan di tanah suci Makkah itu mendapat restu isteri pertamanya, justeru tak perlu dirahsiakan.
Kini usia perkahwinan mereka juga sudah menjangkau lebih setahun dan pasangan ini tampak bahagia sekali. Nurul juga tidak berselindung tentang perasaan sayang dan hormat kepada madunya.
Dan dalam satu entri terbaru di instagram sempena hari ulang tahun kelahiran suaminya, Nurul Zahid telah meluahkan rasa syukur ke atas jodoh dengan suami orang yang diatur oleh Allah SWT buat dirinya. Bagi Nurul aturan Tuhan itu telah membawa banyak rahmat buat dirinya.
Jodoh saya dengan suami orang
Selamat Hari Lahir Sayang! Okay here we go, sebab dia takda IG I just wanna share the best of him to my followers on his birthday.
Suami saya seorang yang sangat penyayang dan taat pada Pencipta, taat pada Ibunya. Allah menjodohkan sy dgn beliau yg berstatus suami org adalah satu rahmat buat sy.
Allah mempermudahkan urusan jodoh kami dan sy juga dikurniakan seorang sahabat dan kakak yg baik iaitu Madu sy. Suamiku, semoga dirimu sentiasa dirahmati, dilindungi, dikurniakan berjuta keberkatan dunia dan akhirat.
Dengan umur yang semakin meningkat, dipohon agar Allah memberikan suamiku kesihatan yang terbaik dari Mu ya Rahim, untuk terus beribadah sebagai hambaNya yang paling taat agar dapat memberikan kebaikan kepada hambaNya yg lain. Ya Allah, sesungguhnya aku menyayangi insan yg bernama Saiful Nizam ini.
Bahagiakan dia sementara dia kau pinjamkan buat aku dan kakak
Aku bukanlah isteri yg sempurna. Berikan aku kekuatan dan kesihatan untuk berbakti kepadanya ya Allah agar suamiku dapat merasai kasih sayangku didunia sebelum dia dikurniakan bidadari yg sempurna buatnya di Syurga kelak. Inshaa Allah.. Ya Rahman, Ya Rahim, lapangkan dada dan ilhamkan suamiku fikiran yg terbaik agar dia tenang dalam mencari rezeki yg halal buat keluarga besar kami.
Tiada apa yang lebih penting selain kebahagiaan suami sementara dia Kau pinjamkan buat aku dan kakak. Kabulkan doaku ya Allah kerana dia suami yang terbaik buatku. Aamiinn Ya Rabb.. (..terima kasih buat yang sudi mengAaminkan doa ini..) ❤️
Terharu kan baca coretan Nurul ini. Tak ramai mereka yang bermadu dapat hidup aman damai dan saling menyayangi. Nurul sendiri selalu berkongsi gambar mereka bertiga dalam instagram, tumpang gembira kita yang melihatnya.
Semoga mereka kekal bersama dan beroleh kebahagiaan dunia akhirat.
Pada masa kini, perjalanan kita terutama ke lokasi yang tak pernah kita tuju banyak bergantung pada aplikasi navigasi. Waze adalah antara yang paling popular.
Bagi yang selalu menggunakan aplikasi navigasi Waze, mungkin akan berasa bosan dengan suara penunjuk arah yang digunakan. Tak pernah bertukar.
Bagi memberi kelainan dan sedikit hiburan ketika dalam perjalanan, apa kata rakam saja suara sendiri sebagai cara penunjuk arah.
Atau boleh juga rakam suara anak atau pasangan sendiri. Barulah tak boring dengar kan!
Caranya juga amat mudah. Anda boleh merakam suara anda mengikut langkah-langkah ini.
1. Pergi ke halaman tetapan Waze, pilih Sound & Voice, kemudian buat pilihan Voice Directions dan Record New Voice.
2. Anda perlu merakam kesemua senarai yang diberikan untuk fungsi itu berjalan dengan lancar. Antara yang perlu dirakam adalah All set. Let’s go, We’re all set. Let’s go! dan banyak lagi.
3. Masa maximum yang diberikan adalah 6 saat untuk setiap rakaman. Setelah selesai semua rakaman anda boleh mencubanya dengan membuat suatu perjalan yang baru. Semoga fungsi ini akan memberikan manfaat kepada semua komuniti Waze.
Ini salah satu contoh waze menggunakan suara sendiri yang dikongsi oleh Nurul Diana. Comelkan bila guna suara sendiri. Ikut suka koranglah nak guna bahasa apa!
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...