Kehadiran lipas dalam kabinet dapur terutama di tempat stok makanan dan juga pinggan mangkuk memang tak menyenangkan kerana haiwan kecil ini kotor dan penuh kuman.
Nak guna penyembur atau ubat gegat untuk hapuskan lipas di kabinet sebegini memang tak sesuai, nanti habis semua bahan makanan yang disimpan berbau kimia ini.
Jadi kalau nak selamat boleh cuba cara yang lebih semula jadi iaitu gunakan rempah ratus.
Caranya mudah, tiada bahan kimia dan tak keluar modal kerana guna bahan yang memang sedia ada di rumah.
Cara ini dikongsi oleh Ummi As yang sudah 3 bulan menggunakan cara ini dan berkesan atasi kehadiran lipas dalam kapinet dapur miliknya. Caranya;
1. Ambil rempah empat sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Lebihkan bunga cengkih dan buah pelaga.
Ads
2. Masukkan dalam kain net dan ikat bunjut. Buat 3-4 bunjut rempah ini dan letak di dalam kabinet dapur. Boleh tambah rempah jika baunya sudah hilang.
Ads
3. Sebelum masukkan bunjut rempah ini sebaiknya bersih dan lap dulu kabinet.
Ads
Menurut Ummi setakat tiga bulan mempraktikkan cara ini, kehadiran lipas dan bahan buangannya memang tiada. Berkesan!
INFO: Rempah ratus mempunyai bau-bauan yang kuat dan tidak disukai lipas.
Ramai yang praktik cara panaskan sotong atas kuali sampai kering air sebelum masak supaya sotong tak berair dan kekal pejal bila dah jadi lauk. Ini petua yang biasa kita buat.
Tapi Noris Nora berkongsi cara lain sikit dan lebih mudah. Caranya, basuh sotong guna garam sampai berbuih sebelum masak.
Menurutnya teknik ini dilakukan oleh nelayan Korea untuk memastikan sotong tak berair dan pejal. Ia telah dipelajari dan dipraktikkan setelah menonton satu program dokumentari dan ternyata memang menjadi.
Basuh guna garam, tip masak sotong tak berair dan kekal pejal
Berikut cara yang dikongsi oleh Noris;
1. Potong sotong ikut saiz yang dikehendaki.
2. Taburkan garam kasar dalam satu-dua dalam bekas berisi sotong (boleh juga guna garam halus tapi lebih baik garam kasar).
3. Gaul dan ramas sotong bersama garam kasar.
4. Ramas sampai keluar buih macam sabun. Ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong pejal.
5. Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih sehingga hilang air buih air garam. Insya-Allah sotong tak masin jika basuh bersih.
6. Kemudian tos kan sotong dan bole masak seperti biasa. Insya-Allah sotong tak keluarkan banyak air dan pejal walaupun dah masak.
Ada kalanya malang tidak berbau apabila kenderaan yang kita naiki untuk ke tempat kerja mengalami masalah.
Biasanya tayar bocor atau pancit dan menyebabkan urusan menjadi tergendala.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google
Lebih sukar bila tiada yang sudi membantu atau tiada alatan untuk menggantikan tayar pancit ini.
Perkongsian di laman sosial Facebook memberi pilihan alternatif bagi penungang motosikal yang mengalami masalah motor pancit sama ada di jalan biasa atau lebuh raya.
Tip alternatif apabila tayar motosikal pancit semasa dalam perjalanan ke tempat kerja :-
1. Terus pergi ke pam minyak yang berhampiran.
2. Set meter pam angin tempat tayar pancit. Pam tayar dan pastikan ada tempat pancit.
3. Beli chewing gum atau gula-gula-getah. Kunyah dalam beberapa minit.
Tampal guna guta-gula getah.
4. Guna test pen, paku atau ranting kayu yang keras untuk masukkan chewing gum yang telah dikunyah tadi ke dalam lubang tempat pancit. Pastikan tayar ada angin.
Kunyah gula-gula getah terlebih dahulu.
5. Pam tayar lebih kurang 250 kpa.
6. Boleh teruskan perjalanan ke tempat kerja.
7. Pergi ke bengkel yang berhampiran untuk tampal tayar yang kekal.
Dikongsi oleh netizen di Facebook idea penggunaan bekas plastik untuk melindungi soket elektrik ini memangnya cukup bernas.
Walau pun menggunakan produk yang murah tapi ia mampu menyelamatkan nyawa anak kecil dari terkena renjatan elektrik yang mana selalu menjadi kerisauan ibu bapa.
Macam mana nak buat? Boleh ikut langkah ini.
Bahan yang diperlukan:
Bekas plastik (seeloknya jenis penutup kedap udara) Pisau Glue Gun
Cara membuat
1. Ukur saiz soket, pastikan sesuai dengan bekas plastik yang dipilih.
2. Kemudian tebuk penutup bekas plastik tadi mengikut ukuran soket.
3. Menggunakan glue gun, lekat penutup plastik yang telah ditebuk tadi sekeliling soket.
4. Tebuk juga hujung bekas plastik untuk laluan wayar elektrik. Tutup soket dengan bekas plastik dan kemaskan penutupnya.
5. Dah siap! Anak kecil dah tak boleh main atau tarik wayar elektrik. Mudahkan!