Selain kabinet dapur, adanya bar kaunter memang memudahkan kita untuk buat kerja dapur terutama untuk persiapan memasak.
Boleh saja nak upah kontraktor untuk buat tapi kaunter bar ini juga boleh kalau nak buat sendiri terutama kalau saiznya kecil saja. Tak berbaloi pula nak upah kontraktor.
Kalau nak lagi jimat boleh buat counter bar daripada plywood seperti dilakukan oleh Syahrum Shukri ini. Elok dan kemas saja!
Jika nak buat boleh ikut step by step yang dikongsi beliau.
Projek DIY bar counter
Nak berkongsi projek DIY saya iaitu buat bar counter baru bagi menggantikan counter lama yang dah reput. Asalnya ingat nak order dengan company buat kitchen cabinet sebelum ini tapi sebab projek kecil je dan kewangan tak berapa cukup jadi cuba buat sendiri.
Counter top solid wood dan laminated board putih beli di Lazada. Kayu selebihnya beli kat hardware. Design sendiri ala kg. Janji berfungsi dan kukuh. insyaAllah.
1. Bar counter yang lama. Dah reput sebab bukan solid wood. Kena air lama-lama reput. Pakai dah masuk 2 tahun.
Ads
2. Rangka buat daripada kayu. Beli di hardware.
3. Plywood beli di hardware untuk cover bahagian bawah counter top. Plywood nipis, 3mm.
Ads
4. Separuh siap. Tunggu cat bahagian depan dan sapu wood coating untuk counter top.
5. Selepas cat bahagian plywood.
Ads
6. Apply wood coating untuk naikkan seri kayu.
7. Apply wood coating jenis clear untuk naikkan seri dan supaya tahan lama.
8. Setelah apply keseluruhan permukaan dengan wood coating. Dah nampak kemas.
Kereta kuat makan minyak, memang buat kos kita meningkat. Kalau dulu isi RM50 boleh tahan 4 hari, sekarang dua hari dah hampir ke E.
Bila rasa perubahan kereta begini sebaiknya pergi ke bengkel untuk pemeriksaan. Menurut ZAM Auto Accessories masalah ini mungkin berpunca daripada sensor kerana yang tidak berfungsi dengan baik. Boleh baca penjelasan beliau tentang perkara ini.
Punca kereta kuat makan minyak, check sensor ini
Kereta kuat telan minyak? Mungkin puncanya datang dari sensor-sensor yang dah mula buat hal. Sensor ini kecil saja tapi impaknya besar!
Berikut adalah lima sensor penting yang sebenarnya main peranan besar dalam penjimatan minyak kereta:
1. Oxygen Sensor (Sensor Oksigen)
Sensor ini mengira baki oksigen dalam asap ekzos. Kalau rosak, campuran minyak-angin lari. Terus enjin guna minyak lebih dari biasa. Bila campuran tak betul, kereta pun jalan ‘semput’.
2. Mass Airflow Sensor (MAF)
Alat ini pula ukur berapa banyak udara masuk ke dalam enjin. Kalau bacaannya salah, ECU pun akan jadi keliru nak campur minyak banyak mana. Hasilnya, minyak banyak terbazir sebab pembakaran tak sempurna.
3. Throttle Position Sensor (TPS)
Sensor ini memantau bukaan pedal minyak. Bila tekan minyak, sensor ini beri signal. Kalau rosak, ECU akan menyangka pedal minyak ditekan kuat padahal tidak. Jadi minyak pun ikut terbakar lebih.
4. Fuel Pressure Sensor
Sensor ini menjaga tekanan minyak dalam sistem. Kalau tekanan ‘lari’, minyak masuk tak ikut sukatan betul. Enjin pun mula telan minyak berlebihan.
5. Temperature Sensor (Sensor Suhu Enjin)
Alat sensor ini mengukur suhu air dalam enjin. Bila rosak, sistem fikir enjin belum panas, padahal dah lama hidup. Ini menyebabkan minyak dibazir untuk “panaskan enjin” yang sudah pun panas.
Kesimpulannya sensor-sensor ini walaupun nampak remeh, namun ia berfungsi untuk jaga penggunaan minyak. Kalau semua dalam keadaan tip top, minyak pun akan jimat!
Selalu pulas stereng kereta terasa ringan, tiba-tiba hari ini macam berat pula, terpaksa guna tenaga untuk mengambil selekoh.
Jangan biarkan kalau rasa perubahan ini pada stereng, boleh jadi ada masalah. Berikut adalah empat punca stereng jadi berat.
1. Steering rack yang rosak atau bocor
Steering rack penting untuk pastikan steering dapat berfungsi dengan baik. Penggunaan yang berterusan dan lama boleh menyebabkan kerosakan atau kebocoran pada steering rack.
Bila ini berlaku, pelincir dalam steering rack tidak lagi dapat berfungsi dengan baik, menyebabkan steering jadi berat dan mengeluarkan bunyi aneh setiap kali anda memutarnya.
Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan kawalan steering, malah meningkatkan risiko ketika memandu di jalan yang berliku atau pada kelajuan yang tinggi.
2. Pam power steering yang bermasalah
Pam power steering berfungsi untuk mengawal tekanan hidraulik yang diperlukan untuk memastikan steering mudah dikendalikan.
Apabila terdapat kebocoran pada hos pam ini, tekanan akan meningkat dan boleh merosakkan komponen-komponen lain, termasuk bearing, yang kemudiannya menyebabkan bunyi ‘kasar’.
Jika pam power steering gagal berfungsi dengan baik, steering akan terasa lebih sukar untuk dikawal, terutama pada kelajuan yang perlahan.
Untuk mengelakkan masalah ini, pastikan hos pam power steering sentiasa dalam keadaan baik.
Jika hos bocor atau sudah ‘usang’, tukar kepada hos yang baru agar tidak menimbulkan kerosakan yang lebih besar pada sistem steering, yang akan memerlukan kos pembaikan yang lebih tinggi.
Salah satu komponen yang sering diabaikan tetapi sangat penting ialah fan belt. Fan belt yang rosak atau longgar boleh mengeluarkan bunyi ‘kasar’ semasa pemanduan.
Sekiranya fan belt ini tidak ditukar dan dibiarkan terus rosak, ia mungkin akan terputus secara tiba-tiba.
Apabila fan belt terputus, bukan sahaja akan mengganggu fungsi steering, tetapi juga boleh menyebabkan kerosakan lain pada sistem enjin.
Sebaiknya, tukarlah fan belt dengan yang berkualiti untuk memastikan ia tahan lama dan mengelakkan anda perlu membayar kos tambahan seperti upah towing jika fan belt terputus ketika dalam perjalanan.
4. Tekanan angin tayar yang tidak mencukupi
Mungkin ramai yang tidak menyangka, tetapi tekanan angin tayar yang tidak mencukupi juga boleh menjadi punca steering terasa berat.
Apabila tayar kekurangan angin, ia meningkatkan geseran antara tayar dan permukaan jalan, menyebabkan steering menjadi lebih berat terutamanya semasa membelok.
Untuk pengalaman memandu yang lebih lancar dan selesa, pastikan tayar anda mempunyai tekanan angin yang mencukupi mengikut spesifikasi kenderaan.
Dengan tayar yang cukup angin, bukan sahaja steering akan lebih ringan, tetapi juga membantu menjimatkan penggunaan bahan api dan mengurangkan ‘kehausan’ tayar.
Hujung minggu biasanya ramai yang akan buat stok cili kisar. Satu kerja yang ambil masa untuk buat cili kisar ini adalah mengasingkan bijinya. Kena gunting satu-satu.
Tapi cara yang dikongsi oleh Mohd Ahzad Bin Nadirun lebih mudah. Tak perlu gunting lagi dah. Sekali tekan habis semua biji cili kering keluar. Tipnya adalah guna chopper.
Cara paling pantas asingkan biji cili kering
1. Masukkan semua cili kering dalam chopper. Nak penuh pun tiada masalah.
2. Kemudian tekan tapi jangan lama, nanti hancur jadi cili flakes pulak.
3. Nampak tak, keluar semua biji cili.
4. Kemudian tapis tak buat pun tak mengapa. Boleh terus rebus atau rendam air panas untuk buat cili kisar.