Laksa ini memang ramai peminat. Tapi takkan nak pergi sini selalu kan. Kalau masuk mall faham-fahamlah mesti duit pun banyak keluar lagi lagi kalau anak ramai.
Ads
Jadinya kalau teringin nak makan, kita buatlah sendiri. Jangan risau ada yang sudi berkongsi resipi laksa yang rasanya ala-ala D Laksa AEON Mall tu.
Nak buat pun senang, pakai pes dan sardin dalam tin saja. Boleh ikut resipi dikongsi Sharifah Zuhaiza.
Ads
Bahan-bahan:
Sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar) Pes asam pedas adabi Bawang besar Bawang holland setengah biji Asam keping Belacan Daun kesum Bunga kantan Bebola ikan (option) Laksa basah
Ads
Cara membuat
1. Kisar sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. Nak lagi power, boleh juga blend sekali dengan nenas.
2. Masuk semua bahan dalam periuk. Masukkan air, masak ikut kepekatan kuah yang kita nak. Jangan lupa letak garam dan gula.
3. Sos/kuah sardin boleh ikut selera. Kalau suka rasa ikan yang kuat masuk semua pun boleh. Atau cuba letak sikit dulu, takut hanyir.
4. Akhir sekali masukkan bebola ikan. Petis udang ikut selera sama amda nak guna atau tak. Nak masukkan nenas dan daun pudina pun boleh.
Roti banyak lagi, esok dah nak expired, nak buat roti bakar semua dah tak lalu. Daripada terbiar berkulat kita gunakan roti ini buat puding roti karamel.
Kalau dah jadi puding memang sekejap saja licin silap hari bulan tak cukup.
Lagi best nak buat pun senang, kisar je semua bahan dan kukus. Boleh ikut resipi perkongsian Hazlinaa Ghani ini ya.
Puding roti karamel, sedap dan senang nak buat
Bahan-bahan
3 sudu besar gula – untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti
3 biji telur A -pukul dan tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat:
Untuk buat karamel/gula hangus masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang . Masak dengan api kecil.
2. Kemudian masukkan 1 1/2 sudu besar air panas, hati-hati kerana gula mudah meruap. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
3. Panaskan pengukus. Carik-carikkan roti atau potong kecil kemudian kisar bersama air suam, susu cair dan susu pekat.
4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.
5. Tuang adunan dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak lebih kurang 40 minit-1 jam). Boleh cucuk dengan lidi sate, kalau tak melekat tanda dah masak.
6. Sejukkan dahulu dalam peti ais, kemudian baru terbalikkan dalam pinggan dan potong.
Ramai yang ada pengalaman batuk dalam tempoh yang lama, ada sampai sebulan. Ada juga kena hingga lebih 3 bulan sampai dipanggil batuk 100 hari.
Kalau orang perempuan masalah batuk ini memang leceh, sampai terkucil dibuatnya. Ini juga situasi yang dilalu oleh Nurarfina Fatini.
Masalah batuknya akan berlarutan sampai sebulan dan tak reda walau pun dah ambil ubat. Hinggalah akhirnya seorang doktor memberikan resepi buat ubat batuk semula jadi. Inilah yang diamalkan hinggalah batuknya hilang.
Ubat batuk, resepi doktor
Kat sini Kak Sha nak share sikit ubat batuk yg doktor sendiri bagi resepi. Kalau batuk tak sebulan bukan Kak Sha la. Dah tu sampai terkencing, satu masalah bila nak solat. Ubat batuk hospital, klinik, farmasi memang tak jalan.
Last doktor bagi resepi ni memang Kak Sha berurusan dengan dia sejak 18 tahun lalu. Dah tau masalah kesihatan Kak Sha anak-anak dan famili. Memang bagus doktor ni. Ok kat sini Kak Sha sharekan ubat batuk cara tradisi…
Bahan-bahan:
3 cawan air 3 batang serai diketuk Halia biar banyak sampai rasa pedar-pedar 2 helai daun pandan 1 ketul gula batu @ gula kerek 7 bunga cengkih ( ini Kak Sha tambah ) 2 batang kulit kayu manis (ini Kak Sha tambah ) 5 hiris lemon( kira setengah biji )
Cara membuat:
1. Rebus kesemua bahan kecuali lemon selama setengah jam.
2. Tuangkan air rebusan dlm tumbler dan perah hirisan lemon. Minum ketika suam.
3. Jika ada balance air rebusan tadi boleh simpan dalam peti sejuk. Nak minum panaskan balik, perah lemon.
4. Resepi doktor ni bukan untuk hilangkan batuk saja. Tapi boleh juga kuruskan badan jika diamalkan hari-hari. Kulit cantik badan wangi.
Hanya bahan-bahan kat dapur ja tau. Sihat dapat, cantik dapat. Bagi Kak Sha sihat itu penting cantik itu bonus. Kalau tak sihat macam mana nak cantik.
Rumah yang laman ada tanam pokok petunia ini memang akan berseri. Sebab itu ramai yang cuba tanam. Cuma masalahnya pokok bunga ini senang layu.
Bagi yang ada menanam petunia dan berdepan masalah yang sama boleh jadi penjagaan yang dilakukan kurang tepat. Ini tip penjagaan yang betul untuk pokok bunga petunia, perkongsian Kebun2u.
Kenapa petunia asyik layu, ini sebab yang perlu anda tahu
Lalu lalang rumah kak Senah merimbun sungguh bunga petunia. Berseri-seri sungguh. Sedap mata memandang. Sungguh memukau.
Petunia sebenarnya adalah salah satu tanaman gantung yang paling popular dan banyak diminati oleh pencinta bunga-bungaan. Sebelum itu, jom kita semak semula apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas dalam penjagaan pokok kesayangan ini.
Berikut adalah beberapa tip penjagaan penanaman pokok bunga petunia.
Foto Nurseri Klang
1. Memerlukan cahaya matahari penuh
Pokok bunga petunia memerlukan cahaya matahari 80%-100% untuk menghasilkan bunga yang banyak. Kalau diletakkan bergantungan di gajaj kereta, pastikan terkena dengan cahaya matahari. Jika tidak, alamat tidak berbunga lah dia
2. Penyiraman yang tidak berlebihan
Pokok bunga petunia tidak suka di siram terlalu kerap/banyak kerana akan menyebabkan akar pokok berkulat. Sebaiknya, waktu penyiraman pada sebelah pagi dan di kawasan pangkalnya. Siraman pada sebelah petang / malam tidak digalakkan kerana akan menyebabkan akar menjadi masam dan busuk.
3. Sekiranya beli di nurseri
Periksa pokok dan tukar medium / tanah jika perlu. Pokok bunga petunia yang ada di nurseri selalunya telah lama dan mempunyai akar yang penuh di dalam pasu.
Berkemungkinan, tanah pun telah habis nutrisi nya. Sebaiknya, tukar medium dan campurkan sedikit baja organik agar pokok bunga dapat menghasilkan bunga serentak.
4. Pemangkasan
Untuk menghasilkan pokok petunia yang berjurai-jurai, pokok petunia perlulah dipangkas bahagian pucuknya bagi setiap 10 cm ke bawah bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk baru yang berjurai kebawah.
Tips penjagaan supaya petunia sentiasa berbunga
Buang daun dan bunga yang layu
Pokok bunga petunia sangat manja dan sentiasa di belek. Setiap minggu perlu membuang / petik daun bunga yang layu. Bunga petunia yang layu hendaklah dibuang bagi mengelakkan pokok menghasilkan biji benih.
Petunia yang layu jika tidak dibuang akan menyebabkan pokok kurang berbunga kerana ia akan menutup permukaan daun dan boleh menyebabkan daun rosak dan menyebabkan semua daun mati.
Pembajaan
Pokok bunga petunia sama seperti pokok bunga lain. Pokok perlu dibaja seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang optimum.Gunakan baja organik kerana tidak mengakibatkan lecur pada pokok danmampu memberikan nutrien lengkap untuk pertumbuhan pokok bunga.
Hujan
Pokok petunia tidak sukakan air hujan yang berlebihan, bunga yang terkena air hujan akan rosak dan juga melepuhkan keseluruhan daun.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...