“Letih lah bangun sahur awal. Lepas sahur dan subuh mesti terus nak tidur. Berat betul mata” kata Tijah.
“Ada kesan tak kalau tidur lepas sahur” soal Tijah lagi bersungguh.
Mungkin ramai ada soalan seperti Tijah. Saya pun semasa zaman dahulu, suka juga tidur lepas subuh dan sahur. Tetapi setelah tahu kesan, elak diri dari tidur sudah jadi satu kemestian.
3 kesan tidur lepas sahur
1) Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.
2) Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong mula berbunyi seawal jam 10 pagi.
3) Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.
Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.
Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur. Boleh boleh?
Sumber: DrRizal Abu Bakar
9 Tanda Rahim Tak Sihat, Jangan Biar Sampai Peranakan Jatuh
Kaum wanita jangan sesekali ambil mudah kalau merasai tanda-tanda ini. Kerana sikap tidak prihatin mungkin akan menyebabkan anda mengalami masalah rahim yang serius seperti prolaps atau rahim jatuh.
Jika sudah sampai ke peringkat ini rahim mengambil masa untuk kembali pulih malah jika sudah pulih pun ia mungkin sudah tidak kuat seperti dulu.
Perhatikan 9 tanda-tanda rahim tidak sihat perkongsian dari pengusaha jamu, Nurul Diyana Kamaludin.
1. Sakit Tumit
Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.
2. Sakit Telapak Kaki
Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.
3. Sakit Pinggang
Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.
4. Sakit Ari-ari
Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
5. Kerap Kencing atau kencing tak lawas
Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
6. Sakit Ketika Hubungan kelamin
Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.
7. Kentut Vagina
Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.
8. Selalu Kembung Perut
Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.
9. Sentiasa Basah
Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.
Cara Merawat Rahim (peranakan) Jatuh
Peranakan jatuh boleh terjadi kepada wanita selepas bersalin yang tidak mengikut pantang larang terutamanya apabila membuat kerja yang agak berat semasa dalam pantang.
Melalui rawatan jamu, rahim dikecutkan dengan meminum ramuan berikut:
Air rebusan dengan bahan-bahan seperti kayu sepang, kayu kederang, kulit kayu serapat, manjakani, pati kunyit dan air perahan daun inai perlu disediakan dan di minum.
Apabila peranakan sudah kecut, bolehlah diurut dan disengkak untuk memasukkannya kembali. Wanita yang jatuh peranakan mesti berpantang seperti wanita selepas bersalin.
Sentiasa displinkan diri sepanjang tempoh merawat peranakan jatuh ini. Amatlah penting untuk mengikut segala prosedur mahupun larangan yang dimaklumkan. Insya-Allah masalah ini akan selesai dan tidak memberi kesan besar dalam hidup anda lagi.
Pantang
- Elakkan daripada minum ais dan makanan sejuk
- Elakkan diri dari penyaman udara dan kipas angin dari terkena kaki. Pakai stokin
- Elakkan mengangkat barang berat
- Elakkan bersama buat sementara waktu
Amalkan
- Ambil herba untuk memanaskan rahim
- Buat senaman kagel
- Buat senaman seperti “Anda baring tetapi kaki dan punggung sandarkan kepada diding, angkat punggung beberapa kali”
- Bertungku. Bagus untuk melancarkan darah & mengecutkan rahim yang kembang.
Sumber Nurul Diyana Kamaludin
Rahsia Ibu Anak 4 Kekal Kurus, Hari-hari Bawa Bekal Ke Pejabat
Rasa teruja menatap gambar bekalan yang dibawa setiap hari oleh wanita ini ke tempat kerja. Lebih-lebih lagi apabila tahu inilah dia kekal langsing walau sudah ada empat anak.
Melalui instagram, Haryati How kerap berkongsi soal pemakanan sihat yang diambil setiap hari. Paling menarik ialah gambar-gambar bekal untuk sarapan dan makan tengah harinya. Walaupun jenis makanan setiap hari hampir sama, namun memang nampak menarik.
Pada usia 41 tahun, dengan berat badan 51 kilogram, Haryati cergas untuk menjalankan rutin harian sebagai pensyarah di Asia Pacific Language Centre (di bawah APU University, Technology Park, Bukit Jalil).
Pernah mencecah berat badan 62 kilogram, Haryati selesa dengan berat badan sekarang. Mulai 2016 mengamalkan diet sebegini, beratnya kekal pada berat ideal. Di tambah pula dengan senaman 30 minit sehari setiap pagi sebelum atau selepas subuh. Jom ikuti perkongsian Haryati.
Kenyang ke makan banyak tu?
Mula-mula amalkan memang takut tak cukup. Tapi bila dah minum air sebelum makan, kemudian makan buah, sayur dan bekal lain tu kadang-kadang bekal pun tak boleh nak habis sebab kekenyangan.
Hari-hari mesti ada telur rebus. Apa manfaatnya?
Telur rebus sumber protein yang paling mudah dapat dan boleh dipelbagaikan dalam menu. Saya suka rebus sahaja sebab cepat dan mudah nak makan. Rahsia nak cepat kenyang, minum air sebelum makan.
Memang menjadi ya nak kekal kurus macam ni?
Alhamdulillah setakat ni memang berkesan. Minum air segelas sebelum makan. Lepas makan tunggu dalam 30 minit sebelum minum lagi. Jangan minum selang seli dengan makan.
Berapa kos penyediaan bekal untuk sebulan?
Kos tak tinggi, sebulan dalam RM150 hingga RM200 sebab salmon dan bahah-bahan lain saya beli waktu harga murah atau cari kedai yang bagi harga paling rendah.
Jom tengok bekal yang dibawa
Amacam? Korang boleh ikut gaya diet macam ni?
Sumber: Instagram Haryati How
Nenas Adalah ‘Superfood’, Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari, Pesanan Dari Doktor
Kalau biasa kita gunakan nenas untuk dimasukkan dalam masakan, selepas baca perkongsian DrRizal Abu Bakar ini rasanya lebih elok kita memakannya secara segar dan jadikan ia amalan setiap hari.
Rupanya ada banyak sangat manfaat buah nenas yang masam manis rasanya ini. Kebaikannya adalah hampir untuk keseluruhan tubuh badan kita.
Berikut adalah perkongsian beliau tentang kebaikan buah nenas yang boleh membuka mata kita semua.
Nenas adalah superfood
Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok Cik Puan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu sahaja.
Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.
Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.
Vitamin yang cantikkan kulit
Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.
Bromelain antara bahan turunkan berat badan
Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.
Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.
Anti stres, makan sebelum balik rumah
Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.
Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.
Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.
#DrOtak
#Neuroparenting
#cocoOCOC
INFO
Kalau makan nenas makan sekali bahagian empulurnya, kerana di situlah letaknya khasiat bromelain.
Enzin ini sangat kaya dengan kompnen anti-radang (anti inflammatory). Ia sangat baik untuk rawatan semula jadi beberapa jenis penyakit antaranya batuk.
Jus nenas terutama bahagian empulur mempunyai kesan 5 kali lebih baik merawat batuk berbanding ubat batuk.
Sumber: DrRizal Abu Bakar & Pa&Ma