Daun pandan memang selalu sangat kini gunakan dalam hidangan, jadi elok sangat kalau tanam sendiri di rumah. Bila-bila nak pakai boleh ambil saja.
Walau pun begitu ada juga yang dah cuba tanam tapi tak hidup atau tak subur pokoknya. Kalau ini yang jadi masalahnya boleh ikut perkongsian Jue Jerry ini.
Beliau menanam pokok pandan menggunakan dua cara, dalam pasu menggunakan tanah dan juga tanpa tanah, cuma rendam dalam bekas berisi air.
Tip jika nak tanam pokok pandan dalam pasu & dalam air
Saya tanam pandan dalam pasu sebab rumah tiada tanah semuanya bersimen. Cara saya:
Ads
1. Dalam satu pasu pastikan cuma tanam 1 atau 2 pokok sahaja pada satu-satu masa. Jangan lebih.
2. Kalau ada daun yang rosak, buang.
3. Gembur tanam dan selalu siram, pokok pandan perlukan banyak air.
Ads
Pokok pandan ini dalam pasu berisi tanah.
4. Jika pokok pandan ada banyak anak, keluarkan anak pokok bersama dengan akar dan rendam dalam air.
5. Boleh biarkan anak pandan terus dalam air atau alihkan ke dalam pasu berisi tanah.
Ads
6. Pandan juga boleh hidup tanpa tanah. Letak dalam bekas berisi air, Insya-Allah akan hidup subur.
Pokok pandan ini rendam dalam bekas berisi air saja. Elok suburnya.
7. Paling penting kena selalu tukar airnya untuk elak kehadiran jentik-jentik. Ada juga yang letak ikan dalam yang sama untuk makan jentik-jentik.
Boleh letak pandan ini di dapur, selain untuk mewangikan dapur, ia juga boleh elak lipas datang.
Stok bawang kisar antara yang kena ada dalam peti sejuk untuk mudahkan kerja memasak. Tapi satu masalah bila buat bawang kisar ini terutama dalam kuantiti banyak, iaitu bila dah lebih seminggu disimpan ia akan bertukar warna seakan warna ungu.
Supaya ini tak berlaku, bawang kisar ini tahan lama dan tak berubah warna boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Zahiruddin Al Amin Zainuddin.
Tip bawang kisar tahan lama, tak bertukar warna
Saya nak share ilmu sikit dekat akak-akak luar sana. Sebab haritu saya tengok satu post akak ni tanya, kenapa bawang blend naik warna ungu.
Tip nak buat bawang blend (bawang kisar) supaya tahan lebih lama, boleh tahan sampai 1-2 bulan. Jika letak dalam freezer lagi lama. Jangan risau, warna dia tetap bersinar-sinar, tak berubah.
Caranya,
1. Kisar bawang holland bersama minyak masak sahaja.
2. Selepas kisar masukkan dalam bekas dan tambah lagi minyak masak secukupnya.
INFO: Jangan campur air, sebab ia akan menyebabkan bawang bertukar warna dan tak tahan lama.
Ketika ini kebanyakan urusan boleh dilakukan secara online. Demi keselamatan dan privacy pengguna banyak laman web akan menggunakan kata laluan atau password.
Masalahnya bila dah banyak password kita guna, ramai yang akan terlupa dan keliru hingga menyebabkan kita tak dapat log masuk dalam laman web untuk berurusan. Memang boleh klik ‘fForgot Password’ tapi banyak pula langkah selepas itu.
Untuk mudahkan kita cari balik password yang digunakan tanpa klik ‘Forgot Password’ boleh lakukan langkah berikut. Tip ini dikongsi oleh Hafizi Zain.
1. Pergi ke apps Google Chrome yang digunakan untuk layari laman web.
2. Tekan titik 3 di bahagian atas kanan.
3. Scroll ke bawah klik Setting.
4. Pilih Password
5. Nanti akan tersenarai semua website bersama password yang pernah kita masukkan sebelum ini.
6. Klik mana satu laman web yang kita lupa password. Klik lambang ‘mata’ untuk lihat password.
Ok, sekarang dah boleh tahu apa password yang kita guna sebelum ini.
Hidangan pizza memang jadi kegemaran ramai. Tapi nak beli selalu faham-fahamlah harganya.
Untuk lebih jimat jomlah buat sendiri. Tak perlu susah-susah uli doh untuk roti, kita guna cara ekspres. Guna roll up wrap saja. Hasilnya akan jadi macam piza kulit nipis dan boleh dapat 5 keping pizza.
Paling best, pizza simple dan ekspres ini hanya guna empat bahan saja. Cara membuat boleh ikut perkongsian Salsabila Hisham.
Pizza simple dan ekspres
Hasil pizza ini macam ala-la domino roti nipis tu. Cuma perlu empat bahan saja iaitu
Roti Wrap Gardenia
Sosej
Mozarella Cheese
Lada Benggala
Cara membuat
Letak roti wrap atas baking paper. Letak sos tomato nipis atas roti, kemudian susun sosej (boleh guna sosej Ayamas Cheese) yang dihiris nipis.
2. Kemudian tabur lada benggala yang dihiris memanjang (boleh guna lada benggala kuning, hijau atau merah).
3. Paling penting tabur mozarella cheese, boleh letak tebal jika suka. Pastikan guna jenis keju ini untuk efek keju tarik macam pizza biasa.
4. Seterusnya boleh bakar dalam oven dengan kepanasan suhu 150-200 darjah celcius selama 7-10 minit. Api atas dan bawah.
5. Pastikan roti tu agak garing baru angkat. Hasilnya boleh dapat 5 biji pizza. Boleh makan sampai puas.