Siapa sebenarnya wanita ini?
Kalau nak tahu, nama usahawan jelita ini Nur Syamimi Shamsudin. Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.
Orangnya memang business minded, sejak menuntut di IPT lagi dia sudah berniaga.
Bukan semata tauke kilang kayu tapi sebelum itu lagi sudah bertahun-tahun dia mengusahakan produk sendiri.
Nur Syamimi merupakan pengasas produk kecantikan Belle Vous Resources (BVR). Memang patutlah dia cantik sangat kan!
Tapi VK ingatkan untuk yang lelaki tu jangan nak cuba-cuba. Wanita ini sudah berpunya ya. Tengok ‘title’ tu dulu.
Berusia 25 tahun, kilang memproses kayu ini juga diusahakan bersama suaminya Ali Akmaluddin Ali Zaik. Kahwin muda uols.
Sumber: Nur Syamimi Ali Akmaluddin
Baca 4 Muka Surat Setiap Kali Lepas Solat, Insya-Allah Dapat Khatam Al-Quran Dalam Masa Sebulan
Bila kali terakhir kita khatam al-Quran? Mungkin ada yang kali terakhir khatam al-Quran sewaktu zaman persekolahan dulu.
Seharusnya dalam kesibukan dengan rutin kerja, kitab yang diturunkan untuk menjadi panduan hidup umat Islam ini harus sentiasa dibaca apatah lagi ada banyak ganjaran yang dikurniakan tatkala kita membacanya.
Bagi anda yang berhajat untuk khatam al Quran lagi, panduan ini boleh digunakan. Hanya dalam masa sebulan saja misi khatam al-Quran ini akan tercapai.
Kiraannya begini:
Al-Quran ada 604 muka surat.
Untuk khatam 1 kali:
Cuma perlu baca 20 muka surat sehari
Subuh = 4 muka surat
Zohor = 4 muka surat
Asar = 4 muka surat
Maghrib = 4 muka surat
Isyak = 4 muka surat.
Nota: Memandangkan hari ini sudah masuk 3 Ramadan anda mungkin perlu menambah bilangan muka surat peringkat awal ini untuk mengikut jadual ini.
Kalau nak khatam lebih dari sekali
Kita juga boleh khatam al-Quran sebanyak dua atau tiga kali dengan mengikut panduan ini.
Paling utama kita mesti konsisten membaca al-Quran setiap hari untuk menjayakan misi ini.
Usia 14 Tahun, Iman Dah Jadi Usahawan Tudung! Gara-gara Lambat Siap Ke Sekolah Kerana Awning Tak Terbentuk
Selalu tengok usahawan tudung ini terdiri dari kaun hawa yang dah dewasa, tapi yang ni lain sikit. Baru umur 14 tahun dia dah jadi pengasas tudung.
Tudung yang dijual pulak tudung sekolah, sesuaikan. Pandai sungguh budak-budak sekarang cari duit sendiri.
Kisah Nur Iman Safiyah Mohammad Shahree atau yang dipanggil Iman ini viral di media sosial sejak minggu lalu. VK sendiri tidak ketinggalan mendapat sendiri dari pelajar tingkatan dua ini.
Cerita Iman idea untuk menghasilkan jenama tudung sendiri ini timbul bila dia selalu berdepan masalah awning tudung ketika bersiap hendak ke sekolah. Situasi ini menyebabkan dia lambat dan kadang-kadang dimarahi bapanya.
“Bisnes Tudung Sekolah Iman Safiyah (TSIS) bermula pada November 2017. Mula bisnes ini sebab tudung sekolah yang Iman pakai sebelum ini selalu tak terbentuk awningnya.
“Iman selalu siap lambat pergi ke sekolah gara-gara ini, kadang-kadang kena marah juga dengan ayah kerana lewat. Iman kena gosok balik tudung bila awning jatuh. Dari situlah timbul idea nak buat tudung sendiri dan jual,”cerita pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari ini.
Modal pun cari sendiri
Menariknya anak bongsu dari empat adik beradik ini juga mencari sendiri modal untuk bisnes tudungnya. Modal itu kata Iman datangnya daripada bisnes online menjual barang permainan squishy yang sudah dimulakan sejak tahun 2015 lagi.
“Iman minat berniaga dari darjah 5 lagi, tahun 2015 Iman mula buat bisnes jual barang squishy secara online. Keuntungan yang dapat dari jualan squishy inilah Iman gunakan sebagai modal hasilkan tudung TSIS,”ujarnya.
Dia kemudian membeli kain yang dipilih sendiri dan menghantar pada tukang jahit untuk menghasilkan tudung sekolah yang direka sendiri.
A post shared by • OFFICIAL • (@imxn.safiyah) on
Laku 1,000 helai bulan Disember
Mengunakan akaun intagramnya yang mempunyai 289k pengikut, Iman menjual tudung secara online dan menerima tempahan yang amat menggalakkan sejak ia diperkenalkan.
Pada bulan November lalu saja ia dah terjual sebanyak 500 helai dan kemudian 1,000 helai bulan berikutnya menjelang sesi persekolahan tahun baru. Hebatkan.
Bercita-cita mahu menjadi usahawan terkenal dengan bangunan sendiri satu hari nanti, perniagaan yang dilakukan ini turut mendapat sokongan ibu dan ayahnya.
“Malah mereka juga termasuk adik beradik, membantu saya bila tak menang tangan melayani tempahan yang diterima,”ujar anak pasangan akauntan dan juga pegawai bank ini.
#vanillakismis
Jadi Tetamu Allah, Fouziah Gous Mohon Doa, Minta Dihalalkan Makan Minum dan Hutang Jika Ada
Musim haji kembali lagi. Pada tahun ini, menjadi tahun yang begitu bermakna bagi pelakon, Fouziah Gous dan suaminya, Zhafran Yusof kerana mereka dijemput oleh Allah untuk menunaikan fardu haji pagi tahun 1439H.
Fouziah dan suami ke berlepas ke Tanah Suci Makkah pada hari ini.
Melalui instagram, Fouziah menyatakan hasrat memohon maaf di atas segala kesalahan yang mungkin dilakukannya kepada sesiapa sahaja sama ada dengan sengaja mahupun tidak. Malah dia juga memohon dihalalkan makan minum dan segala hutang jika ada.
Bagi seorang jemaah haji, kesihatan adalah salah satu faktor yang sangat penting. Justeru, Fouziah turut memohon orang ramai mendoakan agar dia sentiasa sihat sepanjang menyempurnakan ibadat haji.
Assalamualaikum wbt السلام عليكم •
Syukur Alhamdulillah, saya Fouziah Gous & Zhafran Yusof,
dengan penuh takzim ingin memaklumkan bahawa kami berdua akan menunaikan Fardhu Haji (1439H) dan akan berlepas ke Tanah Suci ???pada *Khamis 16 Ogos 2018*
Di kesempatan ini, kami menyusun ??sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan & kekhilafan yang secara sengaja atau tidak sengaja kami lakukan di sepanjang persahabatan / perkenalan kita. Mohon dihalalkan makan minum saya dan segala hutang, jika ada.
Doakan kesihatan dan keselamatan kami sentiasa terpelihara sepanjang ibadah haji nanti.
Terima kasih.Ikhlas dari kami :
☘*Zhafran Yusof*
☘*Fouziah Gous*
#zhafouhaji
A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on
Sumber: Fouziah Gous