Kalau pergi rumah rakan-rakan yang suka hias rumah biasanya akan ada wainscoting ni. Rumah akan nampak lebih berkarakter selain kemas bila ada benda nih.
Menariknya wainscoting ini boleh saja kita buat sendiri. Macam yang dilakukan oleh Fatin Syamimi Fasyarania Jamaluddin. Punyalah kreatif, frame gambar pun boleh dijadikan wainscoting. Efek dia tetap nampak mahal walaupun bajet yang digunakan cuma RM200 saja.
Kalau berhajat nak cantikkan rumah, bolehlah ikut cara pasang wainscoting yang dikongsi oleh Fatin Syamimi ini.
1. Ada 2 jenis patern yg cek buat. Ni yg 1st, atas guna wallpaper Kaison. Panel kayu bawah sekali tak buat sebab dah ada border tile. Tapi nampak cacat sikit sebab border tu tak sampai hujung.
2. Ni patern ke-2 paling senang. Guna finishing dgn cat gold saja. Frame tengah-tengah tu beli frame gambar kat DIY. Balik rumah buang gambar ambik bingkai dia saja. Pastu lekat, malu org tau dah rahsia.
3. Panel kayu ni Google je sebab ari tu tak dan snap gambar. Yang penting ukur dulu panjang wall yg kita nak buat. Pergi kedai mintak tolong dia potong panjang mana kita nak takut tak muat nak sumbat dalam kereta. Kayu no 1 kena lekat atas sekali, no. 2 buat frame, no. 3 letak bawah sekali kat lantai.
Ads
4. Ni rupa kayu-kayu tu. Bawa balik rumah kena licinkan dulu guna kertas pasir. Layangkan saja pun tak pe tak yah licin sangat. Asalkan tak dak tajam-tajam kat permukaan kayu. So bila cat nampak licin.
5. Ni gam pengganti paku. Cek tak guna paku langsung. Semua ni beli kat DIY. Dia punya melekatmacam pakai paku. Sekali lekat memang tak leh cabut dah. Dah siap licinkan lekat ja terus.
6. Benda ni sebetulnya guna kat tile. Tapi cek buh kat ruang yg gap di antara kayu dan dinding. Wujudnya ruang tersebut akibat dinding yg tak rata. So kita sumbat ja benda ni utk tutup ruang tu. Function macam filler la. Kat DIY pun ada jual tapi bkn tajuk ni. Kat DIY cari nama filler bentuk macm gam tadi.
Ads
7. So rupa dia camni bila dah sumbat filler tu. Agak mencabar sikit sebab tangan mesti belemoeh punya lah. Tapi bila cat nanti nampak bercantum elok ja dan tak nampak gap dah. Part ni penting kena buat. Kalau tidak memang dah siap nanti tengok lubang-lubang tu nampak sangat keja cincai.
8. Dinding akan comot bila buh filler tu tapi tak pa . Sat gi kita cat elok-elok na.
9. Taraa… dah siap cat kayu atas bawah. Masa ni frame beli tak cukup so hari lain baru buh frame lak. Silap bajet.
Ads
10. Wallpaper Kaison, RM 16.90 kot kalo tak silap. Ni bubuh kat dinding atas wainscoting. Saiz dinding cek tu guna satu roll ja. Memang dinding akan nmpak sangat mewah. Try la tengok.
11. Ni color finishing utk design yg no. 2 tu.. Cek guna salak brown, cat ja atas kayu tu. Dah kering selapis cat lagi smpai nampak color dia dah serap masuk kayu tu.
12. Ni cek buat lining atas kayu yg dah buh finishing tadi. Rm 7.90 ja beli kat kedai cat. Terus nampak exclusive bila bubuh gold ni. Diri sndiri pun macam tak percaya mampu buat smua ni sorang-sorang dibantu sorang anak menakan lepas SPM (perempuan jugak).
Laman rumah yang terbiar memang akan cepat saja tumbuh rumput dan lalang. Dari sakit mata tengok rumput menjalar, elok juga kalau letak batu lanskap atau paver block sebegini agar nampak kemas dan boleh jadi ruang letak kereta.
Pemasangan paver block atau batu paver ini antara DIY yang boleh kita buat sendiri dan tak memerlukan bancuhan konkrit. Apa yang diperlukan cuma tenaga untuk menyusun batu dan ketelitian.
Jika nak cuba buat di laman rumah sendiri boleh gunakan info perkongsian saudara Haniff M. Saharin sebagai panduan.
DIY batu paver di laman rumah
Belajar susun batu landskap di laman depan. Tengok orang buat nampak macam senang, dah cuba buat sendiri sakit pinggang jugalah. Alhamdulillah sikit-sikit lama lama boleh siap juga.
Ini info yang boleh membantu bagi yang nak cuba buat sendiri
1) Material : heavy duty interlocking paver block jenama SUNWAY
2) Harga : 2.00-2.50 (bergantung pada kuantiti) boleh beli di kedai hardware. Ada pelbagai bentuk, warna dan saiz. Harga juga berbeza.
3) Pemasangan batu ini tak perlu simen, cuma kena letak pasir di bawahnya. Pasir bila kena air ia akan padat sendiri.
4) Paling penting pastikan pasir rata sebelum susun batu supaya senang untuk ‘adjust level’ bagi memastikan permukaan rata, tak terjongket.
5) Boleh juga alas dengan plastik di bawah pasir untuk elak tumbuh rumput.
6) Lepas siap susun batu isi pasir halus pada sambungan batu untuk pastikan batu tak beralih.
7) Jika ada rumput tumbuh celah batu ini boleh gunakan racun rumpat untuk matikannya.
Makan bihun sup dengan sambal kicap dah biasa, sekali sekala kita layan pulak bihun sup utara. Orang pantai timur atau selatan pun boleh buat, takde hal.
Bihun sup utara ini, wajibnya bihun mesti kuning dan cabai atau sambalnya mesti merah. Rasa supnya memang tip top sedap bila tambah tulang dan lemak, confirm berpeluh sambil hirup kuah. Kalau teringin nak buat boleh buat resipi yang dikongsi oleh Zaini Talib.
Bihun sup utara (sup tulang)
Cara buat bihun kuning
1 paket bihun
1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit
1.Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi.
2. Dah lembut bihun terus bilas dengan air paip kemudian ditapis atau tos.
Bahan-bahan sup
1 kilo tulang – dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap supnya
2 batang serai – ketuk
2-3 inci halia – diketuk
4 ulas bawang putih- ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil- ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu kecil bunga cengkih – ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Cara membuat
1. Masuk air secukupnya – menutupi daging, kalau nak lebih banyak air lebihkan bahan sup di atas.
2. Masukkan semua bahan bahan dalam periuk. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.
3. Selepas sup masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup (jika mahu).
Bahan untuk cabai merah
Cili kering – siap kisar atau cili boh
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil- ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Cara membuat
Tumis bawang kemudian masukkan cili, masak sampai pecah minyak.
2. Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka, garam dan gula.
3. Boleh juga masukkan sedikit sos cili jika tak nak masukkan gula.
Bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun sup
Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng
Tauhu digoreng
Bihun sup utara cabainya mesti merah, bihunnya mesti kuning. Dua perkara ini wajib ada.
Ini antara sambal kegemaran ramai, bukan orang Jawa saja suka. Sambal ini boleh jadi lauk tapi ratah pun sedap. Sebab itu kalau masak kena buat banyak terus, takut tak sempat jadi lauk semua diratah.
Untuk buat sambal tempe ikan bilis dan kacang boleh ikut perkongsian Sharinaz Redwan. Sambal ini katanya boleh tahan lama hingga dua bulan jika betul cara masaknya.
Buat sendiri sambal tempe bilis & kacang
Bahan-bahan
-6 peket tempe – hiris nipis, goreng betul-betul rangup.
-2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh (jika lepas goreng jadi lemau, cuba masuk air fryer kejap, insyaAllah rangup balik)
-500g kacang tanah – cuci, tos, goreng
Bahan untuk sambal:
-2 senduk cili blend – guna cili kerinting yang pedas lagi sedap
-3 biji bawang merah – kisar
-5 ulas bawang putih – kisar
-1 ketul gula kabung
-4 keping asam keping
-Garam secukupnya
-Minyak goreng tempe
Cara membuat
1. Tumis bahan yang dikisar bersama dengan gula kabung dan asam keping, sampai pecah minyak.
2. Kena masak lama sampai cili garing.
3. Bila dah garing, tutup api dan biar kejap.
4. Kemudian letak garam dan boleh masuk tempe, kacang dan ikan bilis yang dah siap digoreng tadi. Gaul hingga rata.
5. Siap dah boleh makan. Jika nak simpan, letak dalam bekas kering.
TIP SAMBAL KEKAL RANGUP & TAHAN LAMA
Pastikan sambal betul-betul garing supaya tempe kekal rangup selepas digaul.
Sambal ini boleh tahan hingga dua bulan jika sambal betul-betul kering.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...